Ayat Songsang: Takrifan & Cara Penukaran Ayat

Dalam tatabahasa Bahasa Melayu, para murid perlu mempunyai kemahiran untuk membuat penukaran ayat kepada Ayat Songsang.

Berikut merupakan takrifan mengenai ayat ini dan cara untuk membuat penukaran ayat.

Mengenai Ayat Songsang

Ayat songsang ialah ayat yang mengalami proses pendepanan predikat.

Ini bermaksud predikat yang berkedudukan selepas subjek akan dipindahkan ke awal ayat menggantikan kedudukan subjek.

Subjek pula akan menggantikan kedudukan predikat tersebut.

Cara Membuat Penukaran Ayat

Untuk menukarkan ayat biasa kepada ayat yang berbentuk songsang, murid digalakkan menggunakan formula 2+1+3 dan 2+1.

Nombor yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

NomborPerkara
1Subjek
2Predikat
3Penerangan

i) Penukaran dari Ayat Biasa dengan penerangan

Contoh ayat untuk ditukarkan adalah seperti berikut:

  • Abangnya arkitek di Syarikat Alam Megah.
  • Siti menyapu sampah di halaman rumah.

Kelaskan ayat tersebut mengikut nombor:

Subjek (1)Predikat (2)Penerangan (3)
Abangnyaarkitekdi Syarikat Alam Megah
Sitimenyapu sampahdi halaman rumah

Untuk menukarkan ayat tersebut, murid boleh menggunakan formula 2+1+3 iaitu:

Predikat (2)Subjek (1)Penerangan (3)
Arkitekabangnyadi Syarikat Alam Megah
Menyapu sampahSitidi halaman rumah

ii) Penukaran dari Ayat Biasa tanpa penerangan

Contoh ayat untuk ditukarkan adalah seperti berikut:

  • Jam tangan ini daripada Rahim.
  • Majalah itu sangat tebal.

Kelaskan ayat mengikut nombor:

Subjek (1)Predikat (2)
Jam tangan inidaripada Rahim
Majalah itusangat tebal

Untuk penukaran Ayat Biasa tanpa penerangan, formula 2+1 boleh digunakan oleh murid.

Predikat (2)Subjek (1)
Daripada Rahimjam tangan ini
Sangat tebalmajalah itu
Bantu kami share artikel ini: