Bantuan Zakat Ramadhan Untuk Mualaf (MAIDAM)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kini menawarkan Bantuan Zakat Ramadhan buat mualaf atau saudara kita.

Bantuan ini disediakan bagi membantu golongan ini dalam menampung perbelanjaan serta persiapan menyambut bulan Ramadhan tahun 2023M/1444 H.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai bantuan yang ditawarkan secara lebih lanjut.

Baca Juga : Bantuan MAIDAM: Cara Permohonan Zakat & Semakan Status Online

Tarikh Permohonan

Permohonan perlulah dilakukan sebelum atau pada 17 Januari 2023.

Bantuan Zakat Ramadhan

Syarat Kelayakan

Pemohon dari golongan mualaf / saudara kita perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan berikut :

  • Memeluk Islam di Terengganu dan menetap di Terengganu serta mengikuti Kelas Bimbingan Saudara Kita.
  • Memeluk Islam di luar Terengganu dan menetap di Terengganu serta mengikuti Kelas Bimbingan Saudara Kita.
  • Memeluk Islam di luar Terengganu dan menetap di Terengganu di tetapi TIDAK mengikuti Kelas Bimbingan Saudara Kita.

Saudara Kita yang TIDAK LAYAK :

  • Memeluk Islam di Terengganu dan menetap di luar Terengganu
  • Memeluk Islam di luar Terengganu dan menetap di luar Terengganu

NOTA :

  • Bayaran bantuan akan dikreditkan ke akaun pemohon.
  • Bagi pemohon yang tiada akaun, pemohon wajib hadir dengan membawa kad pengenalan asal serta kad akuan memeluk agama Islam sebagai bukti.
  • Tidak dibenarkan wakil untuk menerima zakat tersebut.
  • Tarikh agihan akan dimaklumkan kemudian.
  • Pemohon yang tidak mengikuti Kelas Bimbingan Saudara Kita anjuran MAIDAM hendaklan mengisi Borang Akuan Bermastautin di Terengganu yang disahkan oleh Penghulu/Amil Zakat/ Pengerusi MPKK.

Cara Memohon Bantuan Zakat Ramadhan MAIDAM

Anda boleh muat turun borang permohonan Bantuan Zakat Ramadhan seperti di bawah.

Bantuan Zakat Ramadhan
Bantuan Zakat Ramadhan

Borang permohonan serta dokumen yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada Unit Dakwah-Saudara Kita sebelum atau pada 17 Januari 2023.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon dikehendaki untuk kemukakan senarai dokumen sokongan bersama borang permohonan :

  • Salinan Kad Memeluk Islam / Pengesahan Memeluk Islam
  • Salinan MyKad / Passport / Visa Pemohon
  • Salinan MyKad Suami / Isteri
  • Salinan MyKad/ MyKid / Sijil Lahir anak-anak di bawah tanggungan:
  1. Anak belum bersekolah
  2. Anak sekolah rendah
  3. Anak sekolah menengah
  4. Anak pengajian tinggi
  5. Anak OKU
  • Salinan nombor akaun bank/ muka depan buku bank (kecuali Tabung Haji & ASB)

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai permohonan Bantuan Zakat Ramadhan, sila hubungi MAIDAM di butiran :

No. Telefon : 09 – 6303030

E-mel : [email protected]

Laman Web : maidam.gov.my

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut