Bantuan Perkahwinan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Mohon bantuan perkahwinan bagi pasangan Islam di Wilayah Persekutuan yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat atau baru sahaja melangsungkan perkahwinan.

Menyedari kos perkahwinan yang mungkin membebankan, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berbesar hati memberikan bantuan perkahwinan bagi pasangan asnaf yang layak.

Diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh pasangan yang baru berkahwin.

Artikel berkaitan: Bantuan perkahwinan Selangor

Syarat umum

Hanya pasangan yang memenuhi syarat-syarat berikut sahaja yang akan dipertimbangkan untuk bantuan perkahwinan ini:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan

Bagi membolehkan urusan permohonan anda dipertimbangkan, setiap pemohon perlulah memastikan dokumen-dokumen berikut disertakan:

  1. Borang permohonan (Boleh dimuat turun dan dicetak dari pautan https://www.maiwp.gov.my/i/images/maiwp/muatturun/BORANG_BANTUAN_UMUM.pdf)
  2. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  3. Satu salinan kad pengenalan:
    • Pemohon
    • Suami
    • Isteri
    • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau sertakan bersama akuan sumpah penjagaan.
  4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah.
    • *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  5. Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini
  6. Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami
  7. Satu salinan sijil kursus pra-perkahwinan pemohon dan pasangan.
  8. Satu salinan borang permohonan kebenaran perkahwinan pemohon dan pasangan yang telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/ salinan sijil nikah sementara.

Cara memohon

bantuan perkahwinan

Pross permohonan bagi bantuan perkahwinan ini hanya dilakukan secara manual dan offline.

Setiap pemohon mesti membawa kesemua dokumen yang disenaraikan di atas dan menghantarnya sendiri ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut