SUKMA Sarawak [ LIVE ] Jadual Acara 23 Ogos 2024 & Keputusan

SUKMA Sarawak LIVE : Jadual Perlawanan & Keputusan Terkini

SUKMA edisi ke-21 tahun ini diadakan di Sarawak. Temasya ini akan berlangsung dari 17 Ogos sehingga 24 Ogos.

Jom kami kongsikan kepada anda jadual perlawanan dan keputusan terkini untuk semua acara yang dipertandingkan.

Baca juga:

Sejarah Penganjuran SUKMA

SUKMA adalah singkatan kepada Sukan Malaysia. SUKMA merupakan satu acara kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia dan Majlis-Majlis Sukan Negeri serta Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan Majlis Sukan Polis DiRaja Malaysia.

SUKMA mempertandingkan pelbagai sukan (multi-sports competition) dan berkonsepkan “Mini Sukan Olimpik” di Malaysia yang melibatkan penyertaan atlet remaja.

SUKMA biasanya diadakan secara dwi tahunan dan berselang seli dengan Sukan SEA. Pertama kali ia diadakan adalah pada tahun 1986 di Kuala Lumpur.

sukma sarawak live

Bagi tahun 2024, Sarawak telah menjadi tuan rumah untuk SUKMA Ke-21 ini. Ini merupakan kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah SUKMA, sejak kali pertama pada 1990 dan kali kedua pada 2016.

sukma sarawak live

Konsep logo SUKMA edisi ke-21 ini berpandukan ikon Sarawak iaitu Kepala Burung Kenyalang yang membentuk dua “S” dengan memberi makna SUKMA Sarawak.

Berkonsepkan perpaduan dalam sukan, logo ini mengekalkan elemen warna bendera Sarawak (Kuning, Merah dan Hitam) yang menjadi lambang keharmonian di wilayah ini.

sukma sarawak live
  • Obor berwarna merah menyemarakkan lagi semangat kesukanan dalam perpaduan
  • “S” pertama melambangkan SUKMA XXI
  • “S” kedua melambangkan Sarawak 2024
  • Warna kuning melambangkan keharmonian yang teguh
  • Warna merah melambangkan semangat membara yang tinggi
  • Warna hitam melambangkan kepelbagaian bangsa yang sentiasa BERSATU walau apa jua kesulitan yang dihadapi

Lagu dan Maskot SUKMA Sarawak

Lagu rasmi temasya ini bertajuk SUKMA Sarawak, Kesukanan dan Perpaduan dan digubah oleh Kaderi Awang Lihi.

LIRIK LAGU

Maskot rasmi bagi SUKMA Sarawak tahun ini pula adalah dua ekor burung enggang berpasangan yang bernama Satria dan Satrina. Maskot ini direka oleh Ikhbar Ruzaini Abang@Ebai dengan kerjasama Perbadanan Hutan Sarawak (SFC).

SATRIA: MASKOT KENYALANG LELAKI

Warna bulu burung ialah hitam manakala warna putih di ekor dan sayap. Paruh burung jantan adalah lebih besar daripada burung betina. Keliling matanya berwarna merah keseluruhan menandakan jantina lelaki. Ada garisan hitam dari celah mata hingga hujung tanduk.

SATRINA: MASKOT KENYALANG PEREMPUAN

Warna bulu burung ialah hitam manakala putih di ekor dan sayap. Paruh burung betina adalah lebih kecil dari burung jantan dan tiada garisan pada paruh seperti jantina lelaki. Mata dikeliling warna biru muda cair menandakan jantina perempuan. Burung perempuan ini mempunyai bulu mata gelap yang lebat.

Warna tema maskot adalah mengikut bendera Sarawak iaitu merah, kuning, dan hitam.

Senarai Acara Sukan Yang Dipertandingkan

Secara keseluruhan terdapat 37 jenis ukan yang akan dipertandingkan dalam temasya SUKMA Sarawak 2024 kali ini termasuk 28 acara sukan wajib.

Antara 28 sukan wajib yang akan dipertandingkan ialah akuatik, angkat berat, badminton, berbasikal, gimnastik, golf, lawan pedang, memanah, menembak, olahraga, pelayaran dan hoki.

Turut disenaraikan pingpong, taekwondo, karate, sepak takraw, tenpin boling, wushu, bola sepak, bola jaring, bola tampar dan tenis.

9 jenis sukan tambahan tersebut adalah tinju, muay thai, petanque, e-sport , sofbol, catur, kabbadi, silambam dan kriket.

Penganjuran UKMA 2024 bakal menghimpunkan 9,921 atlet dan 2,692 pegawai yang akan turut menyertai temasya dwi tahunan negara SUKMA XXI Sarawak 2024 itu.

Daripada jumlah itu, 5,664 atlet lelaki dan 4,257 atlet wanita, manakala 1,845 pegawai lelaki dan 847 pegawai wanita.

Tarikh & Jadual Acara LIVE SUKMA Sarawak

SUKMA Sarawak dijadualkan akan berlangsung dari 17 Ogos sehingga 24 Ogos nanti. Namun sesetengah acara telah bermula lebih awal untuk peringkat pusingan kelayakan.

JADUAL SIARAN LANGSUNG SUKMA XXI SARAWAK 2024 DI TVS

23 OGOS 2024 ( JUMAAT )

JADUAL PENUH KEJOHANAN SUKMA SARAWAK 2024 (*tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa)

Rujuk jadual rasmi melalui lampiran di bawah atau terus ke pautan : https://www.sukmasarawak2024.my/web/subpage/webpage_view/75

Keputusan Terkini

Untuk mengetahui keputusan terkini bagi setiap acara dan jumlah kutipan pingat setiap negeri, sila ikuti live update di laman web rasmi SUKMA XXI : https://rs.sukmasarawak2024.my/

Saksikan SUKMA Sarawak [LIVE]

TVS akan membawakan kepada anda liputan penuh dan ekslusif SUKMA SARAWAK LIVE terus ke skrin anda. Anda boleh tonton secara percuma di saluran berikut:

Maklumat Lanjut

Anda boleh klik pautan ini untuk terus ke media sosial SUKMA XXI Sarawak 2024

Dapatkan informasi dan berita mengenai SUKMA XXI Sarawak 2024 hanya di hujung jari anda.

Bantu kami share artikel ini: