Ayat Pasif: Maksud & Contoh Ayat

ayat pasif
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Untuk murid yang ingin mengetahui mengenai Ayat Pasif, berikut merupakan maksud mengenai ayat ini.

Disertakan contoh-contoh ayat ini untuk memudahkan lagi pemahaman murid-murid.

Maksud Ayat Pasif

Ayat ini menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.

Ayat ini tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua.

Selain itu, ayat ini juga berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga.

Jenis Ayat Pasif

Terdapat 3 jenis ayat ini iaitu:

i) Ayat pasif diri pertama

Ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.

Contoh ayat bagi jenis ini adalah seperti berikut:

  • Bola itu saya tendang.
  • Pokok bunga itu telah aku siram.
  • Jalan itu telah kita lalui tadi.
  • Rumah itu saya bina.
  • Kereta itu kami beli.
  • Reban ayam itu aku robohkan.

ii) Ayat pasif diri kedua

Ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.

Contoh ayat adalah seperti di bawah:

  • Borang itu perlu anda isi.
  • Makanan itu awak perlu habiskan.
  • Matematik merupakan mata pelajaran yang perlu kamu kuasai.
  • Almari itu kamu beli?
  • Loket itu awak gilap?
  • Buku novel itu sudah anda baca?

iii) Ayat pasif diri ketiga

Ayat yangkata kerjanya berawalan di- diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda,dan sebagainya.

Contoh ayat adalah seperti berikut:

  • Dahan pisang itu dicantas oleh mereka.
  • Pintu bilik itu dibaiki oleh Syukri.
  • Lori panjang itu dipandu oleh dia.

Lihat buku mengenai ayat ini DI SINI.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut