GISBH : Kronologi & Perkembangan Terkini Kes GISB Holdings

GISBH : Kronologi & Perkembangan Kes Eksploitasi Agama & kanak-kanak Global Ikhwan (GISB Holdings)

Baru-baru ini kecoh mengenai serbuan pihak polis di premis GISB @ GISBH yang dikatakan mengeksloitasi agama dan kanak-kanak.

Operasi yang dipanggil Operasi Op Global itu turut dibantu 287 individu iaitu rakan strategik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kimia Malaysia bagi membanteras kegiatan jenayah itu.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi butiran lanjut dan perkembangan terkini mengenai kes GISB @ GISBH tersebut.

Baca juga:

Pengenalan GISB Holdings @ GISBH @ Ikhwan

GISB @ GISBH

GISB @ GISBH adalah singkatan kepada nama syarikat Global Ikhwan Sdn. Bhd dan Global Ikhwan Services and Business Holdings.

Ia merupakan syarikat Bumiputera Islam yang diasaskan sejak dari tahun 2000 lagi oleh Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad (bekas pemimpin Al-Arqam yang telah diharamkan kerajaan).

Kini, Datuk Haji Nasiruddin Mohd Ali merupakan Pengerusi Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif di GISB Holdings.

Antara anak syarikat GISBH ialah Ikhwan TV, Rangkaian, Bakeri GISB, Restoran dan Ketering; Industri GISB, Harta dan Pembangunan GISB; Perundangan & Perkhidmatan GISB; dan GISB Medicare.

GISB @ GISBH
Kredit: GISBH

Menurut laman web rasmi mereka, rangkaian perniagaan GISBH sekarang berada di 16 buah negara dan mempunyai premis perniagaan sebanyak 412 buah.

GISB @ GISBH
Sumber: Youtube Ikhwan TV / Korporat Video : Profail GISB Holdings 2024

Produk & Perkhidmatan GISB @ GISBH

GISBH menyediakan produk dan perkhidmatan keperluan masyarakat Islam khususnya yang halal lagi suci.

Antaranya seperti pelbagai jenis roti dan bun, produk bakeri, mee kuning, kuey teow, bihun, produk sejuk beku, sos dan kicap, air minuman, jus, air buahan, minyak masak dan sebagainya.

Kredit: GISBH

Operasi Op Global – [Perkembangan Siasatan]

Pada Rabu lalu (11 September 2024), pihak polis menjalankan serbuan kepada 18 premis premis di Selangor melibatkan 7 daerah manakala 2 lagi premis dikesan di Negeri Sembilan berkaitan dengan siasatan eksloitasi agama dan kanak-kanak.

Seramai 171 orang  terdiri tenaga pengajar, penjaga asrama dan pengerusi pusat pengajian telah ditahan. Individu ditahan terdiri 66 lelaki dan 105 perempuan berusia 17 hingga 64 tahun.

Manakala 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara 1 dan 17 tahun diselamatkan dalam serbuan tersebut disyaki menjadi mangsa eksplotasi, pengabaian dan penganiayaan di premis dipercayai milik sebuah kumpulan berkenaan. Sejumlah 201 daripadanya adalah kanak-kanak lelaki dan 201 pula kanak-kanak perempuan.

Setakat ini, pihak polis telah membuka lapan kertas siasatan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611]; Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [792]; Akta Antipemerdangan Orang dan Antipenyeludupan Migram 2007 [Akta 670] Kanun Keseksaan [Akta 574] dan undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa.

MODUS OPERANDI

Mengikut kenyataan dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, modus operandi yang dilakukan GISB @ GISBH, mangsa-mangsa diajar, dididik meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan (mangsa juga) dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.

Selain itu, mangsa-mangsa yang tidak sihat juga tidak dibenarkan untuk mendapat rawatan di klinik sehingga keadaannya kritikal. Apa yang lebih menjijikkan ada petugas-petugas yang menyentuh tubuh badan mangsa yang sakit dengan alasan kononnya untuk mengamalkan perubatan bagi merawat sakit.

Mangsa kanak-kanak juga digunakan dengan meminta simpati orang ramai untuk memberi sumbangan. Mereka ini juga ada yang dicederakan dengan menggunakan objek panas atas alasan mereka degil dan tidak mendengar arahan.

Bahkan dari siasatan, ada 3 hingga 5 orang kanak-kanak berusia lima tahun dicederakan lengannya dengan sudu panas kerana mereka melakukan kesalahan.

Kredit: BERNAMA
@beritaalhijrah114

Polis hari ini menyerbu 18 premis milik Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, seramai 402 kanak-kanak berusia antara tujuh bulan hingga 17 tahun telah diselamatkan polis dalam serbuan yang dijalankan pagi tadi.

♬ original sound – Berita AlHijrah – Berita AlHijrah

Bentuk Penderaan Dalam Rumah Kebajikan

Pelbagai bentuk penderaan fizikal telah dilakukan sejak 10 tahun yang lalu di dalam rumah kebajikaan naungan syarikat berkenaan. Dikatakan empat laporan polis dibuat oleh ahli keluarga penghuni rumah kebajikan tersebut.

Berikut antara bentuk penderaan dilakukan rumah kebajikan tersebut seperti diceritakan sumber:

  • Tangan dibakar, disuruh mencabut rumput sehingga penuh plastik hitam.
  • Kanak-kanak lelaki diliwat dan kemudian dipaksa meliwat rakan mereka.
  • Anak-anak dipisahkan daripada ibu bapa, hanya dibenarkan berjumpa dua kali seminggu.
  • Pasangan suami isteri perlu ikut jadual ditetapkan jika ingin bersama.
  • Mereka yang ingin berkahwin tidak boleh pilih, pasangan ditetapkan oleh pengurusan tertinggi syarikat.
  • Selepas berkahwin, tidak dibenarkan tinggal bersama dan diasingkan.
@pukasmalaysia

Pengakuan GISBH Kaya Dengan Scam Rumah Amal Mokhtar mengakui bahawa GISBH menyuruh ahli-ahli GISBH mendaftar NGO dan Yayasan untuk menubuhkan 120 buah rumah amal di seluruh Malaysia. Mereka menempatkan anak-anak GISBH di sana dan pada masa yang sama mereka dakwa itu ialah anak yatim dan asnaf miskin untuk meminta derma. Setiap tahun mereka mendapat puluhan juta derma daripada pelbagai pihak. Mereka juga menyuruh kanak-kanak ini menipu status mereka sebagai yatim jika ditanya oleh orang luar. Walhal mereka adalah anak ahli GISBH yang mak bapak masih hidup dan menjadi hamba kerja GISBH. Mokhtar mengakui perbuatan itu salah dan pihak kerajaan perlu siasat jenayah scam ini. #PusatKajianAjaranSesat #bangkitislam #GISB #alarqam #banterasajaransesat #malaysia #indonesia #singapura #brunei #thailand #fyp #fypシ #fypシ゚viral #YTJT

♬ original sound – Pusat Kajian Ajaran Sesat – Pusat Kajian Ajaran Sesat

Kenyataan Akhbar GISBH [11 September 2024]

Pada 11 September 2024, Syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) telah mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi terhadap tuduhan-tuduhan terbabit.

Dalam kenyataan tersebut, mereka menyifatkan tuduhan didikan meliwat dan diliwat melibatkan kanak-kanak di rumah amal kendalian mereka sebagai satu tuduhan yang berat dan boleh menimbulkan prasangka serta fitnah.

Sumber :Facebook GISB HOLDINGS SDN BHD

LIVE: SIDANG MEDIA KETUA POLIS NEGARA [13 September 2024]

Kini sedang berlangsungnya Sidang Media Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain di Mes Pegawai Kanan, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Tonton di Facebook Live Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) melalui pautan berikut: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/2653430571525760

Sumber: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/2653430571525760

Sumber:

  1. Laman web GISB Holdings, Berjiwa dan Membahagiakan. gisbh.com
  2. 20 rumah amal GISB diserbu, 402 kanak-kanak diselamatkan – KPN. Sinar Harian
  3. Facebook GISB HOLDINGS SDN BHD
  4. Facebook PUKAS Malaysia
  5. Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Bantu kami share artikel ini: