15+ Aktiviti Menarik di Kedah 2025 – Percutian Keluarga & Mesra Poket
Negeri Kedah merupakan pilihan yang sangat sesuai bagi sesiapa yang mencari destinasi percutian mesra keluarga dan juga mesra poket.
Kedah bukan sahaja terkenal dengan pemandangan sawah padi yang luas terbentang, malah menawarkan pelbagai aktiviti menarik serta destinasi tarikan yang mampu menjadikan percutian lebih bermakna.
Tambahan pula, dengan promosi pelancongan yang semakin rancak dijalankan di Kedah, maka semakin banyak lokasi baru dan aktiviti yang menarik untuk dicuba.
Berikut merupakan lebih 15 aktiviti menarik di Kedah yang anda patut masukkan dalam senarai untuk dicuba apabali berkunjung ke Kedah.
BACA JUGA: Harga Tiket Feri Langkawi 2025 (Kuala Kedah, Kuala Perlis, Satun, Koh Lipe)
Senarai Aktiviti Menarik di Kedah 2025
1. Menikmati Pemandangan di Tree Top Walk Sungai Sedim
- Alamat: Kg Ulu Riau Tree Top Walk Kg Ulu, 09700 Karangan, Kedah, Malaysia
- Waktu Operasi: Setiap Hari, 8.30 AM–5.30 PM
Tree Top Walk Sungai Sedim merupakan jambatan gantung yang terletak di Hutan Lipur Sungai Sedim, Kulim. Jambatan ini membolehkan pengunjung menikmati pemandangan hutan hujan tropika dari ketinggian lebih 26 meter!
Sepanjang laluan hampir 1.5 kilometer, pengunjung juga berpeluang merasai suasana sejuk hutan, deruan air sungai serta melihat flora dan fauna tempatan. Kemudahan seperti tandas awam, gerai makanan dan tempat letak kereta juga ada disediakan.
2. Menaiki Bot dan Melakukan Aktiviti Rekreasi di Pusat Rekreasi Sungai Merbok
- Alamat: Kuala Muda, Kedah
- Waktu Operasi: –
Pusat Rekreasi Sungai Merbok kaya dengan biodiversiti dan menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan.
Antara aktiviti yang boleh pengunjung lakukan di sini ialah jungle trekking, berkelah, melihat burung, memancing dan sebagainya. Pengunjung juga boleh menaiki bot menyusuri Sungai Merbok untuk menikmati keindahan paya bakau dan ekosistem sungai yang unik.
Dari segi kemudahan, terdapat chalet terapung yang lengkap dengan bilik berhawa dingin, pelantar memancing, tempat letak kereta, pondok rehat serta gerai makanan disediakan di sini.
3. Bersantai di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi
- Alamat: Ayer Hangat 07000 Kuah, Langkawi Kedah
- Waktu Operasi: –
Pantai ini terkenal dengan pasir putih halus dan suasana ala-ala Thailand. Selain menikmati keindahan laut, anda juga boleh mencuba makanan laut segar di restoran terapung dan melihat bot nelayan berwarna-warni di sini.
Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti seperti berjemur, berenang, berperahu atau menaiki kayak untuk meneroka kawasan sekitar. Jangan lupa luangkan masa untuk menyaksikan matahari terbenam yang memukau di sepanjang pantai ini.
4. Melawat Muzium Padi Kedah
- Alamat: 58RG+9H, Jalan Gunung Keriang, Gunung Keriang, 05150 Alor Setar, Kedah
- Waktu Operasi: Setiap Hari kecuali Jumaat, 9 AM–4:30 PM (Jumaat, 9 AM–12:30 PM, 2:30–4:30 PM)
Sebagai negeri pengeluar padi utama, tidak lengkaplah percutian anda tanpa kunjungan ke Muzium Padi Kedah. Muzium ini terletak di kaki Gunung Keriang, kira-kira 8 kilometer dari pusat bandar Alor Setar.
Muzium ini dibina dengan reka bentuk menyerupai gemai padi untuk melambangkan identiti negeri jelapang padi Malaysia.
Di sini anda boleh mempelajari mengenai sejarah, budaya dan teknologi penanaman padi melalui galeri interaktif, diorama 360 darjah serta koleksi alat tradisional dan moden yang digunakan dalam pertanian.
Apa yang menariknya, di sini pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan pemandangan sawah dan Gunung Keriang dari tingkat atas muzium ini.
5. Melawat Muzium Negeri Kedah
- Alamat: Darul Aman Hwy, Bakar Bata, 05100 Alor Setar, Kedah
- Waktu Operasi: Setiap Hari kecuali Jumaat, 9 AM–5 PM (Jumaat, 9 AM–12:30 PM, 2:30–5 PM)
Selain Muzium Padi, jangan lupa juga untuk singgah ke Muzium Negeri Kedah. Muzium ini menampilkan 10 galeri berbeza merangkumi sejarah, seni, budaya dan tekstil negeri Kedah.
Terdapat pelbagai artifak sejarah, budaya dan warisan Kedah dari zaman prasejarah hingga moden, termasuk manuskrip, tekstil dan koleksi arkeologi yang unik ditempatkan di muzium ini. Masuk adalah percuma sahaja.
6. Snorkeling di Pulau Payar Marine Park
- Alamat: Kompleks EB Adina peksn Baru Baron Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
- Waktu Operasi: –
Seterusnya, aktiviti menarik di Kedah yang tidak boleh dilepaskan ialah aktiviti snorkeling dan selam skuba di Pulau Payar Marine Park.
Pulau ini sangat terkenal dengan keindahan terumbu karang serta kepelbagaian hidupan marin yang menakjubkan. Terdapat juga kemudahan seperti dek pemerhatian bawah laut dan pontun terapung untuk memudahkan pengunjung.
Lokasi ini turut menyediakan kemudahan asas seperti bilik persalinan, tandas serta kawasan berkelah. Untuk pengetahuan anda, pulau in dikawal rapi untuk pemuliharaan. Terdapat had pengunjung mingguan dan penutupan berkala bagi menjaga ekosistem marin.
7. Berangan Aqua Park
- Alamat: Kampung Kelang Makau, 08000 Sungai Petani, Kedah
- Waktu Operasi: Setiap Hari kecuali Selasa, 10 AM–5 PM (Selasa Tutup)
Sekiranya anda bercuti bersama anak-anak, Berangan Aqua Park memang wajib singgah. Taman tema air mini yang berlatarbelakangkan sawah padi ini sangat sesuai untuk keluarga dengan anak kecil.
Kemudahan di Berangan Aqua Park lengkap dengan chalet dan gerai makanan. Ini sangat memudahkan pengunjung untuk menginap dan menikmati pelbagai aktiviti sepanjang berada di sini.
Lokasinya juga sangat mudah diakses dari pusat bandar Sungai Petani.
8. Melihat Rusa di Batas Ubi Deer Farm
- Alamat: Kampung Batas ubi, 06900 Yan, Kedah, Malaysia
- Waktu Operasi: –
Melihat rusa di Batas Ubi Deer Farm juga antara aktiviti menarik di Kedah yang anda kena masukkan dalam senarai.
Batas Ubi Deer Farm adalah merupakan ladang rusa yang meliputi kawasan seluas lima ekar. Di sini, pengunjung berpeluang memberi makan rusa secara langsung tau. Memang seronok sangat.
Selain memberi makan rusa, pengunjung juga boleh mencuba daging rusa BBQ yang segar dan lazat. Tadi dah bagi makan kan, haa sekarang kita makan dia.
Bukan itu sahaja, di ladang ini juga pengunjung boleh melakukan aktiviti lasak seperti menunggang ATV. Ini membolehkan pengunjung menjelajah kawasan ladang dengan lebih menyeronokkan.
Kemudahan dan suasana ladang yang mesra keluarga menjadikan Batas Ubi Deer Farm destinasi ideal untuk percutian santai dan berbeza di Kedah.
Menariknya lagi, di sini juga terdapat beberapa pilihan penginapan berhampiran untuk pengunjung yang ingin bermalam.
9. Flying Fox & Water Rafting di Sungai Sedim
- Alamat: Kg Ulu Riau Tree Top Walk Kg Ulu, 09700 Karangan, Kedah, Malaysia
- Waktu Operasi: Setiap Hari, 8.30 AM–5.30 PM
Selain terkenal dengan Tree Top Walk, Sungai Sedim juga menjadi lokasi popular untuk aktiviti lasak seperti flying fox, white water rafting, dan abseiling.
Di sini pengunjung boleh melakukan aktiviti lasak dengan selamat dan di bawah pantauan jurulatih bertauliah. Jadi anda tidak perlu risau walaupun baru pertama kali hendak mencuba aktiviti lasak sebegini.
10. Melawat Galeri Seni & Kraf di Balai Seni Negeri Kedah
- Alamat: Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah
- Waktu Operasi: Setiap Hari kecuali Jumaat, 9 AM–5 PM (Jumaat, 9 AM–12:30 PM, 2:30–5 PM)
Melawat Galeri Seni Negeri Kedah atau Balai Seni Negeri Kedah juga salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Kedah.
Galeri yang terletak di pusat bandar Alor Setar ini dibuka secara rasmi pada tahun 1912 dan kini menjadi pusat pameran karya seni tempatan seperti lukisan, arca dan kraftangan tradisional
Bangunannya yang asalnya dibina sebagai bangunan Mahkamah Tinggi mempamerkan senibina neoklasik yang unik, menjadikannya tarikan tersendiri untuk kaki fotografi dan pencinta sejarah.
Di dalam galeri, lebih daripada seribu karya seni asli Kedah dipamerkan, termasuk lukisan dan ukiran kayu yang mencerminkan budaya dan kreativiti masyarakat setempat. Galeri ini turut menganjurkan pameran sementara, bengkel pendidikan dan demonstrasi seni.
Masuk adalah percuma.
11. Menginap di Resort Desa & Glamping
Kedah kini menawarkan lebih banyak pilihan penginapan berkonsepkan desa dan glamping yang memberikan pengalaman bermalam di tengah alam semula jadi dengan kemudahan moden.
Contohnya, The Jerai Hill Resort yang terletak di puncak Gunung Jerai. Resort ini menawarkan suasana desa dengan pemandangan menakjubkan serta kemudahan moden untuk keselesaan pengunjung.
Selain itu, di Pusat Rekreasi Sungai Merbok juga ada menyediakan chalet terapung (Chalet Terapung PPK Merbok) dan glamping di tepi sungai. Ia sesuai untuk pencinta alam yang ingin merasai pengalaman bermalam di tengah kehijauan semula jadi.
Beberapa lokasi lain seperti Bendang Perantau Homestay dan DelZiaNa Bara Villa Pakbara juga menawarkan konsep penginapan desa yang autentik bagi membolehkan tetamu menikmati suasana kampung dengan kemudahan lengkap.
Pilihan glamping di kawasan sawah padi dan ladang turut semakin popular. Ini memberikan peluang untuk menikmati keindahan Kedah dengan cara yang lebih santai dan eksklusif. Antara lokasi glamping di Kedah yang popular ialah Jerai Nature Glamping, Sebarau Park Campsite dan beberapa lagi.
12. Menikmati Makanan Tradisional Kedah
Aktiviti menarik di Kedah yang tidak boleh dilupakan ialah semestinya aktiviti makan-makan. Pastikan anda mencuba pelbagai hidangan tradisional Kedah seperti laksa Kedah, gulai itik dan kuih-muih tempatan yang mudah didapati di pasar malam atau restoran tempatan.
13. Menikmati Nira Nipah di Ladang Nira Nipah Napiah, Merbok
- Alamat: F104, Jalan Kampung Sungai Pial, Kampung Huma, 08400 Merbok, Kedah, Malaysia
- Waktu Operasi: Jumaat, Sabtu, Ahad (12–7:30 PM)
Jika anda ingin merasai keenakan nira nipah asli, jangan lupa singgaj di Ladang Nira Nipah Napiah, Merbok. Suasana ladang yang hijau dan damai menambah lagi keunikan pengalaman di sini.
Selain menikmati minuman nira yang segar, pengunjung juga boleh melihat sendiri proses penghasilan nira dan mencuba pelbagai produk berasaskan nipah.
Terdapat juga pelbagai menu lain yang anda boleh cuba di sini seperti mee udang, nasi goreng char kueh teow dan sebagainya.
14. Berkunjung ke Pulau Songsong
Pulau Songsong semakin popular sebagai destinasi percutian 2025 kerana keindahan pantainya yang masih terpelihara.
Ia merupakan salah satu daripada empat pulau yang terletak dalam kawasan Jerai Geopark di Yan, Kedah, bersama Pulau Bunting, Pulau Bidan, dan Pulau Telor.
Pulau ini terkenal sebagai destinasi popular kerana menawarkan kawasan yang sesuai untuk pelbagai aktiviti menarik seperti snorkeling, berkhemah, dan island hopping.
Untuk ke Pulau Songsong, pengunjung boleh menaiki bot dari beberapa jeti berhampiran seperti Jeti Sungai Yan, Jeti Sungai Udang, Jeti Kuala Dulang, dan Jeti Tanjung Dawai, dengan masa perjalanan sekitar 15 hingga 30 minit bergantung lokasi jeti.
Terdapat pakej lawatan sehari (day trip) dan pakej berkhemah semalaman yang disediakan oleh ejen pelancongan tempatan.
15. Main Sky Bike di Gunung Jerai
Sky Bike di puncak Gunung Jerai adalah antara tarikan utama yang mendapat tempat dalam kalangan pelancong luar dan dalam negara.
Aktiviti ini membolehkan pengunjung “berbasikal atas awan” sambil menyaksikan panorama sawah padi dan Laut Selat Melaka daripada ketinggian lebih 1,200 meter.
Aktiviti ini sesuai untuk semua peringkat umur. Dari segi keselamatan, tidak perlu risau. Anda hanya perlu enjoy “mengayuh” sambil menikmati angin sejuk di atas bukit.
16. Berkunjung ke Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir
- Alamat: No. 18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
- Waktu Operasi: Sabtu-Khamis (9AM – 5 PM), Isnin & Jumaat Tutup
Alang-alang dah sampai Kedah, jangan lupa untuk berkunjung ke tempat kelahiran tokoh tanah air, Tun Dr. Mahathir yang sudah pun dijadikan sebagai muzium.
Asalnya ia merupakan rumah kayu tradisional. Namun, sebagai tapak bersejarah, ia telah dipelihara dan dijadikan muzium bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali kehidupan awal dan latar belakang tokoh negarawan tersebut.
Muzium ini mempamerkan koleksi gambar, dokumen, dan artifak yang berkaitan dengan perjalanan hidup Tun Dr. Mahathir serta sumbangannya kepada negara.
Masuk adalah percuma.
BACA JUGA: 15+ Tempat Menarik Langkawi – Destinasi Mesra Keluarga