Biodata Khairul Aming – Influencer & Usahawan Sambal Nyet

Dari golongan muda sehinggalah tua, siapa sahaja yang tidak mengenali Khairul Aming, seorang pempengaruh media sosial yang sangat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Siapa sangka individu yang terkenal dengan kandungan video “30 Hari 30 Resipi” ini turut mengharungi pelbagai cabaran dan kegagalan sebelum meraih kejayaan sekarang.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Khairul Aming.

Baca juga:

Latar Belakang

Khairul Aming
NamaKhairul Amin bin Kamarulzaman
Nama PanggilanKhairul Aming, Aming
Tarikh Lahir25 September 1992
Tempat LahirKota Bharu, Kelantan
PendidikanIjazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekanikal), Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat
PekerjaanInfluencer, Youtuber, Usahawan
Akaun Media SosialInstagram @khairulaming
TikTok @khairulaming
X @khairulaming

Kehidupan Peribadi

Khairul Aming merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik.

Beliau merupakan lepasan Vanderbilt University, US dalam bidang kejuruteraan. Pengkhususan major Kejuruteraan Mekanikal dan minor dalam Material and Science Enginering.

Setiap semester, beliau merangkul Anugerah Dekan. Bahkan turut menjadi Presiden Persatuan Pelajar Malaysia.

Berkenaan dengan jodoh dan status diri, Aming mendedahkan yang beliau masih menjalani kehidupan bujang dan belum merancang untuk mengakhiri zaman solo kerana kesibukan kerjaya sebagai ahli perniagaan.

Khairul Aming

Kerjaya & Profesional 

Beliau memulakan kerjaya sebagai jurutera dalam bidang minyak dan gas (oil and gas) dan kemudian beralih ke bidang logistik.

Pada usia 25 tahun, Khairul Aming mula berniaga. Pada awalnya beliau menjual menu makanan sihat (healthy meal), namun bisnes tersebut gagal. Kemudian, beliau menjual baju dan template, namun turut gagal.

Pada usia 28 tahun, iaitu pada 2020, Khairul Aming berhenti daripada bidang minyak dan gas, sekaligus mula memfokuskan kepada penghasilan kandungan secara sepenuh masa. 

Sehinggalah suatu hari mengambil keputusan untuk memuat naik video memasak di Youtube channel “Rasapop”. Dalam masa setahun sahaja, channel Youtube tersebut telah berjaya mencapai lebih 500 ribu pengikut.

Beliau kemudian menjenamakan diri sendiri sebagai “Khairul Aming” dan mula tampil dengan pelbagai video masakan. Pada tahun 2021, beliau mula menjual Sambal Nyet, dan akhirnya perniagaan tersebut berjaya dengan cemerlang.

Jualan Sambal Nyet beliau laris dan beliau meraih RM1juta dalam tempoh 4 bulan dan pada sale tahun pertama ialah sebanyak RM8.6 juta!

Produk kedua iaitu Dendeng Nyet Berapi juga mendapat tempat di hati masyarakat apabila beliau mencatatkan sejarah apabila berjaya mencatat angka jualan RM1 juta dalam tempoh 3 minit 39 saat dalam TikTok Shop.

Beliau kini memiliki dua buah kilang bagi menampung permintaan yang tinggi.

BELI PRODUK KHAIRUL AMING DI SINI DENGAN HARGA MURAH : SAMBAL NYET & DENDENG NYET BERAPI

Pencapaian Khairul Aming

Sebagai seorang pempengaruh media sosial dan usahawan, Khairul Aming berjaya mendapat pelbagai anugerah seperti berikut:

Anugerah

  • Anugerah TikTok Malaysia 2023, Creator of The Year
  • Anugerah Penjual Baharu Shopee Terbaik 2022
  • Anugerah Khidmat Pelanggan Terbaik 2022
  • Anugerah Ikon Inspirasi, Tiktok Shop 2023
  • Anugerah Malaysia Book of Records, pencapaian terpantas di TikTok Shop Malaysia dengan mendapat jualan RM 1 juta terpantas dengan masa 3 minit 28 saat
@khairulaming

Alhamdulillah kita dapat Malaysia Book of Records untuk jualan satu juta ringgit terpantas di TikTokShop semasa launching Dendeng Nyet bulan lepas. This is a new milestone for me and my team. Kita takkan boleh buat semua ni tanpa sokongan daripada anda semua. Thanks guys 🙏🏻 #KongsiSelera #KongsiBersama #IftarwithKhairulaming #TikTokShopBazarRaya2024

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Khairul Aming jumpa PM New Zealand

Khairul Aming diundang bertemu dengan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon yang kini berada di tanah air sempena rangka lawatan rasmi.

Sebetulnya, undangan istimewa daripada pemimpin nombor satu New Zealand itu bertitik tolak pada usaha Khairul Aming menerbitkan video masakan menerusi travelog ke negara kiwi itu.

Video travelog berkenaan mendapat perhatian Perdana Menteri Luxon yang secara peribadi mahu berjumpa dengan Khairul Aming untuk menyampaikan penghargaan di atas penerbitan video tersebut.

@khairulaming

Hari ni Khairulaming dan Perdana Menteri New Zealand berjumpa sebagai tanda penghargaan dari pihak New Zealand untuk video masak yang kita buat dekat sana 🥹

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Fakta Menarik Mengenai Khairul Aming

  • Khairul Aming adalah satu-satunya individu yang diikuti oleh akaun TikTok rasmi Dr Mahathir Mohamad atau @chedetofficial.
  • Beliau memiliki pengikut di akaun Instagram seramai 4.1 juta, TikTok 5.2 juta, dan X 1.5 juta.
  • Dalam dunia masakan, beliau sangat mengidolakan Jamie Oliver serta menjadi sumber inspirasinya.
  • Biarpun di kaca skrin banyak resepinya yang menjadi ikutan dan rujukan penonton, namun disebalik kejayaan tersebut banyak juga resepinya yang tidak menjadi.
  • Ilham untuk menghasilkan video masakan tersebut adalah sebab mengantuk.
  • Beliau seorang yang ceria dan suka membuat rakan-rakannya terhibur dengan keletahnya biarpun nampak pemalu.
  • Beliau mula meminati dunia masakan ketika bersekolah rendah apabila beliau menonton pelbagai rancangan masakan yang ditayangkan di televisyen.
  • Terkenal dengan dua tagine iaitu “Dapur Lonely” dan “Hey What’s Up Guys”.

Mungkin ramai yang hanya nampak kejayaan beliau sekarang, sedangkan sebelum ini beliau berkali-kali gagal sebelum berjaya.

Tahniah Khairul Aming! Semoga kejayaan dan pencapaian cemerlang anda menjadi inspirasi buat anak-anak muda diluar sana yang minat untuk menjadi seorang pempengaruh media sosial yang berjaya dan menginspirasikan.

Sumber:

  1. Instagram @khairulaming
  2. Bersama Khairulaming – Perjalanan Setakat Ini, Produk Ke-3, Sasaran 5 Tahun. Amanz
  3. TikTok @khairulaming
Bantu kami share artikel ini: