Contoh Laporan Program & Format Penulisan Sebagai Panduan Anda

Pada artikel kali ini, kami akan terangkan kepada anda bagaimana untuk menulis laporan program yang baik. Kami juga akan tunjukkan contoh laporan program yang mengikut format untuk anda jadikan panduan dalam penulisan anda.

Oleh itu, untuk mengetahui lebih lagi berkenaan laporan program dan cara pelaksanaannya. Pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.

Baca juga: Contoh Proposal & Format Penulisannya

Apa itu Laporan Program?

Secara ringkasnya, laporan program ini merupakan ringkasan program yang telah dilaksanakan oleh sesebuah organisasi. Ianya merupakan dokumen yang meringkaskan kemajuan, cabaran dan hasil program tersebut.

Dokumen ini sering kali ditulis kerana ia diperlukan oleh pihak-pihak berkempentingan seperti pihak pengurusan, pihak penyeliaan dana dan lain-lain bagi menunjukkan nilai dan impak program yang dijalankan itu.

Melalui laporan program yang baik, pihak berkepentingan akan dapat menentukan sama ada program tersebut boleh diulang lagi atau tidak. Selain itu juga, ia dapat membantu dalam meningkatkan mutu kerja pada masa akan datang, kerana kita sudah tahu apa yang boleh diperbaiki melalui laporan sebelum ini.

Format Penulisan

Bagi anda yang tidak tahu cara menulis laporan program ini berikut merupakan format penulisan yang perlu anda ikut bagi menghasilkan penulisan laporan yang baik:

  • Nama Program
    • Pastikan anda meletakkan nama program anda di bahagian awal laporan bagi menjelaskan program ini berkenaan apa.
  • Tarikh, Hari, & Tempat
    • Nyatakan tarikh, hari, dan tempat program dilaksanakan.
  • Latar Belakang Program
    • Jelaskan berkenaan program dengan lebih terperinci seperti idea penghasilan program, sebab pelaksanaan, target dan sebagainya.
  • Objektif Pelaksanaan
    • Berikan tujuan atau objektif pelaksanaan program ini.
  • Kumpulan Sasaran
    • Jelaskan kumpulan sasaran program sama ada ia disasarkan untuk satu komuniti atau beberapa komuniti yang lain juga. Terangkan juga mengapa komuniti tersebut menjadi sasaran anda.
  • Penganjur & Jawatankuasa Program
    • Nyatakan ahli jawatankuasa yang berperanan dan juga senarai pengajur program.
  • Butiran Program
    • Pada bahagian ini, anda boleh masukkan tentatif program, atau ceritakan serba sedikit apa yang dilakukan pada hari program
  • Isu & Cabaran
    • Nyatakan isu dan cabaran yang dihadapi sewaktu perlaksanaan program di dalam laporan.
  • Pencapaian
    • Pada bahagian ini, penulis boleh menulis keberkesanan program atau impaknya ke atas kumpulan sasaran tadi.
  • Cadangan Penambahbaikan
    • Daripada isu dan cabaran tadi, penulis boleh mencadangkan beberapa cadangan penambahbaikan bagi program akan datang.
  • Kewangan
    • Untuk bahagian kewangan ini, apa yang penulis boleh lakukan ialah menunjukkan perbandingan antara bajet dan kos yang dikeluarkan. Disini kita akan dapat lihat sama ada program tersebut melebihi bajet yang ditetapkan atau tidak.

Bagi anda yang inginkan panduan penulisan yang lebih terperinci anda boleh membeli buku ini: 15 Kertas Kerja Program Beserta Laporan Aktiviti 

Contoh Laporan Program

Berikut merupakan contoh laporan program yang baik dan terperinci. Anda boleh jadikan contoh di bawah sebagai garis panduan sewaktu melakukan penulisan laporan program anda nanti.

Bantu kami share artikel ini: