10+ Aktiviti Menarik di Jakarta & Tempat untuk Dikunjungi
Jakarta adalah merupakan ibu negara Indonesia yang sememangnya menawarkan pelbagai tarikan menarik untuk pelancong.
Dengan gabungan kekayaan sejarah, tarikan moden serta budaya tempatan yang mengagumkan termasuk pilihan makanan yang unik, Jakarta adalah destinasi yang menarik untuk dikunjungi sama ada secara solo mahupun bersama keluarga dan rakan-rakan.
Berikut dikongsikan senarai aktiviti menarik di Jakarta yang boleh dilakukan apabila anda berkunjung ke sana.
Jom baca!
10+ Aktiviti Menarik di Jakarta & Tempat untuk Dikunjungi
1. Berkunjung ke MONAS
MONAS atau nama sebenarnya Monumen Nasional adalah merupakan salah satu tarikan utama di Jakarta.
Monumen ni bukan sahaja spot yang cantik untuk mengambil gambar (memang insta-worthy!), tetapi juga merupakan sebuah tempat yang penuh makna. Ia dibina untuk menghormati perjuangan rakyat Indonesia mendapatkan kebebasan.
Dari puncak monumen setinggi 132 meter ini, anda boleh menikmati pemandangan panoramik seluruh Jakarta. Untuk ke tingkat atas sekali (observation deck), anda perlu ke tingkat 115. Tiket masuk boleh dibeli secara dalam talian.
Di bahagian tingkat bawah terdapat muzium yang menyediakan pameran interaktif tentang sejarah Indonesia.
Masa terbaik untuk berkunjung ke sini ialah pada waktu petang di mana anda boleh menyaksikan pemandangan epik matahari terbenam.
2. Meneroka Kota Tua (Old Batavia)
Jangan lupa luangkan masa sehari suntuk untuk meneroka Kota Tua Jakarta. Kota tua ini juga dikenali sebagai Old Batavia.
Kawasan inierangkumi pelbagai bangunan bersejarah, termasuk Muzium Sejarah Jakarta, Taman Fatahillah, dan banyak lagi. Kawasan ini sangat luas dan mengandungi pelbagai tarikan budaya dan sejarah.
Di sini, pengunjung akan berpeluang untuk melihat beberapa tarikan bersejarah yang penting seperti muzium, bangunan-bangunan kolonial Belanda dengan seni bina yang menakjubkan termasuk kedai-kedai makan yang klasik sebagainya.
Kawasan ini turut meriah dengan pasar seni dan persembahan jalanan, di mana anda boleh mendapatkan cenderamata unik atau menikmati makanan tempatan Indonesia seperti kerak telur.
3. Menikmati Alam di Kepulauan Seribu
Jika anda ingin melarikan diri dari kesibukan kota Jakarta, Kepulauan Seribu, atau juga dikenali sebagai Pulau Seribu, adalah destinasi pilihan ideal untuk berehat sambil menikmati keindahan alam.
Gugusan ini terdiri daripada kira-kira 110 pulau yang tersebar di Laut Jawa yang menawarkan pelbagai pengalaman menarik untuk pelancong.
Pulau-pulau di Kepulauan Seribu ini terkenal dengan pelbagai aktiviti air seperti menyelam dan snorkeling. Anda juga boleh menikmati terumbu karang dan hidupan laut yang memukau.
Setiap pulau di Kepulauan Seribu mempunyai tarikan tersendiri. Contohnya, Pulau Tidung terkenal dengan Jambatan Cinta, manakala Pulau Bidadari menawarkan pengalaman istimewa dengan vila terapung. Pengangkutan ke pulau-pulau ini akan menggunakan bot yang beroperasi dari pelabuhan Marina Ancol di Jakarta.
4. Melawat Taman Mini Indonesia Indah
Melawat ke Taman Mini Indonesia Indah (TMII) juga salah satu aktiviti menarik di Jakarta yang wajib dilakukan. Taman tema unik ini mempamerkan kepelbagaian budaya Indonesia yang membolehkan pengunjung “melawat” pelbagai wilayah Indonesia secara digital.
Di taman ini, pengunjung boleh melihat replika rumah tradisional dari 33 wilayah Indonesia, menikmati persembahan kebudayaan serta menaiki kereta gantung untuk melihat pemandangan persekitaran yang indah.
Selain itu, TMII juga menempatkan muzium yang bertema seperti Muzium Indonesia yang mempamerkan koleksi seni, pakaian tradisional, dan artifak bersejarah, serta taman miniatur Indonesia.
Bagi pengunjung yang ingin bersantai, terdapat taman-taman hijau, warung tradisional yang menyajikan hidangan tempatan, dan aktiviti interaktif seperti taman burung dan taman bunga.
5. Bermain di Taman Tema Dufan
Seterusnya, aktiviti menarik di Jakarta yang tidak boleh dilepaskan ialah, berkunjung ke Dufan untuk bermain sepuasnya sambil berseronok.
Dufan ialah taman tema terbesar di Indonesia yang terletak di kawasan rekreasi Ancol Dreamland, Jakarta. Ia menawarkan pelbagai permainan yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Ada roller coaster, pertunjukan interaktif, permainan untuk kanak-kanak dan macam-macam lagi. Tempat ini memang sangat sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga.
6. Melihat Hidupan Marin di Jakarta Aquarium & Safari
Jakarta Aquarium yang terletak di dalam Neo Soho Mall adalah juga salah destinasi menarik di Jakarta yang wajib dikunjungi apabila bercuti di sana. Tarikan ini mempamerkan lebih daripada 300 spesies haiwan marin dan daratan, termasuk spesies unik yang jarang ditemui.
Selain melihat hiawan marin dan daratan, anda juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan yang mendidik seperti demonstrasi memberi makan haiwan, persembahan interaktif, dan sesi pembelajaran tentang pemuliharaan alam sekitar.
Lokasinya yang terletak dalam pusat beli-belah moden menjadikannya sangat mudah diakses. Selepas menikmati keindahan akuarium, pengunjung boleh bersiar-siar di sekitar pusat beli-belah untuk membeli-belah atau menikmati hidangan di restoran berdekatan.
Di sini juga anda boleh makan di restoran sambil menyaksikan ikan-ikan berenang di sekitar anda. Memang menarik sangat!
7. Melihat Seni Bina Masjid Istiqlal dan Katedral Jakarta
Masjid Istiqlal adalah masjid terbesar di Asia Tenggara yang terkenal dengan seni bina moden dan sejarahnya yang bermakna.
Dibina dengan seni bina moden yang mengagumkan, masjid ini mampu menampung lebih 200,000 jemaah dalam satu-satu masa. Untuk pengetahuan anda, Masjid Istiqlal adalah masjid terbesar di Asia Tenggara.
Di sebelahnya, terdapat sebuah gereja yang dikenali sebagai Katedral Jakarta yang bergaya Neo-Gothic. Gereja ini, telah berusia lebih daripada satu abad dan memiliki reka bentuk klasik yang menarik.
Kedua-duanya adalah dua mercu tanda penting yang melambangkan keharmonian antara agama di Jakarta. Berkunjung ke sini adalah salah satu aktiviti menarik di Jakarta yang boleh dimasukkan ke dalam itinerari anda.
8. Membeli-Belah di Pusat Beli-Belah Terkemuka
Sebagai ibu kota, Jakarta sememangnya dikenali sebagai syurga membeli-belah. Ada banyak pusat beli-belah mewah yang menawarkan pengalaman premium kepada pengunjung di bandar ini.
Salah satunya ialah Grand Indonesia. Pusat beli-belah ini adalah salah satu mall terbesar di Asia Tenggara tau. Memang lengkap lah semua ada dekat sini.
Selain Grand Indonesia, Plaza Senayan juga salah satu mall di Jakarta yang popular. Ia menawarkan suasana membeli-belah yang eksklusif dengan kedai-kedai fesyen mewah serta restoran fine dining.
ASHTA District 8 juga salah satu pusat beli-belah terkemuka yang anda boleh kunjungi apabila berada di Jakarta. Mall ini bukan sahaja menawarkan jenama-jenama terkemuka tetapi juga dihiasi dengan seni bina unik.
9. Melawat Taman Margasatwa Ragunan
Taman Margasatwa Ragunan atau Ragunan Zoo adalah salah satu zoo tertua di dunia. Dibuka pada tahun 1864, zoo ini tidak hanya kaya dengan sejarah, tetapi juga menawarkan pengalaman yang lebih interaktif dan mesra alam berbanding kebanyakan zoo lain di Indonesia.
Ia merupakan destinasi yang sesuai untuk keluarga, pencinta alam, dan mereka yang ingin memahami lebih lanjut tentang keanekaragaman fauna Indonesia.
Antara daya tarikannya ialah koleksi haiwan yang luas, termasuk spesies endemik Indonesia seperti orang utan Sumatera, harimau Sumatera, dan badak Jawa yang terancam.
Di sini, pengunjung juga boleh melihat burung eksotik, reptilia, dan pelbagai mamalia yang hidup dalam persekitaran semula jadi yang luas.
Salah satu inisiatif unik di Ragunan ialah program “Keeper for a Day,” yang memberi peluang kepada pelawat untuk berinteraksi lebih dekat dengan haiwan, termasuk memberi makan dan belajar tentang penjagaan mereka. Program ini memberikan pengalaman yang menyeronokkan terutamanya untuk kanak-kanak.
10. Meneroka Pasar Baru
Meneroka Pasar Baru juga salah satu aktiviti menarik di Jakarta yang anda boleh lakukan. Pasar Baru adalah merupakan pasar tertua di Jakarta yang telah wujud sejak zaman kolonial Belanda.
Di sini, anda boleh menemui pelbagai jenis barangan tradisional, termasuk kain batik, tekstil, kasut, dan aksesori yang dihasilkan oleh peniaga tempatan. Pasar ini juga menjadi tumpuan bagi mereka yang mencari produk berkualiti pada harga yang berpatutan. Inilah masanya untuk mempraktikkan skill tawar menawar anda.
Selain membeli-belah, anda juga boleh menikmati hidangan tempatan Indonesia di gerai-gerai makanan yang terdapat di sekitar kawasan pasar. Antaranya, makanan jalanan seperti soto Betawi dan nasi uduk. Pasar ini membolehkan anda merasai suasana Jakarta yang sebenar.
11. Melawat Setu Babakan
Setu Babakan ialah pusat kebudayaan yang memelihara dan mempromosikan warisan Betawi, penduduk asli Jakarta. Terletak di kawasan selatan Jakarta, tempat ini menawarkan pengalaman unik untuk memahami budaya tempatan melalui seni bina tradisional, makanan, dan aktiviti interaktif.
Salah satu tarikan utama ialah muzium interaktif baru yang menceritakan sejarah dan budaya Betawi. Melalui teknologi moden seperti pameran digital dan simulasi, pengunjung dapat mendalami asal-usul serta kehidupan masyarakat Betawi.
Setu Babakan juga terkenal dengan hidangan autentik Betawi, seperti kerak telur, soto Betawi, dan nasi ulam, yang boleh dicuba di gerai-gerai makanan tempatan di sekitar kawasan ini.
Untuk melengkapkan lagi lawatan anda, jangan lupa menaiki perahu untuk mengelilingi tasik sambil menikmati suasana hijau dan segar di kawasan ini.
12. Mencuba Pelbagai Makanan Tempatan di Jalan Sabang
Apabila berkunjung ke Jakarta, aktiviti menarik yang wajib ada dalam senarai anda ialah mencuba makanan tempatan di sana. Salah satu lokasi terbaik untuk merasai citarasa autentik Indonesia di Jakarta adalah di Jalan Sabang.
Ia merupakan antara syurga makanan jalanan di Jakarta yang terkenal dengan pelbagai pilihan hidangan tempatan yang memikat selera.
Di sini, anda boleh menikmati hidangan tempatan seperti sate ayam atau kambing yang dipanggang segar dengan kuah kacang pekat, nasi goreng yang dimasak dengan rempah khas, dan martabak manis atau telur, makanan ringan yang popular dalam kalangan penduduk tempatan.
Untuk pengalaman makan yang lebih eksklusif, terdapat beberapa restoran dan kafe mewah kini telah dibuka di kawasan ini untuk memberikan pilihan kepada pelancong yang ingin menikmati suasana makan yang lebih selesa tanpa meninggalkan keunikan rasa lokal.
Tempah Pakej Percutian Bersama Klook
Jangan lupa tempah pakej percutian anda di Jakarta bersama KLOOK untuk penjimatan berganda. Selain itu, anda juga boleh menempah hotel, kereta sewa dan tiket masuk ke tempat tarikan di Jakarta melalui KLOOK.
Anda boleh membuat tempahan dengan melakukan carian di kotak carian di bawah dan klik Search.
Klook.comPenutup
Setiap sudut Jakarta menjanjikan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Tdak kira sama ada anda seorang pengembara solo, pasangan, atau keluarga, Jakarta pasti akan memberikan pengalaman percutian yang memuaskan.
Jom rancang percutian anda sekarang, dan selamat menjelajah Jakarta!