PERMOHONAN BANTUAN PROJEK PEMBANGUNAN INDUSTRI PENTERNAKAN JPVPP TAHUN 2022 TELAH DIBUKA MULAI 1 OKTOBER 2021 HINGGA 30 NOVEMBER 2021.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang bantuan ini untuk makluman bersama.
Bantuan Pembangunan Projek Industri Penternakan JPVPP 2021/2022
Jabatan Veterinar memainkan peranan peting dalam menjana pembangunan industri ternakan negeri dengan menyediakan program-program pembangunan industri ternakan, program pengembangan veterinari, khidmat nasihat pengurusan ternakan, galakan amalan penternakan yang baik dan promosi produk-produk berasaskan ternakan serta mengoptimumkan penggunaan tanah rezab jabatan untuk aktiviti penternakan yang berdaya maju.
Antara fungsi Jabatan Veterinar adalah:
- Mengawal, mencegah, dan menghapuskan penyakit haiwan dan zoonotik.
- Pengeluaran ternakan, hasil ternakan dan makanan haiwan.
- Pemeriksaan daging, susu, telur, makanan haiwan,rumah sembelih dan loji pemprosesan hasilan haiwan.
- Pengawalan import dan eksport ternakan dan hasil haiwan dan perkhidmatan kuarantin.
- Latihan bagi industri ternakan dan haiwan peliharaan.
- Pengembangan pengeluaran ternakan dan kesihatan haiwan serta kesihatan awam veterinar.
- Penyelidikan penyakit haiwan, dan sumber genetik haiwan.
- Mengawal kebajikan haiwan dan pemuliharaan bahan genetik haiwan.
Program Bantuan Pembangunan Projek Industri Penternakan JPVPP 2021/2022 ini bertujuan untuk membantu penternak membangunkan projek industri ternakan masing-masing.
Antara program pembangunan yang terlibat adalah:
- Pembangunan Industri Ruminan
- Pembangunan Industri Nilai Tinggi
- Pembangunan Penternakan Unggas
Baca juga: eSPKR: Permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT Online
Syarat Permohonan
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
- Penternak kelahiran Pulau Pinang / bermastautin melebihi 5 tahun
- Projek sedang dijalankan di Pulau Pinang dan telah berdaftar dengan Jabatan Veterinar
- Menjalankan bidang penternakan secara separuh atau sepenuh masa
- Pemohon yang menerima bantuan jabatan sekurag-kurangnya 3 tahun lepas tidak layak menerima bantuan yang sama.
- Tapak projek bersesuaian dan mempunyai hak pemilikan tanah yang sah. Sekiranya tapak yang dimiliki adalah disewa, pemohon perlu menyertakan dokumen perjanjian penyewaan serta maklumat berkaitan.
- Mempunyai lesen PBT bagi permohonan bantuan ternakan hidup dan infrastruktur kandang melainkan diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Bantuan.
- Ternakan diladang WAJIB mempunyai tanda pengenalan haiwan.
- Boleh bekerjasama serta bersetuju menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang.
- Setiap pemohon mesti mengisi borang di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah.
- Permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang. Sekiranya tiada makluman dalam tahun semasa, permohonan dianggap tidak berjaya.
Dapatkan borang permohonan di link berikut :https://dvs.penang.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=104:permohonan-bantuan-jpvpp&catid=26:berita-aktiviti-terkini&lang=my&Itemid=101
Muat Turun Borang Permohonan
Borang_Permohonan_Bantuan_JPVPP
Borang Permohonan Geran Pemadanan IAT
Baca juga: BMT 2021: Semakan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA RM600
Maklumat Lanjut Bantuan Pembangunan Projek Industri Penternakan JPVPP 2021/2022
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang melalui email [email protected] atau telefon
- Bahagian Pembangunan Industri Ternakan DVS Penang 04-5084368/69/70
- Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Seberang Perai Utara 04-5732616
- Pejabat PerkhidmatanVeterinar Daerah Seberang Perai Tengah 04-5394104
- Pejabat PerkhidmatanVeterinar Daerah Seberang Perai Selatan 04-5824366
- Pejabat PerkhidmatanVeterinar Daerah Timur Laut 04-2285734
- Pejabat PerkhidmatanVeterinar Daerah Barat Daya 04-8668231
Sumber: DVS Penang