Apakah bacaan gula normal mengikut umur yang boleh anda jadikan panduan semasa di bulan puasa?
Tahap gula dalam darah adalah penting untuk diagnosis dan pengurusan diabetes. Tubuh anda memerlukan glukosa dalam darah untuk tenaga, tetapi bacaan gula yang tidak terkawal sama ada terlalu tinggi (hiperglisemia) atau terlalu rendah (hipoglisemia) boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius jika tidak dikawal.
Mengesan awal, mencegah, dan mengurus masalah glukosa dengan baik bergantung pada pemahaman tentang tahap normal gula dalam darah mengikut usia dan gaya hidup.
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda dengan lebih lanjut berkenaan bacaan gula normal mengikut umur.
Baca juga: Gula Perang : Khasiat dan Kegunannya Dalam Masakan
Bacaan Gula Normal Mengikut Umur
Tahap gula dalam darah cenderung berubah mengikut usia, gaya hidup, dan status kesihatan. Seiring bertambahnya usia, keupayaan badan untuk mengawal gula dalam darah boleh berubah, meningkatkan risiko gula darah tinggi (hiperglisemia) atau gula darah rendah (hipoglisemia).
Berikut adalah carta umum yang menunjukkan tahap gula dalam darah normal bagi pelbagai kumpulan umur:
Kumpulan Umur | Tahap Gula dalam Darah Semasa Berpuasa (mg/dL) | Tahap Gula dalam Darah Selepas Makan (mg/dL) |
---|---|---|
0 – 5 tahun | 80-180 | Lebih dari 200 |
6 – 12 tahun | 80-180 | Lebih dari 180 |
Remaja (13 – 19 tahun) | 70-150 | 90-180 |
Dewasa (20 – 39 tahun) | 70-99 | 90-140 |
Dewasa (40 – 59 tahun) | 70-100 | 90-140 |
Warga Emas (60 ke atas) | 80-120 | 90-150 |
Bacaan Gula Normal Semasa Puasa
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), secara purata, nilai normal glukosa darah puasa adalah antara 70 mg/dL hingga 100 mg/dL. Sementara itu, berdasarkan cadangan WHO pada tahun 2006, tahap glukosa plasma selepas 2 jam dianggarkan lebih daripada atau sama dengan 200 mg/dL.
Berikut adalah tahap normal gula dalam darah secara purata:
Kumpulan | Tahap Gula dalam Darah Semasa Berpuasa (mg/dL) | Selepas Makan | 2 Jam Selepas Makan |
---|---|---|---|
Normal | 70 – 100 | 170 – 200 | < 140 |
Pra-Diabetes | 101 – 126 | 190 – 230 | 140 – 200 |
Diabetes | > 126 | 230 – 300 | > 200 |
Bacaan Gula dalam Darah Normal untuk Individu Sihat
Menurut Persatuan Diabetes Amerika (ADA) dan Institut Nasional Diabetes, Pencernaan, dan Penyakit Buah Pinggang (NIDDK), tahap gula dalam darah yang normal bagi individu sihat tanpa diabetes, apabila diuji menggunakan ujian HbA1c, adalah kurang daripada 5.7%.
Berdasarkan garis panduan ADA, tahap glukosa darah normal dalam mg/dL bagi individu sihat tanpa diabetes adalah seperti yang ditunjukkan dalam carta di bawah.
Keadaan | Tahap Gula dalam Darah (mg/dL) |
---|---|
Berpuasa (awal pagi, perut masih kosong) | < 100 |
1 jam selepas makan | 90 – 130 |
2 jam selepas makan | 90 – 110 |
Lebih 5 jam selepas makan | 70 – 90 |
Baca juga: Nama Lain Gula dan Tips Kawal Pengambilan Gula (KKM)
Bacaan Gula dalam Darah Normal untuk Pesakit Diabetes
Tahap gula dalam darah berubah sepanjang hari. Oleh itu, ia perlu dipantau dengan teliti dan secara berkala, terutamanya jika anda menghidap diabetes.
Menurut ADA dan NIDDK tahap gula dalam darah yang normal bagi pesakit diabetes apabila diuji menggunakan ujian HbA1c adalah 6.5% atau lebih. Berikut adalah tahap gula dalam darah bagi individu yang menghidap diabetes mengikut usia:
Umur | Tahap Gula Dalam Darah Semasa Berpuasa (mg/dL) | Tahap Gula Dalam Darah Selepas Makan (mg/dL) | Tahap Gula Dalam Darah 1-2 jam Selepas Makan (mg/dL) | Tahap Gula Dalam Darah Sebelum Tidur (mg/dL) |
---|---|---|---|---|
Bawah 6 tahun | 80 – 180 | 100 – 180 | ~ 180 | 110 – 200 |
6 – 12 tahun | 80 – 180 | 90 – 180 | Lebih dari 140 | 100 – 180 |
13 – 19 tahun | 70 – 150 | 90 – 130 | Lebih dari 140 | 90 – 150 |
20 tahun ke atas | < 100 | 70 – 130 | < 180 | 100 – 140 |
Bacaan Gula dalam Darah Normal untuk Wanita Hamil yang Menghidap Diabetes
Tahap gula dalam darah berubah semasa kehamilan. Ini bermaksud bahawa bagi dua wanita diabetes dengan usia yang sama, nilai normal gula dalam darah bagi wanita hamil akan berbeza daripada wanita yang tidak hamil.
Tahap gula dalam darah yang normal bagi wanita hamil yang menghidap diabetes adalah seperti berikut:
Keadaan | Tahap Gula Dalam Darah yang Normal (mg/dL) |
---|---|
Berpuasa | 70 – 89 |
Sebelum makan | 89 |
1 – 2 jam selepas makan | < 120 |
Sebelum tidur | 100 – 140 |
Kesimpulannya, memahami bagaimana tahap gula dalam darah berubah mengikut usia adalah penting untuk pencegahan dan kawalan diabetes serta pelbagai gangguan metabolik lain.
Pastikan tahap glukosa anda kekal sihat dengan memeriksa tahap gula secara berkala, mengamalkan pemakanan sihat, bersenam, dan mendapatkan bimbingan daripada pakar kesihatan.
Dengan maklumat ini, anda dapat merancang usaha untuk mencapai kesejahteraan dan umur yang lebih panjang dengan mengawal risiko diabetes sejak awal atau menghalang perkembangannya.
Rujukan: