Sistem DEEP: Sistem Penilaian Penjawat Awam

Bermula tahun ini, semua penjawat awam akan dinilai dengan sebuah sistem baru yang dikenali sebagai Sistem DEEP.

Melalui sistem DEEP, kaedah penilaian bermula dengan mata 100 peratus dan demerit dikenakan jika penjawat awam berkenaan gagal mencapai objektif ditetapkan.

Pelaksanaan sistem penilaian baru bagi pnjawat awam ini telah dipersetujui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Apa itu Sistem DEEP?

Sistem DEEP

DEEP merupakan singkatan Demerit Performance Evaluation atau Sistem Penilaian Prestasi Demerit.

Tujuan diperkenalkan kaedah penilaian ini adalah memastikan prestasi penjawat awam dinilai secara adil berdasarkan keupayaan dan kesungguhan mereka melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Sebelum ini, kaedah penilaian dibuat secara ‘pukul rata’ apabila tiba masa untuk membuat penilaian prestasi penjawat awam pada hujung tahun.

Penilaian ini bukan hanya di peringkat KSU atau KP, sebaliknya ketua jabatan, pegawai penilai turut diminta membuat perkara sama untuk memastikan penilaian yang dibuat itu, mencapai objektif, adil serta bersifat progresif.

Melalui sistem penilai baru ini, penjawat awam akan berusaha untuk tidak melakukan kesalahan supaya tidak dipotong markahnya dan buat kerja dengan baik.

Artikel berkaitan: Semakan Penyata Pencen Online (JPA Pencen)

Perlaksanaan

Melalui sistem DEEP, kaedah penilaian bermula dengan mata 100 peratus dan demerit dikenakan jika penjawat awam berkenaan gagal mencapai objektif ditetapkan.

Markah tersebut akan berkurangan apabila seseorang penjawat dikenakan demerit apabila tidak capai petunjuk prestasi utama (KPI) atau sesuatu tugasan gagal laksanakan.

Sebagai contoh, semua ketua jabatan akan bermula dengan mata 100 peratus, tiada ‘judgement’ atau sangkaan, semua adil dan saksama, namun bagi setiap kegagalan untuk mencapai objektif prestasi, akan dikenakan demerit dan akhirnya, jumlah terkumpul digunakan bagi penilaian kepimpinan dan KPI (indeks petunjuk prestasi) ketua jabatan.

Pengenalan Sistem Penilaian Prestasi Demerit (DEEP) adalah satu langkah positif dalam usaha meningkatkan prestasi kerja penjawat awam di Malaysia.

Dengan ketelusan dan keadilan sebagai landasan, diharapkan DEEP akan membawa kepada peningkatan keseluruhan dalam produktiviti dan pengurusan sumber manusia di perkhidmatan awam.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Bantu kami share artikel ini: