Bahasa Isyarat Malaysia: Maksud & Contoh Bahasa Isyarat

bahasa isyarat malaysia
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi orang pekak di Malaysia, mereka menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain.

Bahasa isyarat dapat difahami sebagai bahasa yang bergantung kepada pergerakan tangan, badan dan bibir serta tidak menggunakan suara untuk menyampaikan maklumat bagi menggantikan percakapan.

Ini bagi memastikan orang lain memahami apa yang mereka isyaratkan melalui isyarat tangan, badan, dan bibir.

Mengenai Bahasa Isyarat Malaysia

Bahasa isyarat ini ialah bahasa yang tulen bagi orang kehilangan pendengaran di Malaysia, yang juga merupakan bahasa ibunda dan bahasa isyarat istimewa bagi Orang Pekak Malaysia.

Pada awalnya mereka menggunakan ASL (American Sign Language), kemudian telah diadaptasi agar sesuai digunakan di Malaysia.

Bahasa isyarat ini mempunyai tatabahasa yang tersendiri yang mana ianya lebih menjurus kepada apa yang boleh dilihat oleh orang pekak itu sendiri.

Tidak dinafikan bahawa bahasa ini ini tidak sesuai dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa samada Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Melayu.

Walaubagaimanpun, penggunaan bahasa isyarat ini amat berguna untuk memudahkan pemahan orang pekak.

Pembangunan bahasa isyarat ini dibuat oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia sejak tahun 1997 melalui dana dari Abilis Foundation, Finland.

Persekutuan ini telah memulakan projek menghimpunan isyarat tempatan yang digunakan oleh orang Pekak dari pelbagai bangsa dan agama dari seluruh negara.

Bahasa isyarat ini kemudiannya telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi orang Pekak di Malaysia melalui Akta Orang Kurang Upaya 2008 atau Akta 685.

Kelebihan Berkomunikasi Bahasa Isyarat

Kelebihan berkomunikasi dalam bahasa isyarat adalah seperti berikut:

  • Dapat mengelakkan risiko perkembangan bahasa yang lambat bagi kanak-kanak pekak dan bisu. Masalah utama kanak-kanak masalah pendengaran ialah perkembamgan proses menguasai bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi.
  • Dapat mengembangkan keupayaan mental.
  • Bahasa Isyarat banyak memberi sumbangan kepada perkembangan bayi. Antaranya bayi kurang mengalami tekanan dan dapat mengekspresikan perasaan dan kehendak mereka dengan menggunakan bahasa isyarat ketika mereka tidak tahu bercakap.
  • Dapat menguasai kebolehan membaca dengan cepat.

Contoh Bahasa Isyarat

Contoh bahasa isyarat ini boleh dilihat di bawah:

i) Abjad

ii) Angka

iii) Warna

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai bahasa isyarat ini, sila layari laman web https://www.bimsignbank.org/.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut