Bantuan Tunai Pendaftaran IPT RM2,000 Secara One-off (BUDI 2021)

bantuan pendaftaran ipt budi
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bantuan Tunai Pendaftaran IPT secara one off (BUDI 2021)

Berita baik bagi pelajar yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Swasta / Awam (IPTA / IPTS) untuk kemasukan kali pertama ke IPT seluruh Malaysia dan diiktiraf kerajaan, anda dipelawa untuk memohon Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-off (BUDI) berjumlah RM2000 seorang.

Permohonan secara manual dan online dibuka sehingga 30 Oktober 2021.

Sila rujuk info lengkap melalui artikel di bawah:

Apakah Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-off (BUDI)?

Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-off BUDI ini merupakan inisiatif oleh Pejabat Menteri Tugas-tugas Khas, Sabah untuk membantu para pelajar mendaftar kemasukan kali pertama ke IPT / IPTS.

Ia bertujuan meringankan beban ibu bapa dan penjaga, khususnya yang tergolong dalam kumpulan B40 dan M40.

Kriteria terperinci bagi yang layak untuk memohon boleh dirujuk di bawah.

Kriteria / Kelayakan

  • Terbuka kepada pelajar IPTA/IPTS
  • Pelajar Sabah berumur tidak lebih 25 tahun
  • Golongan B40 dan M40 (Pendapatan keluarga / isi rumah bawah RM5000)
  • Pelajar tajaan tidak layak memohon (Pelajar yang telah mendapat Biasiswa Kerajaan Negeri atau mana-mana tajaan tidak layak memohon)
  • Pengesahan kemasukan ke IPT perlu disertakan dalam dokumen permohonan

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah 30 Oktober 2021.

Cara Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT BUDI 2021

Untuk pendaftaran online, sila layari pautan berikut untuk mendaftar dan melengkapkan borang permohonan. https://budi.sabah.gov.my

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut atau membuat pertanyaan sila hubungi:

  • 088 369 865 (Puan Rosni Leong)
  • 088 369 890/088 369 872 (Puan Mary)

Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Blok A,
Tingkat 29, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah,
Jalan UMS, Teluk Likas,
88400 KOTA KINABALU Sabah, Malaysia.

Telefon: 088-369872 atau 088-218180

WAKTU PEJABAT

  • Hari Bekerja: Isnin hingga Jumaat
  • Masa: 8 pagi hingga 5 petang
  • Waktu Rehat: 1-2 petang, Jumaat(11.30 pagi-2 petang)
  • Cuti: Sabtu, Ahad dan Cuti Awam

Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang
https://mttk.sabah.gov.my/

Baca juga: Penangguhan MUET Sesi 2 & 3: Tarikh Peperiksaan Terkini 2021

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut