Bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021 (Maksima RM4000)

Permohonan bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan bagi tahun 2021 dibuka bermula 18 Julai 2021 sehingga 5 Ogos 2021.

Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan merupakan badan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal berkaitan inisiatif ini.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Tabung Usahawan Wanita Kelantan bagi tahun 2021 ini.

Apakah Tabung Usahawan Wanita Kelantan?

Melalui inisiatif ini, Kerajaan Negeri Kelantan menyediakan bantuan berbentuk peralatan perniagaan kepada peniaga kecil wanita seluruh Kelantan.

Bantuan ini diberikan kepada peniaga wanita Kelantan sahaja (wanita/beliawanis/ armalah/ OKU) bagi membantu peniaga wanita mengembangkan lagi perniagaan yang sedang dijalankan.

Sila rujuk syarat minima permohonan dan maklumat berkaitan di bawah.

Baca juga: KerjayaGig PERKESO: Insentif Pekerja Sehingga RM3,600

Syarat Permohonan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021

  1. Untuk peniaga wanita Kelantan sahaja yang sedang menjalankan perniagaan (wanita/ beliawanis/ armalah/OKU)
  2. Berumur antara 18 hingga 60 tahun serta menetap di negeri Kelantan.
  3. Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
  4. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang telah menjalankan perniagaan.
  5. Bukan penerima bantuan Tabung Usahawan Wanita (TUW) dan Bantuan Khas Usahawan Wanita (BKUK) sebelum ini.
  6. Perniagaan yang dijalankan mestilah mematuhi syariah.
  7. Kadar bantuan maksima RM4,000.00 sahaja.

Muat Turun Borang Permohonan

Borang boleh dimuat turun di pautan berikut :
https://bit.ly/36Gc7uU

Permohonan adalah terhad.

Baca juga: DanaNITA MARA 2021: Skim Pembiayaan Khas Wanita RM50,000

Tentang Pusat Pembangunan Wanita Kelantan

Pusat Pembangunan Wanita Kelantan atau dikenali sebagai PPWK telah ditubuhkan pada tahun 2005 di bawah kelolaan Urus Setia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan. Pada hari ini, terdapat 45 PPWK di seluruh negeri Kelantan.

Sepanjang tempoh ini, PPWK telah membuka peluang yang sangat besar kepada golongan sasar iaitu wanita terutamanya armalah, beliawanis dan OKU. Kini di bawah kelolaan Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa) Kerajaan Negeri Kelantan, PPWK terus mengorak langkah untuk melaksanakan agenda di bawah Dasar Wanita Kelantan.

PPWK berperanan untuk memberikan kemahiran kerajinan tangan melalui bidang jahitan, kraftangan, masakan dan lain-lain bidang yang berkait rapat dengan wanita. Sepanjang tempoh operasi, pusat ini telah menunjukkan perkembangan yang menggalakkan dan mendapat sambutan yang amat baik dalam kalangan wanita dan beliawanis tempatan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut, hubungi saluran berikut:

Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan.
Aras 2, Blok 2,
Kompleks Kota Darul Naim,
15150 Kota Bharu,
Kelantan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!