Advertisements

Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang MAINPP Untuk Pemilik Bengkel

Advertisements

KEPADA PEMILIK BENGKEL BERKENAAN, ANDA DIJEMPUT UNTUK MEMOHON BANTUAN KHAS ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah membuka permohonan bagi menyalurkan bantuan kepada pemilik bengkel.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang bantuan tersebut untuk info bersama.

Latarbelakang Zakat Pulau Pinang

Zakat Pulau Pinang memulakan operasi awalnya pada 27 Disember 1994 berpusat di Taman Selat, Butterworth. Pada peringkat awal penubuhan, terdapat tiga cawangan kaunter perkhidmatan zakat telah dibuka iaitu di Taman Selat, Butterworth, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), dan di Kompleks Bukit Mertajam.

Advertisements

Kini, Zakat Pulau Pinang telah menambah enam (6) lagi cawangan kaunter perkhidmatan zakat iaitu di Nibong Tebal, Bayan Baru, Balik Pulau, Kepala Batas, Lebuh Buckingham dan Ayer Itam.

Pada 3 Januari 2005, Zakat Pulau Pinang mengorak langkah yang lebih besar apabila berjaya memiliki bangunan sendiri di Bandar Perda, Bukit Mertajam sekaligus menjadikan ia sebagai ibu pejabat Zakat Pulau Pinang yang baru.

Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang (MAINPP) Bagi Pemilik Bengkel

Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang ini adalah khusus untuk pemilik bengkel berikut,

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

  1. Bengkel membaiki kereta / motor
  2. Bengkel mengimpal / mengecat
  3. Membaiki barangan elektrik / elektronik / pengahwa dingin
  4. Bengkel besi
  5. Bengkel perabot

Syarat Kelayakan Pemohon

  1. Pemastautin dan mempunyai premis / bengkel yang beroperasi di negeri Pulau Pinang.
  2. Wajib mempunyai lesen perniagaan SSM dan lesen PBT
  3. Belum menerima bantuan perniagaan tahun 2021 / 2022
  4. Perniagaan merupakan sumber utama pendapatan keluarga
bantuan bengkel mainpp zakat pulau pinang

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka bermula 8 Ogos 2022 (Isnin) hingga 22 Ogos 2022 (Isnin).

Cara Permohonan Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang (MAINPP) Bagi Pemilik Bengkel 2022

Dapatkan borang permohonan di mana-mana kaunter perkhidmatan zakat yang berhampiran dengan anda.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian terus 011 – 2872 4558 (Bahagian Keusahawan Asnaf ZPP).

Waktu Urusan Kaunter:

Isnin – Khamis: 8:00 pagi hingga 4:30 petang

Jumaat: 8:00 pagi hingga 4:30 petang

Rehat: 12:15 tengah hari hingga 2:45 petang

Hari Sabtu dan Ahad Tutup

 **Hari Sabtu Minggu pertama setiap bulan dibuka dari jam 9.00 pagi – 3.00 petang.

** Rujuk senarai kaunter Zakat Pulau Pinang : https://v2.zakatpenang.com/kaunter-perkhidmatan-zakat/

Laman web : zakatpenang.com

Facebook : Zakat Pulau Pinang

Baca juga: Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang 2022 / 2023

Leave a Comment