Cik Epal Biodata Lengkap – Blogger & Usahawan Terkenal 

Cik Epal Biodata Lengkap – Blogger & Usahawan Terkenal 

Nama Cik Epal, pempengaruh media sosial usahawan bergelar jutawan ini sangat sinonim dikenali dengan gaya hidup yang mewah dan memberi inspirasi kepada kaum wanita.

Beliau bahkan pernah menghadiahkan seutas jam tangan mewah untuk suaminya yang dianggarkan mencecah hampir RM100 ribu dan menempah tempat duduk first class dalam penerbangan Emirates untuk empat orang.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai Cik Epal.

Baca juga:

Biodata Lengkap Cik Epal

cik epal
Kredit: Instagram @cikepal06
NamaMurni Mahmud 
Nama PanggilanCik Epal
PekerjaanPempengaruh media sosial, Usahawan
Akaun Media SosialInstagram @cikepal06

Kehidupan Peribadi

Beliau mendirikan rumah tangga bersama Jofliam atau nama sebenarnya, Jofli Abu Bakar dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu, Han dan Yuki.

cik epal
Kredit: Instagram @cikepal06

Kerjaya & Profesional

Beliau adalah seorang blogger popular yang sudah menulis blog sejak 2008 lagi iaitu ketika usianya baru 17 tahun.

Pada tahun 2018, beliau bergelar usahawan bagi produk Fair Fit iaitu produk kesihatan yang berfungsi untuk menguruskan badan dan memutihkan kulit serta pelbagai manfaat lagi.

Pada tahun 2021 pula, beliau mengeluarkan produk kedua iaitu Makaji, krim khusus untuk kaum wanita.

Cik Epal dan Jofliam Bercerai?

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja Jofliam memuat naik posting di Instagram Story mengenai status terkini perkahwinan mereka.

Jofliam yang kini sedang berada di Milan, Itali untuk menyertai Pertandingan Top 100 Pizza, menjelaskan bahawa statusnya kini “bukan lagi suami” kepada Cik Epal.

“Saya bukan lagi suami kepada Cik Epal. Saya bukan lagi suami sesiapa dan urusan saya di sini adalah demi Top 100 Pizza.”

Kredit: Instagram @jofliam

Memuat naik postingan balas dari kenyataan tersebut, Cik Epal tidak mahu mengulas lanjut mengenai hal rumah tangganya bersama suami kerana masih menghormati lelaki tersebut sebagai seorang ayah yang  baik dan bertanggungjawab kepada kedua-dua cahaya matanya, Han dan Yuki.


Kredit: Instagram @cikepal06

Dengan perkhabaran berita mengenai rumah tangga beliau itu, diharapkan kedua-dua pihak dapat mencapai kata sepakat yang terbaik dan dipermudahkan urusan segala urusan selepas ini.

Sumber:

  1. Instagram @jofliam
  2. Instagram @cikepal06
Bantu kami share artikel ini: