Sistem iTEMS : Sistem Pengurusan Peperiksaan IPGM

Selari dengan kemajuan teknologi, Institut Pendidikan Guru Malaysia telah membangunkan sistem iTEMS (Institute of Teacher Education Malaysia Examination Managemenet System) bagi menyeragamkan penyelarasan peperiksaan di bawah seliaanya.

Di Malaysia, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) adalah sebuah insitusi di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab memberi pendidikan keguruan kepada bakal-bakal guru untuk pendidikan rendah.

Apa itu sistem iTEMS?

iTEMS adalah satu sistem pengurusan peperiksaan Institut Pendidikan Guru Malaysia yang dibangunkan untuk menyelaraskan pentadbiran peperiksaan di 27 buah kampus IPG.

Satu tinjauan yang melibatkan 480 pengguna sistem iTEMS dan dapatan berkaitan kebergunaan dan kemudah gunaan sistem iTEMS menunjukkan bahawa reaksi majoriti responden berada pada tahap yang tinggi.

Sistem ini boleh diakses melalui pautan https://items.moe.edu.my/umum/

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, IPGM juga tidak ketinggalan untuk bergerak seiring dengan perkembangan teknologi digital dan telah membangunkan satu sistem pengurusan peperiksaan yang dikenali sebagai iTEMS (Institute of Teacher Education Malaysia Examination Managemenet System) untuk menyelaraskan pentadbiran dan pengurusan data peperiksaan dan penilaian di semua kampus IPG.

Inisiatif ini adalah satu usaha memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (KPM, 2013).

Sistem iTEMS di IPGM mula diperkenalkan pada tahun 2010 yang mana pada asalnya
digunakan hanya untuk mengumumkan keputusan peperiksaan dan penilaian secara dalam talian kepada para pelajar.

Namun pada ketika itu pengurusan data-data peperiksaan dan penilaian masih
diuruskan secara separa manual.

Sistem iTEMS kemudiannya terus dibangunkan dari masa ke semasa secara berperingkat-peringkat.

Artikel berkaitan: Senarai IPG, Program, Kelebihan Institut Pendidikan Guru Malaysia

Fungsi iTEMS

Kini, sistem iTEMS telah dilengkapi denga pelbagai modul seperti berikut:

  • Urusan pendaftaran kursus
  • Peperiksaan pelajar
  • Rekod kehadiran kuliah
  • Kemasukan dan pemprosesan markah-markah pentaksiran
  • Membina jadual peperiksaan
  • Lantikan pengawas peperiksaan
  • Menjana slip kelayakan peperiksaan
  • Menjana pelaporan peperiksaan dan penilaian
  • Mengumumkan keputusan peperiksaan
  • Penilaian pelajar
  • Penilaian kurikulum
  • Menjana transkrip akhir keputusan keseluruhan pentaksiran pelajar

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah ketika menggunakan sistem iTEMS ini, sila berhubung dengan pegawai kampus IPG masing-masing.

Untuk mendapatkan nombor telefon pegawai bertugas, sila rujuk halaman Hubungi portal iTEMS melalui pautan https://items.moe.edu.my/umum/hubungi.php

Bantu kami share artikel ini: