Asam jawa sering digunakan dalam masakan Melayu untuk melengkapkan rasa masam dalam hidangan.
Biasanya kita melarutkan ia ke dalam air lalu digunakan dalam masakan. Hampasnya sahaja yang dibuang. Ada juga yang dijadikan air minuman untuk menyejukkan badan.
Namun tahukah anda, asam jawa mempunyai manfaat yang cukup banyak pada kesihatan diri?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat asam jawa dan cara penggunaannya yang betul.
Baca juga:
Apa itu asam jawa?
Asam jawa (Tamarindus indica L.,) adalah sejenis tumbuhan pelbagai guna yang berasal dari pokok asam jawa. Aslinya ia berasal dari Afrika tetapi juga tumbuh di kawasan tropika lain termasuk India.
Dikatakan hampir ke semua bahagian pokok ini digunakan dalam industri kimia, farmaseutikal, makanan dan tekstil.
Nama “tamarind” berasal dari perkataan Parsi iaitu “tamar-i-hind” yang bermaksud “tarikh India” kerana ia mula-mula dihasilkan oleh kelapa sawit India.
Bahkan untuk menunjukkan bahawa tanaman ini begitu lama tumbuh di muka bumi sehingga ia disebut sebagai “amlika dalam Bahasa Sanskrit dan turut disebutkan dalam kitab Brahmasamhita India antara 1200 dan 200 SM.
Tumbuhan ini lazimnya banyak digunakan dalam pelbagai masakan Asia, Timur Tengah, Mexico, dan Amerika Selatan.
Kandungan nutrisi dalam asam jawa
Menurut data yang dikeluarkan oleh U.S Department of Agriculture (USDA), setiap satu cawan (120 gram) pulpa asam jawa mentah mengandungi:
- Kalori: 287
- Lemak: 0.7 g
- Natrium: 34 mg
- Karbohidrat: 75 g
- Serat: 6.1 g
- Gula: 46.6 g
- Protein: 3.4 g
- Kalium: 754 mg
- Vitamin C: 4.2 mg
Selain itu, asam jawa juga mengandungi banyak nutrisi seperti magnesium, potasium, zat besi, folat, kalsium, phosphorus, vitamin B1, B2, dan B3.
Khasiat asam jawa
Terdapat banyak khasiat tamarind kepada kesihatan manusia. Berikut adalah antara khasiatnya:
1. Menyokong kesihatan jantung
Sifat polifenol, flavonoid, dan antioksidan tamarind boleh membantu menyokong ksihatan jantung dengan menghalang kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh kolesterol LDL.
Kenyataan ini dikuatkan lagi menerusi kajian makmal 2013 terdahulu yang mendapati bahawa tamarind boleh membantu mencegah penyakit aterosklerosis kardiovaskular.
Aterosklerosis kardiovaskular adalah salah satu dari masalah pembuluh darah yang paling biasa berlaku dan penyebab kepada stroke, penyakit jantung, masalah sirkulasi lainnya yang lebih serius.
Namun, kajian yang lebih terperinci perlu dilakukan tentang bagaimana tamarind boleh memberi kesan kepada kesihatan jantung manusia.
2. Melawan keradangan
Tamarind mengandungi polifenol dan antioksidan yang boleh membantu mengawal keradangan dalam badan.
Ia telah lama digunakan dalam dunia perubatan tradisional sebagai ubat untuk sakit dan penyakit yang berkaitan dengan keradangan seperti arthritis.
3. Meningkatkan imun badan
Sumber antioksidan yang baik di dalamnya seperti vitamin C, flavonoid, karoten, vitamin B kompleks dan meningkatkan serta menguatkan sistem imun manusia.
4. Menurunkan tekanan darah
Bagi anda yang mempunyai masalah hipertensi atau tekanan darah yang tinggi, tamarind berupaya untuk mengawal tekanan darah.
Malah terdapat sumber yang mengatakan bahawa ia juga mampu untuk mencegah penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular, mengurangkan risiko arteri tersumbat, merawat luka yang tidak normal pada dinding arteri dan sebagainya.
5. Menurunkan berat badan
Kajian menunjukkan bahawa serat dalam asam jawa sebenarnya boleh membantu dalam penurunan berat badan kerana ia mengandungi flavonoid dan polifenol.
Bukan itu sahaja, asam jawa juga sarat dengan asid hidroksisitrik yang berfungsi untuk mengurangkan selera makan anda dengan menghalang amilase iaitu sejenis enzim yang bertanggungjawab untuk menukar karbohidrat kepada lemak.
6. Meningkatkan kesihatan mata
Menurut jurnal BMC Ophthalmology, tamarind memiliki upaya untuk melindungi mata dari kering, mengurangkani risiko degenerasi makula dan katarak yang terkait dengan pertambahan usia kerana kandungan vitamin A di dalamnya,
7. Membuang sel kulit mati
Proses pengelupasan kulit yang terbaik sepatutnya berlaku sekali atau dua kali dalam seminggu bagi membolehkan kotoran keluar dari kulit anda.
Mencuci muka dengan pembersih wajah yang mengandungi tamarind mampu membersihkan kulit anda dan merawat pori-pori tersumbat.
Asid semulajadi dalam tamarind, seperti asid sitrik dan asid alfa hidroksil, dengan mudah menghilangkan sel kulit mati dan kotoran tersembunyi di kulit anda, menjadikan ia lebih bersih.
8. Mencerahkan kulit
Campuran asam jawa dan kunyit kombinasi terbaik untuk mendapatkan kulit yang cerah, bermaya dan glowing.
Hal ini kerana kunyi mengandungi kurkumin yang bagus untuk membersihkan kulit dan membunuh bakteria.
9. Melembatkan kulit
Kulit kering dan berminyak boleh menjadi mimpi ngeri kepada kebanyakkan orang.
Apatah lagi bagi mereka yang turut mempunyai masalah kulit sensitif, amatlah sukar untuk menemukan produk penjagaan wajah yang sesuai dan terbaik.
Justeru, mencari bahan semula jadi untuk menangani masalah ini adalah kaedah yang paling boleh dipercayai untuk mendapatkan hasil yang berkekalan.
Tamarind adalah bahan yang sempurna untuk merawat kulit kering dengan melembapkannya tanpa memberi sebarang kesan sampingan.
Sifat semula jadinya membolehkan ia menembusi kulit anda dengan mudah dan lebih mendalam.
10. Mengatasi kulit berjerawat
Punca jerawat adalah kerana liang pori yang tersumbat. Jika kulit anda kerap mengalami masalah jerawat inilah masanya untuk anda cuba menggunakan. khasiat tamarind dalam rutin penjagaan kulit anda.
Cara menggunakan asam jawa dalam masakan
1. Buat bancuhan air asam jawa
- Campurkan 30 gram asam jawa ke dalam 100 ml air atau rendam dengan air selama 10 minit.
- Kemudian, perahkan bancuhan tersebut ke dalam mangkuk sehingga menjadi air asam jawa.
- Tapiskan air asam jawa ke dalam masakan untuk elak dari bijinya termasuk sekali.
2. Keringkan asam jawa
- Biarkan asam jawa di bawah sinar matahari sehingga separa kering.
- Masukkan ke dalam balang kaca dan isi dengan air.
- Bairkan di dalam peti sejuk semalaman.
- Keesokan harinya, perah sehingga menjadi pulpa.
- Anda boleh simpan di dalam peti sejuk semula dan gunakan dalam masakan pada bila-bila masa yang anda mahu.
Cara menggunakan asam jawa untuk kulit cantik
Bagi anda yang ingin menggunakan asam jawa sebagai petua untuk mencantikkan kulit, anda boleh buat pes asam jawa dan sapukan pada wajah. Pastikan pes asam jawa tersebut tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
Boleh juga tambahkan bersama sedikit kunyit hidup yang ditumbuk halus ke dalam bancuhan pes tersebut kerana kunyit mempunyai sifat penyembuhan dan mampu memaksimumkan manfaat asam jawa sepenuhnya.
Sapukan pes pada seluruh wajah dan biarkan ia selama 15-20 minit. Kemudian, basuh sehingga bersih. Amalkan petua ini tiga kali seminggu untuk mendapatkan perubahan yang ketara.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat asam jawa dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Top 6 Health Benefits of Tamarind. Good Food
- What Is Tamarind? A Tropical Fruit with Health Benefits. Healthline