PemBantuan Khas RM500 untuk pemain industri pengangkutan awam pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa, bas sekolah / persiaran & pemandu pelancong telah diumumkan oleh Kerajaan melalui APAD.
Seramai 56,092 pemandu e-hailing telah memenuhi syarat kelayakan dan layak untuk menerima bantuan ‘one-off’ berjumlah RM500.
28,465 pemandu e-hailing yang layak telah disalurkan bantuan bermula dari 26 Julai 2021 hingga 6 Ogos 2021.
Berikut adalah kenyataan penuh oleh Menteri Pengangkutan Malaysia berhubung pengumuman ini.
PEMBAYARAN BANTUAN ONE-OFF RM500 PEMERKASA+ KEPADA 27,627 PEMANDU E-HAILING YANG BELUM MENERIMA BAYARAN
- Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) sedia maklum dan amat prihatin berhubung isu pembayaran bantuan secara sekali beri atau ‘one-off’ PEMERKASA+ yang dibangkitkan oleh komuniti pemandu e-hailing yang layak namun masih belum menerima pembayaran bantuan tersebut.
- Berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), seramai 56,092 pemandu e-hailing telah memenuhi syarat kelayakan dan layak untuk menerima bantuan ‘one-off’ berjumlah RM500.
- Pihak APAD telah selesai membuat pembayaran kepada 28,465 pemandu e- hailing yang layak bermula dari 26 Julai 2021 hingga 6 Ogos 2021. Walaubagaimanapun, masih terdapat 27,627 pemandu yang masih belum menerima bayaran bantuan tersebut.
- Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan peruntukan bagi tujuan pembayaran kepada baki pemandu layak yang masih belum menerima bantuan tersebut telah pun disalurkan kepada APAD pada 3 September 2021.
- APAD sedang memproses pembayaran melalui bank yang telah dilantik Kerajaan iaitu Hong Leong Bank dan pembayaran akan dibuat secara auto- kredit ke dalam akaun bank 27,627 pemandu terlibat bermula pada hari Jumaat 10 September 2021.
- MOT memohon maaf atas kelewatan penyaluran bantuan ini. Sememangnya pihak MOT sentiasa komited dalam memastikan kebajikan para pemandu e- hailing sentiasa terbela dan berharap pembayaran bantuan RM500 ini dapat membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh pemandu e- hailing dalam mendepani ujian pandemik COVID-19 ini.
Menerusi bantuan PKP3.0 atau Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+), Kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM500 dengan peruntukan keseluruhan RM68 juta sebagaimana yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Mei 2021.
Bantuan khas RM500 one off ini bakal dijangka bakal memanfaatkan kesemua 134,000 penerima berikut:
- 62,000 pemandu kereta sewa dan e-hailing
- 40,000 pemandu teksi
- 17,000 pemandu pelancong
- 11,000 pemandu bas sekolah
- 4,000 bas persiaran
Tarikh Bantuan Diterima
Bantuan Khas ini akan disalurkan kepada penerima yang berdaftar mulai bulan Julai 2021.
Semakan Bantuan Khas Pemandu Teksi, e-Hailing & Bas
Semakan dan kelayakan permohonan bantuan ini telah disemak silang oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Untuk membuat semakan dan mendapatkan maklumat terkini dan sahih, sila rujuk melalui laman web dan media sosial rasmi APAD di pautan berikut:
Baca juga: Moratorium PKP 3.0 : Kelayakan & Cara Permohonan (B40, M40 & T20)
Lain-lain Bantuan Pengangkutan Awam Pemerkasa +
SKIM REHABILITASI SEWA BELI BAS & TEKSI
Bagi Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, skim ini akan memberi manfaat kepada para pengusaha bas dan teksi yang layak untuk mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.
LANJUTAN PENGECUALIAN SST KENDERAAN PENUMPANG CKD & CBU IMPORT
Sebelum ini Kerajaan telah mengumumkan pengecualian Cukai Jualan (SST) bagi kenderaan penumpang CKD & CBU import mulai 1 Julai 2021 menerusi inisiatif PENJANA.
Kini, Kerajaan juga bersetuju melanjutkan pengecualian ini sehingga 31 Disember 2021.
Mudah-mudahan pelanjutan ini dapat mencapai hasrat Kerajaan dalam menyokong kelangsungan perniagaan di bawah PEMERKASA+.
Baca juga: Bantuan PKP 3.0: Senarai Bantuan PEMERKASA+ Yang Diumumkan
Maklumat Lanjut Tentang Bantuan RM500 Untuk Pemandu Teksi, e-Hailing & Bas
Maklumat lanjut, sila layari: