Malaysia dikejutkan dengan berita penyingkiran jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, seawal pusingan pertama dalam acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024, semalam.
The Pocket Rocketman dibatalkan penyertaan gara-gara memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek, sekali gus menyaksikan perjuangannya berakhir.
Ramai rakyat Malaysia yang berduka, terkilan dan masih terkejut selepas Dato Azizulhasni Awang dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama acara tersebut.
Berikut dikongsikan video pada detik-detik yang terjadi ketika itu, serta penjelasan oleh Majlis Sukan Negara / Ketua Kontinjen Negara dan Dato Azizul sendiri.
Penjelasan oleh Majlis Sukan Negara
KENYATAAN TERHADAP INSIDEN PENYERTAAN DATO’ MOHD AZIZULHASNI AWANG OLY DIBATALKAN DALAM SARINGAN 1, PUSINGAN PERTAMA, ACARA KEIRIN LELAKI DI PARIS 2024
Sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke temasya Sukan Olimpik XXXIII Paris 2024, saya memaklumkan bahawa pihak kami telah mengemukakan rayuan terhadap insiden membabitkan pembatalan penyertaan Dato’ Mohd Azizulhasni Awang OLY pada perlumbaan Keirin Lelaki sebentar tadi.
Bagaimanapun, Ketua Komisar dan wakil badan induk dunia UCI mengekalkan keputusan membatalkan penyertaan Dato’ Mohd Azizulhasni akibat memintas derny atau motorsikal yang menentukan rentak di hadapan kelompok pelumba sebelum motorsikal keluar daripada gelanggang perlumbaan.
Kontinjen Malaysia dengan berat hati menerima keputusan ini dan akan memberi sokongan moral tidak berbelah bagi kepada beliau. Pada masa yang sama pihak Institut Sukan Negara (ISN), juga akan menyediakan perkhimatan sokongan kepada Dato’ Mohd Azizulhasni dalam berdepan dengan situasi yang sukar ini.
DATUK HAMIDIN MOHD AMIN
Ketua Kontinjen Malaysia ke Paris 2024
Majlis Sukan Negara Malaysia
Penjelasan Oleh Dato Azizulhasni Awang
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya percaya ramai yang tertunggu-tunggu penjelasan apakah yang berlaku di dalam pusingan pertama acara Keirin saya semalam. Saya cuba ringkaskan seboleh mungkin.
1- Ketika draw dibuat saya mendapat posisi terakhir iaitu enam, saya kekal tenang dan untuk berlumba dengan posisi tersebut ada perancangannya.(Shah juga mendapat posisi keenam dalam heat beliau)
2- Hasil perbincangan bersama jurulatih John Beasley, plan terbaik adalah untuk terus kehadapan dan cuba mendapatkan posisi paling hadapan seawal mungkin.
3- Ini adalah kerana ada beberapa pelumba front runner (senko) berada dihadapan. Jika pelumba hadapan terus memecut awal, ianya akan meletakkan saya di situasi sukar untuk bergerak kehadapan pada kelajuan tinggi berdasarkan beberapa pelumba yang berada dihadapan saya.
4- Akan ada possibility blocking dan gapping dari beberapa pelumba hadapan jika saya menggunakan taktik menunggu. Jadi saya harus memilih taktik terbaik untuk meningkatkan possibility untuk menang, dan bergerak awal ini juga saya ada lakukan ketika pusingan awal di Olimpik Tokyo dahulu.
5- Berbaki satu pusingan sebelum pacer keluar saya sudah bergerak kehadapan secara perlahan-lahan dari belakang, ini sama ketika saya lakukan di perlumbaan Asian Championships di Kuala Lumpur dahulu juga. Perancangannya adalah untuk bergerak kehadapan dan berada di sebelah luar pelumba pertama atau kedua dan selepas pacer keluar saya akan terus memecut untuk merebut kedudukan posisi paling hadapan (pertama)
6- Namun ketika melepas selekoh ketiga dan sebelum memasuki selekoh keempat, saya dihalang dengan himpitan dari pelumba France. Himpitan itu terlalu aggressive dan bagi saya ianya adalah intentionally aggressive kerana melanggar saya (boleh rujuk gambar) dan saya hampir terjatuh. Saya terselamat daripada jatuh merana quick reaction dan good handling skill yang saya ada.
7- Tidak cukup dengan itu beliau masih mengekori rapat disebelah dan masih cuba memberikan himpitan kedua dan didalam keadaan seperti itu reaksi saya adalah bergerak kehadapan untuk mengelak dari beliau.
8- Sebagai seorang pelumba Keirin yang elite, kita tahu speed/kelajuan untuk pacer sebelum keluar. Biasanya di lap terakhir pacer akan memecut keluar selepas melepasi selekoh empat dari kelajuan 50-55kmh. Akan tetapi pada perlumbaan saya tadi pacer bergerak lebih perlahan berbanding speed sebenarnya dan tidak memecut keluar selepas selekoh empat.
9- Saya yang tengah bergolak dengan pelumba France itu perasan pacer masih belum memecut keluar , terkejut, dan cuba back pedal sebagai cara untuk breaking akan tetapi malangnya tak sempat untuk memperlahankan kelajuan seperti yang diinginkan.
10- Berdasarkan rule perlumbaan, tayar belakang pelumba tidak boleh memotong pacer sebelum pacer keluar di pursuit line iaitu line halus di tengah front stretch (bukannya starting line)
11- Adakah tayar belakang saya memotong pacer sebelum pacer keluar? Jawapan saya adalah ya akan tetapi ianya adalah unintentionally dan juga ianya adalah disebabkan oleh dua keadaan iaitu pertama blocking dan himpitan berterusan dari pelumba France dan keduanya adalah kerana pacer bergerak pada kelajuan hanya 40-45kmh dan tidak pada kelajuan sepatutnya dan tidak memecut keluar seperti kebiasaan.
12- Jurulatih John Beasley dan Pengurus Pasukan Izham Mohammad terus berjumpa dengan pihak panel komisar sejurus kejadian dan menjelaskan keadaan dan memohon untuk mereka review kembali video perlumbaan dan keputusan. Namun mereka memilih untuk kekal dengan keputusan yang sama.
13- Ada tak keadaan dimana pelumba melakukan kesalahan terang secara sengaja atau tidak sengaja yang menyalahi undang-undang perlumbaan tetapi tidak dikenakan kesalahan atau diberikan peluang oleh panel komisar? Jawapannya ada. Boleh rujuk perlumbaan semi-final sprint antara pelumba great britain dan holland dan juga perlumbaan quarterfinal antara pelumba great britain dan jepun.
14- Keadaan juga mengingatkan saya kembali kepada perlumbaan keirin final di Olimpik Rio dimana perlumbaan harus diberhentikan sebanyak dua kali dan dimulakan kembali tanpa seorang pun pelumba dikeluarkan dari perlumbaan.
15- Sukan lumba basikal track memang keputusan mutlak daripada panel komisar. Walaupun suatu ketika dahulu jurulatih dan pasukan boleh membawa hujah dan video untuk di review kembali akan tetapi sampai pada suatu ketika semuanya diubah sepenuhnya.
16- Moving forward, saya berharap semua dapat berikan sokongan dan doa kepada rakan sepasukan saya Shah Firdaus yang menggalas tanggungjawab dan harapan baru untuk membawa pulang pingat emas untuk kontinjen Malaysia.
17- Saya percaya Shah Firdaus mampu melakukannya
Baca juga: Biodata Dato Azizulhasni Awang (Pocket Rocketman)