“Anak Yang Baik lagi Cerdik” merupakan sebuah slogan yang sering diungkapkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato Hj Pkharuddin Hj Ghazali.
Ianya memfokuskan kepada kaedah untuk melahirkan pelajar yang cerdik semata-mata, tetapi mempunyai sahsiah diri yng baik.
Slogan ini dihasilkan sebagai usaha KPM untuk memberikan pemahaman yang mudah diterima oleh semua masyaratkat untuk dihayati.
Asas Konsep ABC – “Anak Yang Baik lagi Cerdik”
Melalui konsep ABC, bukan sekadar belajar di sekolah, murid-murid kini dididik untuk menjadi modal insan berilmu dan berakhlak mulia sebagai pewaris negara pada masa hadapan.
Berikut merupakan 4 asas utama melahirkan generasi “Anak Yang Baik lagi Cerdik”:
- Hati – Bekerja dari Hati
- Ibadah – Bekerja sebagai Ibadah
- Trust and Inspirasi – Saling mempercayai dan memberi inspirasi
- Manfaat – Sentiasa bermanfaat
Inspirasi Konsep “Anak Yang Baik lagi Cerdik” (ABC)
Dato Hj Pkharuddin Hj Ghazali menjelaskan beliau mendapat inspirasi mengenai konsep “Anak Yang Baik lagi Cerdik” ini sewaktu memangku jawatan sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan.
Pada ketika itu, beliau melihat kebanyakan pelajar menghadapi tekanan untuk mencapai prestasi akademik yang cemerlang.
Ibu bapa dilihat sanggup memperuntukkan wang ringgit yang banyak untuk memastikan anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik namun kurang memberi penekanan dalam usaha melahirkan anak-anak yang mempunyai sahsia yang baik.
Selari Dengan Teras Utama KPM
Konsep “Anak Yang Baik lagi Cerdik” (ABC) ini juga selari dengan 7 teras utama yang menjadi tunjang KPM, iaitu aspek “Karamah Insaniah” melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti dalam diri seseorang pelajar.
Baca lagi: Memahami Konsep “Karamah Insaniah” KPM
Berikut merupakan 7 teras utama Kementerian Pendidikan Malaysia:
- Komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus
- Memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah iaitu pembentukan adab, akhlak dan integriti
- Kemiskinan berbilang dimensi B40: Malnutrisi, peranti dan ruang belajar
- Keciciran pendidikan dan masalah literasi dan rapatkan kesenjangan pendidikan
- Kebajikan guru sebagai teras keberkesanan penyampaian pendidikan
- Ubah suai dan naik taraf sekolah daif terutama Sabah dan Sarawak
- Peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah
Strategi Melahirkan Generasi ABC
Bagi mencapai matlamat melahirkan generasi ABC, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah di dalam pembelajaran para pelajar:
- Program yang meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak
- Menggalakkkan pelibatan komuniti dengan sekolah seperti yang termaktub dalam Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
- Menasihatkan agar ibu bapa tidak bersikap lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab pendidikan sepenuhnya kepada para guru dan sekolah
- Memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila anak murid pulang ke rumah supaya proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dilakukan secara berterusan
Rujukan: https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/2023/02/19/12421/