Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2024 – Tarikh & Senarai Aktiviti

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2024 – Tarikh & Senarai Aktiviti

Bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat, satu program yang dikenali sebagai Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) telah dilancarkan. 

Program ini merangkuimi pelbagai aktiviti dan ceramah kesihatan yang melibatkan komuniti, sekolah dan organisasi untuk meningkatkan kesedaran secara menyeluruh.

Pelancaran Bulan Malaysia Sihat Sejahtera peringkat kebangsaan untuk tahun 2024 ini akan diadakan di  Pantai Batu 1, Port Dickson pada 8 September 2024. Pelancaran tersebut akan dirasmikan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Piramid Makanan KKM : Pembaharuan dan Saranan Terbaru

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera atau dikenali sebagai Wellness Month adalah merupakan sebuah inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Wellness Month merupakan penjenamaan semula Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) dan akan disambut pada bulan September setiap tahun. 

Tujuannya adalah untuk merealisasikan hasrat Kerajaan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera menerusi pembudayaan hidup sihat. 

Selari dengan halatuju KKM untuk beralih fokus daripada sick care (medical responsibility) kepada health care (health ownership), sambutan Wellness Month ini menggunakan pendekatan pencegahan dalam promosi pembudayaan hidup sihat. 

Ia bukan sahaja untuk meningkatkan keupayaan imuniti badan (lifestyle immunity) dalam mencegah dan melawan sebarang jangkitan dan penyakit, malah demi penuaan yang sihat (healthy aging).

BACA JUGA: myCPD KKM 2.0 : Login & Semakan (mycpd2.moh.gov.my)

Berikut ialah logo rasmi Wellness Month yang perlu digunakan dalam semua promosi dan publisiti.

Pautan muat turun: https://tinyurl.com/logowellnessmonth

Objektif

Umum
Merealisasikan hasrat Kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera menerusi pembudayaan hidup sihat.


Khusus
a) Meningkatkan literasi kesihatan rakyat.
b) Mengukuhkan solidariti promosi kesihatan melalui kolaborasi antara agensi kerajaan, swasta, NGO dan komuniti.

Domain Mesej Utama

Program/ aktiviti Wellness Month akan memfokuskan kepada lima domain pembudayaan hidup sihat seperti di bawah.

Tempoh Pelaksanaan BMSS

Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera peringkat kebangsaan diadakan di Pantai Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan. 

Sambutan tersebut akan berlangsung bermula 6 September – 8 September 2024. Aktiviti bermula 7 pagi sehingga 7 petang. 

NOTA: Bulan Malaysia Sihat Sejahtera berlangsung sepanjang bulan September, sambutan di peringkat kebangsaan hanya berlangsung pada 6-8 September 2024. 

BMSS – Aktiviti & Zon Sambutan Peringkat Kebangsaan

Terdapat beberapa zon yang dibahagikan pada hari sambutan tersebut & aktiviti yang diadakan sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2024 peringkat kebangsaan. Antaranya ialah:

1. Zon Saringan Kesihatan

  • Saringan kesihatan
  • Pemeriksaan pergigian
  • Pap smear
  • Mammogram
  • HPV
  • Konsultasi

2. Zon Aktif

  • Rowing Challenge
  • Fitness Challenge
  • Sport Rehabilitation
  • Bola Keranjang
  • VR Gaming
  • One Two Jus
  • Lumba Langkah
  • Kayuh Kilat
  • Ragbi Target
  • Sub Soccer
  • Supa Dupa

3. WoW

  • Nintendo
  • Archery
  • Bean Bag Toes
  • VR PS5
  • VR Smart Trainer Bike

4. Khemah Utama

  • Zumbaton
  • Majlis Pelancaran BMSS
  • Pertandingan Lompat Tali
  • Jelajah ANMS
  • 3R Fashion Show
  • Cabaran Bersama KOL
  • Pertandingan Mewarna
  • Pertandingan Gubahan Kreatif
  • Cabutan Bertuah

5. Pentas Mini

  • Santai Buskers
  • Pocker Talk+Kahoot
  • Seavanger Hunt
  • Pertandingan Explorace Sihat

6. Zon Hijau & Segar

  • Bengkel Upcycling
  • Bengkel Hidroponik
  • Bengkel Sisa Makanan
  • Photo Booth
  • Smoker Face
  • Reckitt Benckiser
  • Rakan Muda
  • Thrash to Cash-SWCorp
  • Celcom Digi

7. Zon Perangi Gula

  • Galeri Zon Perangi Gula
  • Permainan Interaktif
  • VR Makan Sihat
  • Kids Corner
  • Jom Baca Label & Healthier Choice Label
  • Chit Chat Corner
  • Eateries Corner
  • Office Corner
  • Supermarket Tour
  • Diabetic Tour

8. Zon Minda Sihat

  • Face Painting
  • Sand Art 
  • Gubahan Kreatif
  • Bar Bunga
  • Origami
  • Wau Bulan 
  • Stimulasi Sukan Golf
  • Terapi Minda
  • Shopee

Aktiviti Sambutan BMSS Peringkat Negeri/Daerah

Berikut ialah antara aktiviti yang dianjurkan sempena sambutan BMSS peringkat negeri dan daerah:

1. PULAU PINANG

2. JOHOR BAHRU

3. SABAH

Cabaran 1 Juta Langkah Sihat bersempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2024. Bermula 1 Ogos – 15 September 2024.

4. SARAWAK

5. SELANGOR

Kembara Sekolah Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, mengembara ke 9 buah sekolah terpilih di setiap daerah di negeri Selangor sepanjang bulan ini.

6. MELAKA

  • Tarikh : 13 – 15 September 2024
  • Hari : Jumaat – Ahad
  • Tempat : MITC Ayer Keroh, Melaka.
  • Masa : 10 pagi – 10 malam

7. PERAK

Pelbagai aktiviti sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera bertemakan “SIHAT 360” akan berlangsung, antaranya:

  • Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
  • Pertandingan Teluk Intan Got Talent
  • Pertandingan Poster Ai
  • Pertandingan Doodles
  • Pertandingan Tiktok Challenge
  • Pertandingan Cipta Arca Menara Condong Teluk Intan

8. KEDAH

9. TERENGGANU

“Tranung Sihat Sokmo” – FunWalk 10K Steps & Wellness Hub Open Day diadakan Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Negeri Terengganu 2024.

  • Tarikh: 7 September 2024 (Sabtu), 7.30pagi
  • @Wellness Hub Terengganu & Pantai Miami Beach Teluk Ketapang
  • 2.5KM & 5KM
  • Terdapat cabutan bertuah & pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan

Aktiviti Jangkau Luar

Aktiviti jangkau luar yang diadakan semasa Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2024 termasuk program-program yang bertujuan untuk memperluas kesedaran dan pendidikan kesihatan di kalangan masyarakat. Berikut adalah beberapa aktiviti utama:

1. Kembara Bulan Malaysia Sihat Sejahtera:

Program ini melibatkan 116 buah sekolah terpilih di seluruh Malaysia, dengan satu sekolah bagi setiap daerah. Ia bertujuan untuk mendidik pelajar mengenai pentingnya gaya hidup sihat dan aktiviti fizikal.

2. Fiesta Pulau Pinang Sihat Sejahtera:

Diadakan pada 24-25 Ogos 2024, fiesta ini merupakan sebahagian daripada Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan BMSS. Pelbagai aktiviti menarik seperti zumba, program outreach MyCHAMPION, sukan rakyat, dan fun run telah dilaksanakan, menarik kehadiran lebih 5,000 pengunjung.

3. Wellness Month @ Lotus:

Acara ini dijadualkan pada 30 September 2024 di Lotus Setia Alam, yang menyasarkan penyertaan sekitar 6,000 orang dalam pelbagai aktiviti menarik.

Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan literasi kesihatan dan mempromosikan budaya hidup sihat secara lebih meluas dalam masyarakat.

BACA JUGA: Ujian Saringan Minda Sihat (DASS) : Semakan Kesihatan Mental KKM

Kalendar Aktiviti – Peringkat Kebangsaan

Pempengaruh Jemputan (Influencer)

Bagi memeriahkan sambutan, beberapa pempengaruh akan turut hadir. Antaranya:

  1. Achey
  2. Atu Zero
  3. Bell Ngasri
  4. Cho Howe
  5. Ravi Zephyr
  6. Arwan
  7. Mek Yun
  8. Aliana Azman

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau info terkini, sila layari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

Jangan lupa ikuti media sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia:

Bantu kami share artikel ini: