Bantuan Tunai Pesawah 2023 – Semakan & Tarikh Bayaran

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kerajaan menerusi Bajet 2023 memperkenalkan semula bantuan kepada pesawah padi dengan memberi bantuan sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim kepada 240,000 pesawah dengan peruntukan RM228 juta.

Berdepan dengan isu keterjaminan makanan, pesawah memainkan peranan penting untuk kesejahteraan anak bangsa. Namun, golongan ini juga berhadapan dengan pelbagai cabaran. Menyedari akan cabaran ini, Kerajaan telah melaksanakan Inisiatif Bantuan Khas bagi meringankan beban serta membela nasib pesawah

Bantuan Tunai Pesawah adalah satu skim bantuan di bawah Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (KPKM) khusus untuk golongan pesawah padi yang berdaftar di mana sebanyak RM200 sebulan akan diagihkan untuk tempoh tiga (3) bulan atau semusim.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini untuk makluman bersama.

Baca juga: Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT RISDA) 2023

Apakah Bantuan Pesawah 2023?

Kerajaan menerusi Bajet 2023 memperkenalkan semula insentif kepada pesawah padi dengan memberi bantuan sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim kepada 240,000 pesawah dengan peruntukan RM228 juta.

Bantuan di bawah Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (KPKM) ini adalah untuk golongan pesawah padi yang berdaftar di mana sebanyak RM200 sebulan akan diagihkan untuk tempoh tiga (3) bulan atau semusim.

bantuan pesawah

Tempoh / Tarikh Bantuan Pesawah 2023

Difahamkan bantuan ini telah mula disalurkan pada akhir bulan Julai 2023 secara berperingkat.

Cara Memohon

Tiada permohonan diperlukan kerana semua pesawah yang terlibat akan menerima inisiatif ini.

Antara agensi yang bertanggungjawab dalam inisiatif ini adalah:

Lain-lain Inisiatif Untuk Pesawah (2023)

BANTUAN KHAS KEWANGAN PESAWAH PADI 2023

Bayaran LAYAK diberikan kepada:

  • I. Pesawah, nelayan laut dan nelayan darat Warganegara Malaysia;
  • II. Pesawah yang terlibat dalam aktiviti penanaman padi pada tahun 2022 dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat khusus yang ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Industri Padi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM);
  • III. Nelayan laut yang aktif menjalankan aktiviti penangkapan ikan dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat khusus yang ditetapkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM); dan
  • IV. Nelayan darat yang aktif menjalankan aktiviti penangkapan ikan dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat khusus yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

Penyaluran bantuan kepada pesawah dan nelayan yang layak secara one -off sebanyak

RM200 seorang akan dibayar mulai 10 April 2023 melalui agensi seperti berikut:

Pesawah

  • (i) Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP);
  • (ii) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA); dan
  • (iii) Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Nelayan laut

  • (i) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

Nelayan darat

  • (i) Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)

BANTUAN KHAS BERNAS

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan BERNAS menyalurkan peruntukan kepada pesawah miskin akhir tahun lalu.

Bermula dengan RM10 juta bagi pesawah di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Diikuti bakinya RM50 juta akan diberikan secara berperingkat tahun ini.

Setiap pesawah yang layak akan diberikan bantuan RM250 seorang.

Ini adalah langkah kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan monopoli import beras di negara ini.

BANTUAN PESAWAH 2023

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak KPKM dan Jabatan/Agensi KPKM seperti berikut:

  • i. Bilik Gerakan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri KPKM: 03-8870 1759/ 1760/ 1761;
  • ii. Jabatan Perikanan Malaysia (DOF): 03-8870 4422/ 4475;
  • iii. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP): 03-2610 9664;
  • iv. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM): 03-8064 9303;
  • v. Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA): 04-772 8255; dan
  • vi. Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA): 09-745 5388 samb. 5433

Maklumat lanjut, sila layari : https://budget.mof.gov.my/manfaat/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut