A’Famosa Waterpark – Tarikan Utama, Waktu Operasi dan Harga Tiket Masuk

A'Famosa Waterpark
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

A’Famosa Waterpark – Waktu Operasi dan Harga Tiket Masuk

Apabila bercakap mengenai percutian ke Melaka, mesti ramai berfikir untuk melawat ke tempat-tempat bersejarah, muzium dan seumpamanya sahaja. 

Namun, tahukah anda terdapat taman tema air di Melaka yang anda wajib masukkan dalam senarai kunjungan anda, iaitu  A’Famosa Waterpark!

Terletak berhampiran dengan bangunan bersejarah A Famosa, A Famosa Waterpark menawarkan pengalaman bermain air sambil menikmati pemandangan bersejarah di sekitarnya. 

Jom baca info lebih lanjut mengenainya melalui perkongsian di bawah. 

BACA JUGA: GAMUDA Waterpark – Taman Tema Air Dengan Lebih 25 Tarikan!

A’Famosa Waterpark

Sumber: Google Review

A’Famosa Waterpark merupakan salah satu tarikan utama di Bandar Bersejarah Melaka. Ia menawarkan pelbagai tarikan menarik untuk seisi keluarga dan semua peringkat umur. 

Dibuka sejak tahun 1992, A’Famosa Waterpark terkenal dengan landskapnya yang cantik, tarikannya yang pelbagai, kemudahannya yang lengkap termasuklah zon khusus untuk kanak-kanak dan sebagainya.

Taman tema ini sering menjadi destinasi pilihan untuk bercuti di hujung minggu atau semasa musim cuti sekolah. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan lokasi pilihan untuk aktiviti bersama keluarga seperti Hari Keluarga serta program-program bersama kumpulan. 

Lokasi

Sumber: Google Review

Salah satu kelebihan A’Famosa Waterpark ialah lokasinya yang sangat strategik. 

Terletak di Alor Gajah, Melaka, taman tema ini hanya kira-kira 1.5 jam perjalanan dari Kuala Lumpur dan kira-kira 30 minit dari bandar Melaka.

Ini menjadikan A’Famosa Waterpark mudah diakses oleh pelancong dari pelbagai lokasi, terutamanya mereka yang tinggal di Lembah Klang dan negeri-negeri berdekatan seperti Negeri Sembilan dan Johor.

Selain itu, A’Famosa Waterpark juga mudah diakses melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Terdapat papan tanda yang jelas menuju ke taman tema ini,  jadi pelawat tidak akan menghadapi masalah untuk mencari lokasinya. 

BACA JUGA: 20+ Tempat Menarik Di Melaka, Wajib Dikunjungi!

Tarikan Utama di A’Famosa Waterpark (Water World)

A Famosa Waterpark menawarkan pelbagai tarikan yang menarik dan menyeronokkan, menjadikannya destinasi yang ideal untuk semua peringkat umur. 

Berikut adalah beberapa tarikan utama yang anda wajib cuba:

1. Family Raft

A'Famosa Waterpark - Waktu Operasi dan Harga Tiket Masuk
Sumber: A’Famosa Water World

Family Raft adalah salah satu tarikan utama yang menawarkan keseronokan tanpa batasan usia. Slaid besar ini direka untuk menampung keluarga atau kumpulan teman dalam satu pelampung besar. 

Semasa meluncur turun daripada slaid ini, gelak tawa dan teriakan kegembiraan pasti akan memenuhi udara. 

Tarikan ini sangat sesuai untuk mencipta kenangan indah dalam suasana yang penuh aksi bersama insan-insan tersayang. Memang syok sangat bila main bersama keluarga atau rakan-rakan!

2. Wave Pool

Wave Pool adalah pilihan yang menarik bagi sesiapa yang ingin merasai sensasi ombak pantai seperti ombak sebenar!

Di sini, pengunjung dapat merasai sensasi ombak pantai yang buatan dengan gelombang besar yang datang secara berkala setiap kali siren berbunyi. Kolam ini memang meriah dengan gelak ketawa pengunjung yang ‘sibuk’ melawan ombak bersama-sama. 

Wave Pool ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga menyediakan ruang yang luas untuk bersosial bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Selain bermain ombak, pengunjung juga boleh memilih untuk bersantai di tepi kolam sambil memerhati gelagat pengunjung lain yang ‘excited’ bermain ombak. 

3. Sandy Beach (Pantai Berpasir)

Direka seperti pantai sebenar, Sandy Beach juga merupakan salah satu tarikan utama di taman tema ini. 

Di sini, pengunjung boleh berjalan kaki tanpa kasut di atas pasir bagi merasai kelembutan pasirnya atau bersantai di kerusi yang disediakan sambil menikmati ketenangan seperti berada di pantai-pantai yang sebanar.

Sandy Beach juga menawarkan suasana yang sangat sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan berkumpul, menjadikannya tempat yang seronok untuk bersosial sambil menikmati waktu berkualiti bersama.

4. Lazy River

Lazy River adalah pilihan terbaik bagi mereka yang ingin menikmati suasana santai di A’Famosa Waterpark. 

Sungai malas ini direka untuk memberikan pengalaman yang relax dan menyenangkan, dengan aliran air yang perlahan mengelilingi taman tema. 

Pengunjung boleh duduk di dalam pelampung sambil menikmati pemandangan sekitar yang indah dan tenang. Aktiviti yang ‘slow’ sebegini menawarkan nikmatnya tersendiri!

5. Big Ice Cream 

Big Ice Cream di A’Famosa Waterpark juga salah satu tarikan yang wajib anda cuba apabila berkunjung ke sini. 

Dengan ketinggian 20.8 meter, diameter 18.3 meter, dan panjang keseluruhan 108 meter, slaid ini adalah antara yang terbesar di Asia Tenggara. 

Dengan saiz dan reka bentuk yang mengagumkan, Big Ice Cream berjaya menarik perhatian pengunjung daripada semua peringkat umur. 

Di samping itu, permainan slaid Big Ice Cream juga merupakan lokasi yang ideal untuk mengambil gambar kenangan, kerana strukturnya yang besar dan menarik perhatian. Ia pasti memberikan latar belakang yang menarik untuk gambar-gambar percutian anda!

6. Wahaha

Bagi pengunjung yang sukakan debaran, Wahaha adalah salah satu tarikan yang wajib dicuba di taman tema ini. 

Dengan reka bentuk yang menyerupai kesan tsunami, slaid ini menawarkan pengalaman meluncur yang ekstrem dan penuh keseronokan. 

Sumber: Tourism Melaka

Semasa meluncur ke bawah,pengunjung akan merasai kepuasan luar biasa apabila melawan gelombang besar seperti ombak. Ini memberikan pengalaman yang mirip dengan tsunami sebenar!

7. Inner Tube

Inner Tube juga adalah salah satu tarikan yang tidak boleh dilepaskan di taman tema ini. Menariknya, slaid ini mempunyai dua laluan tertutup yang membawa pengunjung meluncur dalam kegelapan. 

Apabila berada di dalam tiub dan mula meluncur, pengunjung akan merasakan diri dibawa dalam putaran yang tak dijangka. Ini menambah lagi keseronokan dan keterujaaan yang dirasakan. 

Tarikan ini sangat sesuai untuk mereka yang mencari pengalaman yang berbeza daripada slaid air biasa. 

8. High Speed

High Speed adalah tarikan yang menawarkan pengalaman meluncur dengan kelajuan yang bakal memacu adrenalin dan jantung anda. 

Dengan ketinggian tujuh tingkat, slaid ini membawa anda dari puncak hingga ke bawah dalam beberapa saat sahaja!

9. Kids Adventure

Untuk kanak-kanak, terdapat kawasan bermain air yang direka khusus untuk mereka. Kawasan tersebut dikenali sebagai Kids Adventure. Di sini terdapat slaid mini, taman permainan air dan pelbagai lagi. 

10. Arabian Village

Selain itu, terdapat lagi satu tarikan khusus untuk kanak-kanak iaitu Arabian Village. Reka bentuknya bertemakan seperti negara arab membuatkannya lebih menarik. Tambahan lagi, permainan yang ada disediakan mengikut saiz dan kesesuaian kanak-kanak. 

Ini membolehkan kanak-kanak bermain sepuasnya dengan selamat dan selesa. Ibu bapa boleh memantau anak-anak mereka dari jauh atau turut bermain bersama. 

Kemudahan

Berikut adalah antara kemudahan utama yang tersedia bagi memastikan keselesaan dan keseronokan pengunjung sepanjang hari:

1. Bilik Persalinan

Terdapat bilik persalinan yang luas disediakan untuk pengunjung menukar pakaian dengan selesa. Pengunjung boleh menukar pakaian sebelum dan selepas bermain tanpa kesukaran. 

2. Loker

Loker penyimpanan barang turut disediakan untuk disewa. Ini membantu memastikan barang berharga pengunjung dapat disimpan dengan selamat dan pengunjung boleh menikmati semua tarikan tanpa kerisauan. 

3. Tandas & Kemudahan Untuk Mandi

Tandas dan pancuran mandi juga ada disediakan di beberapa lokasi dalam taman tema. Ini memberikan kemudahan untuk pengunjung membersihkan diri setelah seharian bermain air.

4. Restoran & Kafe

Terdapat juga beberapa restoran dan kafe tersedia di dalam kawasan taman tema ini bagi memudahkan pengunjung mendapatkan makanan segera atau snek. Pilihan makanan yang pelbagai memenuhi citarasa semua peringkat umur. 

5. Kabana

Bagi mereka yang mencari keselesaan tambahan, terdapat kabana yang boleh disewa di taman tema ini. Ruang peribadi ini dilengkapi dengan kerusi rehat dan memberikan tempat yang teduh untuk berehat dan bersantai antara aktiviti.

Sumber: Tourism Melaka

6. Perkhidmatan Sewaan 

Pengunjung juga boleh menyewa pelampung, kerusi pantai, payung dan sebagainya untuk memastikan keselesaan mereka ketika berada di taman air ini. 

7. Kemudahan Rawatan Cemas

Terdapat juga kemudahan perubatan dan rawatan kecemasan untuk menangani sebarang kecederaan atau kecemasan yang mungkin berlaku. Petugas perubatan profesional sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan kepada pengunjung yang memerlukan. 

8. Kedai Cenderamata

Bagi yang ingin membeli cenderamata mahupun barang keperluan, terdapat beberapa kedai yang dibuka di sekitar kawasan taman tema ini. 

Waktu Operasi

A’Famosa Waterpark dibuka setiap hari kecuali hari Selasa. Ini memberikan peluang kepada pengunjung untuk menikmati keseronokan air sepanjang minggu! 

Pada hari biasa, taman tema air ini mula beroperasi dari jam 11 pagi hingga 7 petang, manakala pada hujung minggu, ia dibuka lebih awal, bermula dari jam 10 pagi hingga 7 petang. 

Harga Tiket Masuk A’Famosa Waterpark

Untuk harga tiket masuk, ia berbeza mengikut pakej yang ditawarkan. Sila rujuk gambar di bawah. 

Sumber: A’Famosa Water World

Cara Beli Tiket Masuk Melalui KLOOK

Untuk mendapatkan diskaun dan harga istimewa, anda boleh lakukan pembelian tiket melalui online atau secara dalam talian. 

Taip: A’Famosa Waterpark, kemudian klik SEARCH.

Klook.com

Pilih jenis tiket yang sesuai dengan keperluan anda. Anda boleh memilih antara tiket sehari penuh atau pakej istimewa yang mungkin termasuk akses kepada lebih banyak tarikan di A’Famosa Resort. Pastikan untuk menyemak harga dan tarikh yang tersedia.

KLOOK menyediakan pelbagai pilihan pembayaran seperti kad kredit/debit, perbankan dalam talian, dan e-wallets.

Pilih kaedah pembayaran yang paling sesuai dan lengkapkan transaksi anda.

Selepas pembayaran berjaya, tiket elektronik anda akan dihantar melalui e-mel atau tersedia dalam aplikasi KLOOK.

Simpan tiket ini untuk ditunjukkan di pintu masuk A’Famosa Waterpark pada hari lawatan anda.

Penutup

A’Famosa Waterpark menawarkan pengalaman yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.

Dengan pelbagai tarikan air yang menyeronokkan, suasana yang selesa serta kemudahan yang lengkap, setiap lawatan ke sini pasti akan mencipta kenangan manis buat setiap pengunjungnya. 

Akhir kata, jangan lupa dapatkan tiket melalui KLOOK untuk lebih kemudahan dan penjimatan!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut