Permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk Sesi 2022

bantuan persekolahan maipk 2022
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak mempelawa mereka yang kurang bernasib baik, terutamanya golongan sasaran iaitu anak kepada ketua isi rumah atau penjaga yang tergolong dalam asnaf Fakir dan Miskin untuk menerima Skim Bantuan Persekolahan MAIPk bagi sesi 2022.

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang cara permohonan dan syarat kelayakan untuk membuat permohonan.

Objektif Skim Bantuan Persekolahan MAIPk

Objektif pertama dalam Skim Bantuan Persekolahan adalah untuk anak-anak asnaf mendapatkan pendidikan yang sempurna. Mereka tidak boleh tergolong dalam kumpulan keciciran pendidikan.

Objektif yang kedua iaitu membantu meningkatkan taraf hidup mereka ke arah yang lebih baik melalui pendidikan. Taraf pendidikan yang baik dapat membantu anak asnaf memperolehi pekerjaan yang sesuai dan berjuang untuk kelangsungan hidup serta menempatkan diri dalam masyarakat.

Pelajar yang telah menerima Bantuan Persekolahan tahun 2022 tidak perlu membuat permohonan.

Permohonan baharu hanya melibatkan tiga (3) kategori berikut:

  • Kemasukan ke darjah 1 sesi persekolahan tahun 2022
  • Kemasukan ke tingkatan 1 sesi persekolahan tahun 2022
  • Pelajar yang terlibat dengan pertukaran sekolah

Baca juga: JKM: Cara Pendaftaran OKU & Keistimewaan OKU Berdaftar

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dibuat mulai 20 Disember 2021 sehingga 28 Februari 2022 sahaja. 

Syarat Kelayakan Umum

Dana zakat daripada Skim Bantuan Persekolahan MAIPk disalurkan berdasarkan syarat umum berikut:

  1. Pemohon / Penerima beragama Islam.
  2. Pemohon / Penerima warganegara Malaysia / Penduduk tetap (kecuali Ibnu Sabil).
  3. Pemohon / Penerima bermastautin atau tinggal tetap di negeri Perak.
  4. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).

NOTA:

Pelajar yang telah menerima Bantuan Persekolahan tahun 2022 tidak perlu membuat permohonan.

Permohonan baharu hanya melibatkan tiga (3) kategori berikut:

  • Kemasukan ke darjah 1 sesi persekolahan tahun 2022
  • Kemasukan ke tingkatan 1 sesi persekolahan tahun 2022
  • Pelajar yang terlibat dengan pertukaran sekolah

Cara Permohonan / Kaedah Bayaran Bantuan Persekolahan MAIPk

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN yang boleh dimuat turun di pautan ini
https://www.maiamp.gov.my/…/borang-bantuan-zakat.html

Borang Skim Bantuan Persekolahan MAIPk ini juga boleh didapati melalui atau di mana-mana pejabat pentadbiran MAIPk seluruh Negeri Perak atau terus ke

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak

Waktu Berurusan
Isnin – Khamis : 8.00 pg – 1.00 ptg | 2.00 ptg – 5.00 ptg
Jumaat : 8.00 pg – 12.15 tgh | 2.45 ptg – 5.00 ptg

Telefon
05 208 4000

Borang yang lengkap hendaklah diserah ke pejabat cawangan MAIPk yang berdekatan anda.

Borang Pengagihan Zakat

Selain Skim Bantuan Persekolahan MAIPk, terdapat banyak lagi Skim Bantuan Zakat Perak yang telah dibangunkan untuk pembangunan dan pemerkasaan asnaf khususnya.

Berikut kami kongsikan jenis skim bantuan lain beserta borang permohonan online yang didapati melalui laman web rasmi Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIAM) iaitu https://www.maiamp.gov.my/.

Jenis Skim Bantuan Zakat Perak

i) Program Pembangunan Sosial

ii) Program Pembangunan Pendidikan

iii) Program Pemerkasaan Ekonomi

iv) Program Pemerkasaan Insan

Baca juga: 13 Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk Facebook Zakat Perak MAIPk dan layari laman web www.maiamp.gov.my

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut