Jika anda ingin menjana sedikit pendapatan tambahan daripada blog anda, anda boleh cuba meletakkan iklan di tapak anda menggunakan Google Adsense atau beberapa alternatif Google Adsense.
Kali ini, mari lihat beberapa syarikat pengiklanan lain bagi Google Adsense yang boleh anda cuba letak di halaman website anda.
Mengapa bukan Google Adsense?
Jika Google tidak membenarkan blog anda untuk akaun AdSense, anda memerlukan rangkaian pengiklanan dengan keperluan kelulusan yang lebih santai untuk bermula.
Dalam sesetengah kes akaun Adsense anda mungkin dibekukan kerana melanggar terma dan syarat Adsense, maka anda boleh menggunakan pengiklan alternatif Goggle Adsense untuk menjana duit bagi blog anda.
Sesetengah syarikat pengiklan juga menetapkan jumlah yang lebih sedikit untuk membolehkan anda mengeluarkan duit pendapatan anda, berbanding Google Adsense.
1. Media.Net
Media.net ialah peneraju dalam pengiklanan kontektual.
Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Bing dan Yahoo dan ia secara meluas dianggap sebagai alternatif AdSense untuk penerbit dan pengiklan.
Media.net menawarkan berbilang jenis iklan paparan dan iklan asli untuk desktop dan mudah alih, dan anda boleh mengharapkan untuk memperoleh pendapatan yang sama daripada iklan ini seperti yang anda lakukan dengan AdSense.
Info lanjut: https://www.media.net/
2. PropellerAds
PropellerAds ialah platform yang berkembang pesat yang menyediakan peluang menjana pendapatan untuk kedua-dua tapak blog baharu dan lama.
PropellerAds terkenal dengan iklan popunder, yang dimuatkan di belakang tetingkap (browser) semasa dan muncul apabila tetingkap ini ditutup.
Info lanjut: https://propellerads.com/
3. InfoLinks
InfoLinks menyediakan alternatif yang kompetetif untuk memaparkan iklan — keistimewaannya ialah peletakan pengiklanan dalam teks.
InfoLinks mencari kata kunci dalam kandungan teks blog anda dan secara automatik mengaitkan iklan dengan coretan teks yang berkaitan.
Info lanjut: https://www.infolinks.com/
4. Bidvertiser
Bidvertiser beroperasi pada sistem kempen pembidaan.
Daripada meletakkan iklan secara automatik, Bidvertiser menjual ruang iklan paparan di tapak web anda kepada mana-mana pengiklan yang membayar paling banyak.
Info lanjut: https://www.bidvertiser.com/
5. Revcontent
Revcontent ialah peneraju dalam iklan native dan alternatif Google Adsense lain, yang direka untuk memadankan rupa dan mood kandungan blog anda.
Iklan ini sangat disasarkan untuk membantu mereka bergabung di halaman web anda agar rekabentuknya nampak lebih natural.
Revcontent juga menawarkan iklan dalam format lain seperti paparan, mudah alih dan video.
Info lanjut: https://www.revcontent.com/
Selamat mencuba!