Biodata Shikin Maembong, Usahawan & Pelukis Berbakat Besar

Nama Shikin Maembong tidak asing lagi kerana ahli keluarganya dikelilingi oleh mereka yang sangat aktif dalam dunia seni.

Walaupun beliau tidak terlibat dalam dunia lakonan seperti adik-adiknya yang lain, Shikin mempunyai kemahiran yang sangat bagus dalam melukis seperti bapanya.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Shikin Maembong.

Baca juga:

Latar Belakang

syikin maembong
Instagram @shikin_maembong
NamaSiti Nur ‘Ashikin binti Ismail
Nama PanggilanShikin Maembong
Tarikh Lahir23 Mei 1983
Tempat LahirKuala Lumpur
PekerjaanUsahawan
Akaun Media SosialInstagram @shikin_maembong
TikTok @shikin_maembong
Facebook @Shikin Maembong 

Kehidupan Peribadi

Shikin Maembong merupakan anak lepada pasangan pelukis Negara, Ismail Embong dan Yatimah Zainah (nama asal Janet Nicole).

Bapanya berasal dari Terengganu manakala ibunya berketurunan Scotland. Walau bagaimanapun, pasangan ini telah pun bercerai.

Shikin adalah anak ke-5 dari sebelah orang adik beradik. Beliau merupakan adik kepada Yaya Meambong dan kakak kepada Emma Maembong, Chacha Maembong dan Ahmad Bakti Maembong.

Abangnya, Bakri pula merupakan seorang pemuzik yang telah menyertai banyak kumpulan popular seperti Gerhana Skacinta, Flop Poppy, Azlan And The Typewriter, Meet Uncle Hussein, The Times dan banyak lagi.

Adik-beradiknya yang lain Coddy Maembong (kakak), Mukhsal Maembong (abang), Effa Maembong (adik), Beby Maembong (adik) dan Ahmad Shaiki Abdullah Ismail (meninggal dunia).

Instagram @shikin_maembong

Shikin Maembong pernah berkahwin dengan anak lelaki chef selebriti terkenal, Chef Wan iaitu Chef Riz pada 5 Disember 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Putri Arianna Natasya.

Namun perkahwinan tersebut tidak bertahan lama dan mereka memutuskan untuk bercerai pada Jun 2016.

Kemudian, Shikin berkahwin sekali lagi dengan seorang ahli perniagaan pada Mac 2020, namun perkahwinan kedua itu juga hanya bertahan selama dua tahun sahaja.

Pada 13 Julai 2023, Shikin Maembong berkahwin kali ketiga dengan penyanyi kumpulan Ruffedge dan pelakon, Cat Farish. Perkahwinan tersebut diadakan di Asiana Grand Hall, Setapak, Kuala Lumpur.

shikin maembong
Instagram @shikin_maembong

Kerjaya & Profesional Shikin Maembong

Shikin aktif mengusahakan bisnes Popia Pisang atau Cekopis yang terletak di Kuala Lumpur.

Shikin juga mempunyai bakat melukis seperti bapanya. Beliau berkongsi karya-karya dan hasil seninya di Instagram Maembong Art Gallery. Sebahagian besar karyanya telah ditempah dan dibeli oleh peminat yang sangat kagum dengan hasil tangannya itu.

@shikin_maembong

Edisi “BEAUTY OF ROSES” kali ni hakak buat painting ikut tajuk lagu abg @Cat Farish .. korang rasa ok tak kalau hakak combine berkarya dengan suami hakak? Nak tengok berapa like 🫠 kalau ramai yang suke, kite ONZ la abi 😜.. Artist : Shikin Maembong Title : Bawa ku Terbang Medium : mixed media Size : 30 inch x 20 inch Year : 2024 Price : DM utk harga kasih sayang k. Sebenarnya hakak pun baru tau suami hakak bole lukis juga tau sebenarnye.. hari tu arianna minta dia conteng2 doddle, lawa gilerrrrr.. ehemmm ehemmmm, my soulmate till jannah.. let’s do this!! Hahahaha.. #paintingforsale #artforsale #shikinmaembongspainting #shikinmaembongartwork #shikinmaembong #painting #shikinmaembongart #maembongartgallery #mixedmedium #acrylic #oilpainting #fyp #fypシ #farishikin #binicatfarish

♬ Bawa Ku Terbang – The Fabulous Cats

Fakta Menarik Mengenai Shikin Maembong

  • Shikin Maembong menghidap masalah saraf yang menyerang bahagian mukanya, iaitu Bell’s Palsy, sejak 12 tahun yang lalu. Penyakit tersebut menyebabkan wajahnya menjadi senget sebelah.
  • Beliau mendedahkan bahawa dirinya pernah menjalani kehidupan sebagai isteri kedua.
  • Beliau merupakan adik ipar kepada pelakon Wan Raja yang juga suami kepada Yaya Maembong.

Tahniah Shikin Maembong! Semoga kejayaan anda terus menjadi inspirasi kepada mereka yang meminati bidang seni lukis dan perniagaan.

Sumber:

  1. Instagram @shikin_maembong
  2. Kasihan Shikin Maembong Wajah Dihina. Kosmo
Bantu kami share artikel ini: