Apakah basikal elektrik terbaik yang berbaloi untuk anda beli pada tahun 2024 ini?
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 14 basikal elektrik terbaik untuk memudahkan anda membuat perbandingan.
Baca juga:
Xiaomi MI Foldable Baicycle Electric
Spesifikasi Model:
- Berat: 18.8 kg
- Saiz: 1125 x 525 x 995 mm
- Kelajuan Maksimum: 25 km/h
- Bateri Kapasiti: 216Wh
- Masa Pengecasan: Di bawah 4 jam
Xiaomi MI Foldable Baicycle Electric direka untuk pengguna bandar yang ingin keselesaan dan kecekapan dalam pengangkutan.
Dengan reka bentuk lipatan yang kompak, basikal elektrik terbaik ini mudah dibawa masuk ke dalam pengangkutan awam atau disimpan dalam ruang yang sempit.
Selain itu, basikal ini juga menawarkan jarak perjalanan yang jauh dengan sekali cas dan dilengkapi sistem motor elektrik berkuasa yang membolehkan pecutan cepat dan pengalaman menunggang yang lancar.
neon GO Electric Bike
Spesifikasi Model:
- Berat: 15 kg
- Saiz: 102 x 50 x 94 cm
- Kelajuan Maksimum: 25 km/h
- Bateri Kapasiti: 216Wh
- Masa Pengecasan: 4-6 jam
neon GO Elektric Bike sesuai untuk penunggang yang mencari kelajuan dan kestabilan. Ia mempunyai sistem motor yang canggih dan menawarkan kawalan elektronik yang sangat responsif.
Basikal elektrik terbaik ini juga ringan, memudahkan pengguna untuk menggunakannya di kawasan berbukit dan perjalanan jarak jauh. Baterinya tahan lama dan mudah dicas, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian.
G-Force AE Folding Mini E-Bike
Spesifikasi Model:
- Berat: 38.5 kg
- Kelajuan Maksimum: 45 km/h
- Bateri Kapasiti: 20Ah
- Masa Pengecasan: 6 jam
G-Force Electric Bicycle direka khas untuk kelajuan tinggi dan daya tahan. Dengan motor yang berkuasa dan reka bentuk ergonomik, ia sesuai untuk penunggang yang gemar bersiar-siar dalam jarak jauh.
Rangka basikal yang kukuh memastikan kestabilan dan keselamatan, manakala sistem brek hidraulik menawarkan pemberhentian segera yang lebih selamat, sesuai untuk keadaan jalan yang berbeza.
HIMO Z20 Electric Bicycle
Spesifikasi Model:
- Berat: 21.1 kg
- Saiz: 1470 x 610 x 1060 mm
- Kelajuan Maksimum: 25 km/h
- Bateri Kapasiti: 10Ah
- Masa Pengecasan: 5 jam
Basikal elektrik HIMO Z20 sangat ideal untuk penunggang yang memerlukan kepraktisan dan pengangkutan. Reka bentuknya yang boleh dilipat dengan mudah membolehkan ia disimpan di ruang sempit.
Basikal elektrik terbaik ini dilengkapi dengan tayar tahan lasak dan sistem penyerapan hentakan, menjadikan perjalanan lebih selesa di kawasan jalan yang tidak rata.
DOHIKER Electric Folding Bike KSB 14
Spesifikasi Model:
- Berat: 17.4 kg
- Saiz: 127 x 113 x 102 cm
- Kelajuan Maksimum: 25 km/h
- Bateri Kapasiti: 10Ah
- Masa Pengecasan: 4-6 jam
DOHIKER Electric Folding Bike KSB 14 direka untuk penunggang yang ingin kelincahan dalam perjalanan di kawasan bandar. Saiznya yang kecil dan boleh dilipat memudahkan untuk dibawa ke mana sahaja.
Motor elektrinya berprestasi baik dalam mempercepatkan perjalanan, dan ia dilengkapi dengan tayar anti-gelincir untuk keselamatan tambahan, terutamanya di jalan licin.
Fiido C11 City E-bike
Spesifikasi Model:
- Berat: 24.5 kg
- Saiz: 182 x 67 x 115 cm
- Kelajuan Maksimum: 25 km/h
- Bateri Kapasiti: 10.4Ah
- Masa Pengecasan: 5 jam
Fiido C11 City E-bike adalah basikal bandar yang menawarkan pengalaman menunggang yang selesa dan mudah. Dengan motor elektrik yang berkuasa, basikal elektrik terbaik ini mampu mencapai kelajuan yang tinggi sambil memastikan penjimatan tenaga.
Reka bentuknya yang moden dan ergonomik menjadikannya pilihan yang menarik bagi penunggang yang mahukan gaya dan prestasi.
TITAN-X T4 Advance Electric Bike
Spesifikasi Model:
- Berat: 28 kg
- Saiz: 1400 x 330 x 700 mm
- Kelajuan Maksimum: 25 km/h
- Kapasiti Bateri: 12Ah
- Masa Pengecasan: 5- 6 jam
TITAN-X- T4 Advance Electric Bike dilengkapi dengan ciri teknologi dengan ciri teknologi tinggi yang menyokong perjalanan jauh dan kawasan berbukit.
Basikal elektrik terbaik ini mempunyai sistem bateri yang tahan lama dan motor berkuasa tinggi, sesuai untuk mereka yang gemar aktiviti luar. Tambahan lagi, basikal ini dilengkapi dengan sistem brek cakera untuk keselamatan maksimum.
STONBIKE Audi 2020 Electric Bicycle
Spesifikasi Model:
- Berat: 22 kg
- Kelajuan Maksimum: 25 km/h
- Bateri Kapasiti: 8Ah
Basikal elektrik terbaik yang seterusnya adalah STONBIKE 20″ Electric Bicycle. Ia mempunyai tayar yang besar dan lebar yang sesuai untuk semua permukaan jalan, termasuk laluan kasar.
Motor berkuasa dan sistem kawalan yang mesra pengguna menjadikan basikal ini pilihan baik untuk penunggang yang suka meneroka kawasan yang lebih mencabar. Basikal ini juga stabil dan memberikan keselesaan yang lebih semasa menunggang.
Electric Bicycle EFORGE LI-2
Spesifikasi Model:
- Berat: 30 kg
- Saiz: 1260 x 540 x 940 mm
- Kelajuan Maksimum: 35 km/h
- Bateri Kapasiti: 11Ah
- Masa Pengecasan: 5-6 jam
Electric Bicycle EFORGE LI-2 adalah basikal elektrik terbaik yang ringan dan cekap tenaga, direka untuk penggunaan harian di kawasan bandar.
Motor dan bateri yang dipertingkatkan memastikan jarak perjalanan yang jauh, manakala reka bentuk yang aerodinamik membantu mengurangkan rintangan angin, membolehkan kelajuan lebih lancar dan penjimatan tenaga.
QiCYCLE Smart Electric Bicycle TDP02Z
Spesifikasi Model:
- Berat: 18 kg
- Saiz: 153 x 20.5 x 104 cm
- Kelajuan Maksimum: 25 km/h
- Bateri Kapasiti: 5.2Ah
- Masa Pengecasan: Kurang dari 4 jam
QiCYCLE Smart Electric Bicycle TDP02Z adalah basikal pintar yang dilengkapi dengan teknologi IoT, membolehkan penunggang mengawasi status bateri, jarak perjalanan, dan kelajuan melalui aplikasi telefon pintar.
Reka bentuknya yang ringan serta motor berkecekapan tinggi menjadikannya pilihan yang baik untuk mereka yang mengutamakan kemudahan digital dan pengalaman menunggang pintar.
Engwe T14 Electric Bicycle
Spesifikasi Model:
- Berat: 31 kg
- Saiz: 125 x 52 x 102 cm
- Kelajuan Maksimum: 30 km/h
- Bateri Kapasiti: 10.4Ah
- Masa Pengecasan: 6 – 8 jam
Engwe T14 Electric Bicycle memiliki sistem penyerapan hentakan yang baik, sesuai untuk perjalanan yang panjang dan tidak rata. Dengan motor yang berkuasa dan daya tarikan tinggi, ia sesuai untuk mereka yang ingin meneroka laluan lasak.
Basikal ini juga dilengkapi dengan sistem brek cakera dan pencahayaan yang baik untuk keselamatan tambahan pada waktu malam.
JIMOVE M2 Pro Electric Bicycle
Spesifikasi Model:
- Berat: 30 kg
- Saiz: 372 x 280 x 710 mm
- Kelajuan Maksimum: 35 km/h
- Bateri Kapasiti: 15Ah
- Masa Pengecasan: 4-7 jam
JIMOVE M2 Pro menawarkan daya tahan bateri yang hebat dan kelajuan yang stabil. Basikal ini direka dengan rangka yang kukuh untuk menyokong perjalanan jauh.
Dengan ciri-ciri ergonomik, ia memberikan keselesaan maksimum kepada penunggang. Basikal ini sesuai untuk penggunaan harian atau jarak jauh, serta mudah dilipat untuk kemudahan penyimpanan.
SAMEBIKE CY20 Electric Bicycle
Spesifikasi Model:
- Berat: 25 kg
- Saiz: 845 x 530 x 690 mm
- Kelajuan Maksimum: 25 km/h
- Bateri Kapasiti: 468Wh
- Masa Pengecasan: 4-6 jam
SAMEBIKE CY20 adalah basikal elektrik yang sesuai untuk penggunaan pelbagai permukaan jalan. Dengan motor berkuasa tinggi dan bateri yang tahan lama, basikal ini mampu menempuh jarak jauh dengan kelajuan yang baik.
Reka bentuknya yang tahan lasak juga menjadikannya sesuai untuk penunggang yang kerap menggunakan basikal di jalan lasak dan berbukit.
Sundiro Honda X MUJI MS01 Special Edition Electric Bicycle
Spesifikasi Model:
- Berat: 54.1 kg
- Saiz: 183 x 169 x 108 cm
- Kelajuan Maksimum: 25 km/h
- Bateri Kapasiti: 20Ah
Sundiro Honda X MUJI MS01 adalah edisi khas yang menggabungkan reka bentuk minimalis MUJI dengan kejuruteraan Honda yang canggih. Basikal ini menonjol dengan gaya yang bersih dan ringkas sambil menawarkan sistem elektrik yang stabil dan efisien.
Dengan pengalaman menunggang yang halus dan motor yang senyap, ia adalah pilihan yang premium untuk pengguna yang mementingkan estetika dan fungsi.
FAQ Basikal Elektrik Terbaik
Basikal elektrik (e-bike) adalah basikal yang dilengkapi dengan motor elektrik dan bateri untuk membantu kayuhan pengguna, terutama ketika mendaki atau pada perjalanan jauh. Terdapat dua jenis bantuan utama: pedal-assist, di mana motor mengaktifkan bantuan ketika pengguna mengayuh, dan throttle-assist, di mana motor bergerak tanpa kayuhan.
Mudah untuk perjalanan jauh: Bantuan dari motor mengurangkan tenaga yang diperlukan untuk jarak jauh.
Mesra alam: E-bike mengurangkan jejak karbon berbanding kenderaan bermotor.
Penjimatan kos: Menggunakan e-bike lebih menjimatkan berbanding penggunaan minyak untuk kenderaan.
Meningkatkan kesihatan: Masih memerlukan sedikit kayuhan dan aktiviti fizikal, memberi faedah kepada kesihatan.
Jenis motor dan kuasa (watt): Motor 250W sesuai untuk kegunaan biasa, manakala 500W atau lebih baik untuk laluan mencabar atau perjalanan berbukit.
Kapasiti bateri: Bateri 36V atau 48V umumnya lebih popular. Kapasiti yang lebih tinggi memberikan jarak perjalanan yang lebih jauh.
Jenis bantuan kayuhan: Pedal-assist atau throttle-assist, bergantung pada keperluan.
Kualiti binaan: Rangka yang tahan lasak dan komponen berkualiti adalah penting untuk ketahanan jangka panjang.
Kelajuan maksimum dan jarak: Pastikan kelajuan dan jarak e-bike memenuhi keperluan perjalanan anda.
Berat dan saiz: Basikal yang lebih ringan lebih mudah untuk dikendalikan dan dibawa.
Purata bateri e-bike boleh bertahan antara 3 hingga 5 tahun, bergantung kepada penggunaan dan penyelenggaraan. Dari segi jarak perjalanan, satu pengecasan penuh biasanya boleh membawa basikal antara 30 hingga 100 km, bergantung pada model dan faktor lain seperti berat pengguna dan keadaan jalan.
Kos penyelenggaraan utama e-bike adalah bateri, yang mungkin perlu diganti selepas beberapa tahun. Selain itu, terdapat juga keperluan untuk penyelenggaraan biasa seperti servis tayar, rantai, dan sistem brek, mirip seperti basikal biasa.