Umobile Check Balance: Cara Check Balance/Baki Kredit

Untuk pengguna Umobile, anda boleh membuat semakan untuk mengetahui baki kredit anda sama ada anda menggunakan postpaid atau prepaid.

Semakan ini penting bagi mengetahui status terkini baki anda untuk mengelakkan talian telefon ada diputuskan akibat baki tidak mencukupi sama ada untuk membuat panggilan telefon atau menghantar mesej.

Berikut diterangkan cara-cara untuk menyemak baki kredit anda dengan mudah.

Pakej Postpaid & Prepaid Umobile

Umobile menyediakan pakej pilihan postpaid dan prepaid kepada para pelanggannya.

i) Pakej Postpaid

Terdapat 3 pakej postpaid yang ditawarkan iaitu U Postpaid 38, 68, dan 98.

Ketiga-tiga pakej ini dilengkapi dengan kelajuan 5G ultra-pantas tanpa kos tambahan dengan kuota internet.

ii) Pakej Prepaid

Pakej prepaid juga menawarkan tiga pilihan iaitu U Prepaid 25, 35, dan 40.

Cara Umobile Check Balance

Untuk menyemak baki kredit anda, terdapat 3 cara yang boleh dilakukan:

1) Menerusi *118#

Prepaid

  1. Buka papan kekunci telefon bimbit.
  2. Dial *118#*8 dan tekan butang call.
  3. Pengguna akan melihat baki kredit di skrin.

Postpaid

  1. Buka papan kekunci telefon bimbit.
  2. Dial *118# dan menu akan tertera di skrin.
  3. Pilih menu U Broadband.
  4. Pilih <Check Usage>.
  5. Tunggu sehingga mendapat SMS yang menyatakan data balance anda.

2) SMS

Prepaid

  1. Buka Text Message/SMS di telefon bimbit.
  2. Taip BAL dan hantar ke 28118.
  3. Tunggu sehingga mendapat SMS yang menunjukkan baki kredit anda.

Postpaid

  1. BukaText Message di telefon bimbit.
  2. Taip PLUS1 dan hantar ke 28118.
  3. Tunggu sehingga mendapat SMS yang menunjukkan baki bill postpaid.

3) Aplikasi MyUmobile

  1. Buka aplikasi MyUmobile.
  2. Pergi ke Menu Bar di bahagian atas kiri skrin telefon bimbit.
  3. Baki kredit untuk prepaid atau postpaid dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Umbile check balance, sila layari laman web Umobile iaitu https://www.u.com.my/.

Baca juga: Cara Tukar Simkad Rosak Atau Hilang (Kekalkan Nombor)

Bantu kami share artikel ini: