Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA : Permohonan Sesi 2024/2025

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PUSAT BAHASA JEPUN MARA SESI OKTOBER 2024

Individu yang berminat untuk mengambil kursus Bahasa Jepun, Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA menawarkan kemasukan bagi sesi Oktober 2024.

Berikut adalah maklumat mengenai kemasukan ke pusat ini.

Mengenai Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA

Pusat Bahasa Jepun MARA merupakan program kerjasama antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Organisation for Industrial, Spiritual, Cultural and Advancement (OISCA).

Pusat ini menawarkan kursus Bahasa Jepun untuk asas dan lanjutan kepada individu yang berminat bagi bidang yang diperlukan.

Individu yang melanjutkan pengajian di pusat ini berpeluang untuk menjalani Latihan Industri di Jepun selama 3 tahun.

Permohonan kemasukan telah dibuka bagi pengajian sesi Oktober 2024 sehingga Disember 2024 (2 bulan).

Jumlah Pengambilan

Terdapat 5 kali pengambilan setahun iaitu:

  • Januari
  • Mac
  • Jun
  • Ogos
  • Oktober

Kemudahan Yang Disediakan

Kemudahan yang disediakan bagi individu yang melanjutkan pengajian di pusat ini adalah:

  • Elaun Sara Hidup Bulanan
  • Asrama disediakan
  • Yuran pengajian ditanggung MARA
  • Peluang latihan industri di Jepun

Bidang Yang Diperlukan

Bidang yang diperlukan untuk kemasukan ini adalah:

  • Penyamanan Udara
  • Bangunan/Pembinaan
  • Automotif (Servis)
  • Scaffolding

Tarikh Permohonan

Permohonan kemasukan bagi sesi Oktober ini dibuka sehingga 26 Ogos 2024.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk kemasukan ke pusat ini ialah:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 20-29 tahun.
  3. Sihat Tubuh Badan.
  4. Bujang
  5. Lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMA).

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang online di pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfCe1v4SUZa6U94ge0iK56gQSxzD6vjFfw93DOpsEpXeShZAQ/viewform.

Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan tersebut.

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan kemasukan ke pusat ini, sila hubungi talian 03-87249344/03-26134635.

Baca juga: TVET MARA : Semakan Permohonan KKTM, MJII & IKM

Bantu kami share artikel ini: