Bantuan Khas Ibu Tunggal Negeri Melaka 2022 PPWN

bantuan ibu tunggal negeri melaka
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL KERAJAAN NEGERI MELAKA 2022 (PPWN)

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Melaka telah mengumumkan satu insentif kepada golongan ibu tunggal di Negeri Melaka bagi membantu meringankan beban mereka.

Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Negeri Melaka 2022

Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka boleh dilakukan dengan mengisi borang permohonan bermula 5 Ogos hingga 31 Ogos 2022.

Borang permohonan boleh didapati di :

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka
Aras 15, Menara Persekutuan, Jln Persekutuan, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Waktu Operasi:

  • Isnin – Khamis
    • 8.00 Pagi – 1.00 Petang
    • 2.00 Petang – 5.00 Petang
  • Jumaat
    • 8.00 pagi – 12.15 tgh hari
    • 2.45 petang – 5.00 petang

ATAU

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka, KPWKM
Aras 1, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka, 75300 Melaka

Waktu Operasi:

  • Isnin – Khamis I Sabtu & Ahad
    • 8.00 Pagi – 1.00 Petang
    • 2.00 Petang – 5.00 Petang
  • Jumaat
    • 8.00 pagi – 12.15 tgh hari
    • 2.45 petang – 5.00 petang

ATAU

Kompleks-Kompleks JAPERUN berdekatan anda seperti dalam senarai berikut:

DAERAH : MELAKA TENGAH

BILNAMA JAPERUNALAMAT
1AYER KEROHKOMPLEKS JAPERUN AYER KEROH, DEWAN KASTURI AYER KEROH HEIGHTS, LORONG UTAMA AYER KEROH, 75450 MELAKA
2AYER MOLEKKOMPLEKS JAPERUN AYER MOLEK, KM 10 JALAN AYER MOLEK, 75460 MELAKA
3BUKIT KATILKOMPLEKS JAPERUN BUKIT KATIL, DEWAN DATO’ DEMANG HUSSIN, KM 9, JALAN BUKIT KATIL, 75450 MELAKA
4PENGKALAN BATUKOMPLEKS JAPERUN PENGKALAN BATU, JALAN BACHANG, 75350 MELAKA
5SUNGAI UDANGKOMPLEKS JAPERUN SUNGAI UDANG, KM 20, SUNGAI UDANG, 76300 MELAKA
6KLEBANGKOMPLEKS JAPERUN KLEBANG,
JALAN GANGSA 1, KLEBANG KECIL, 75250 MELAKA
7PAYA RUMPUTKOMPLEKS JAPERUN PAYA RUMPUT, KM 11 JALAN CHENG, 75250 MELAKA
8PANTAI KUNDURKOMPLEKS JAPERUN PANTAI KUNDOR, KM 14, KAMPUNG GELAM, 76400 TANJUNG KLING, MELAKA
9TELOK MASKOMPLEKS JAPERUN TELOK MAS,  LOT 1137, JALAN LAMA TELOK MAS, 75460 MELAKA
10BANDAR HILIRKOMPLEKS JAPERUN BANDAR HILIR, NO 322, JALAN PARAMESWARA, 75000 MELAKA
11DUYONGKOMPLEKS JAPERUN DUYONG,
NO 3123-1 KM 5, LEBUH AMJ, TAMAN SEMABOK EMAS, 75050 MELAKA
12KOTA LAKSAMANAJAPERUN KOTA LAKSAMANA, LORONG TUN MAMAT 3,KAMPUNG MORTEN, 75300 MELAKA
13KESIDANGKOMPLEKS JAPERUN KESIDANG, TAMAN MELAKA BARU FASA 3, 75350 MELAKA

DAERAH ALOR GAJAH

BILNAMA JAPERUNALAMAT
1KUALA LINGGIKOMPLEKS JAPERUN KUALA LINGGI, BANGUNAN MARA, KUALA SUNGAI BARU, 78200 MELAKA
2TANJUNG BIDARAKOMPLEKS JAPERUN TANJUNG BIDARA, PENGKALAN BALAK, 78300 MASJID TANAH,MELAKA
3AYER LIMAUKOMPLEKS JAPERUN AYER LIMAU, 78100 LUBOK CHINA, MELAKA.
4LENDUKOMPLEKS JAPERUN LENDU, 78300 MASJID TANAH, MELAKA
5TABOH NANINGKOMPLEKS JAPERUN TABOH NANING, KAMPUNG PERNAU,SIMPANG EMPAT, 78000 ALOR GAJAH MELAKA
6REMBIAKOMPLEKS JAPERUN REMBIA,
BT 13, JALAN SUNGAI PETAI, 78000 ALOR GAJAH, MELAKA
7GADEKKOMPLEKS JAPERUN GADEK, JALAN TANJUNG RIMAU LUAR, 78000 ALOR GAJAH,MELAKA
8MACHAPKOMPLEKS JAPERUN MACHAP, KAMPUNG BUKIT BULAT, 78000 ALOR GAJAH, MELAKA
9DURIAN TUNGGALKOMPLEKS JAPERUN DURIAN TUNGGAL, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA   

DAERAH: JASIN

BILNAMA JAPERUNALAMAT
1BEMBANKOMPLEKS JAPERUN BEMBAN, 77200 JASIN MELAKA  
2ASAHANKOMPLEKS JAPERUN ASAHAN,
JALAN MELANGKAN, 77100 ASAHAN, MELAKA.
3RIMKOMPLEKS JAPERUN RIM,
BANDAR BARU JASIN 2, 77000 JASIN, MELAKA
4SERKAMKOMPLEKS JAPERUN SERKAM, KM 18 JALAN SERKAM BEMBAN, 77200 JASIN, MELAKA
5MERLIMAUKOMPLEKS JAPERUN MERLIMAU, LIPAT KAJANG, 77000 JASIN, MELAKA.
6SUNGAI RAMBAIKOMPLEKS JAPERUN SUNGAI RAMBAI, 77400 SUNGAI RAMBAI MELAKA     
bantuan ibu tunggal melaka

Baca juga:

Kategori Pemohon Yang Layak

Perempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) bagi kategori :

  • Ibu yang telah diceraikan secara hidup atau mati dan masih mempunyai tanggungan; atau
  • Mempunyai suami tidak berupaya untuk bekerja disebabkan sakit terlantar atau Orang Kelainan Upaya (OKU) atau tidak berkemampuan untuk bekerja (banduan); atau
  • Ibu tunggal yang mempunyai anak angkat beserta dokumen pengangkatan yang sah.

Syarat- syarat kelayakan

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan menetap
    (tinggal) di Melaka; dan
  2. Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) seperti dalam
    tafsiran definisi Ibu Tunggal; dan
  3. Mempunyai pendapatan seisi rumah di bawah Pendapatan
    Garis Kemiskinan (PGK) iaitu sebanyak RM1,289.00 atau RM337.00 per-kapita; dan
  4. Mempunyai tanggungan berusia 17 tahun dan ke bawah serta
    masih bersekolah.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Melaka

Aras 15 Menara Persekutuan
Jalan Persekutuan, MITC Ayer Keroh
75450 Melaka

jpw.gov.my

06-231 0334

[email protected]

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut