Lamine Yamal Biodata Lengkap : Penjaring Termuda EURO 2024

Lamine Yamal Biodata Lengkap : Penjaring Termuda EURO 2024

Nama Lamine Yamal menjadi fenomena semalam apabila beliau mencipta sejarah sebagai penjaring termuda EURO 2024 dengan membawa pasukan Sepanyol berjaya menewaskan Perancis 2-1 di Munich untuk mara ke pantas final.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Lamine Yamal biodata lengkap mengenainya.

Baca juga:

Lamine Yamal Biodata Lengkap

Lamine Yamal biodata
NamaLamine Yamal Nasraoui Ebana
Nama GelaranLamine Yamal, Lamine, Yamal
Tarikh Lahir13 Julai 2007 
Tempat LahirEsplugues de Llobregat, Sepanyol
PekerjaanPemain bola sepak
PosisiPenyerang
Tahun Aktif2013 – sekarang
Pasukan TerkiniBarcelona
Sepanyol
Ketinggian180 cm
Kaki UtamaKiri
Berat badan72 kg
Akaun Media SosialInstagram @lamineyamal
Facebook @Lamineyamal10
TikTok @lamine.yamal

Kehidupan Peribadi

Lamine Yamal mempunyai darah campuran Arab dan Guinea. Ayahnya, Mounir Nasroui berasal dari negara Magribi manakala ibunya, Sheila Ebana pula berasal dari Guinea.

Dengan latar belakang keluarganya yang pelbagai ini, ia memberikan kelebihan kepada dirinya dalam memahami dan menghayati budaya yang berbeza.

Lamine dilahirkan di Sepanyol dan menghabiskan sebahagian besar kehidupan kanak-kanaknya bermain bola sepak di bawah Barcelona.

Walaupun sibuk dengan karier bola sepaknya, Lamine tidak sesekali melupakan persekolahannya sama seperti remaja-remaja yang lain.

Beliau bahkan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pembelajaran sehingga lulus dalam peperiksaan pendidikan menengah.

Kisahnya yang menekankan betapa pentingnya pendidikan walaupun untuk mereka yang berada di landasan menuju kejayaan dalam sukan sentiasa menjadi inspirasi para remaja.

Lamine Yamal biodata
Kredit: Instagram @lamineyamal

Kerjaya & Profesional

Lamine Yamal menyertai Barcelona FC dari kelab tempatnya iaitu CF La Toretta ketika usianya 7 tahun. Karier bola sepaknya dibentuk di akademi terkenal Barcelona FC, La Masia yang telah melahirkan ramai bintang bola sepak terkemuka seperti Lionel Messi, Xavi, dan Andres Iniesta.

Namanya mula meningkat naik pada tahun 2022 ketika bermain dalam Barcelona U-19.

Pada 29 April 2023, Lamine membuat penampilan sulungnya ketika berusia 15 tahun, menjadikannya pemain pertama yang paling muda dalam sejarah kelab tersebut dengan kemenangan 4-0 menentang Real Betis.

Pada musim 2023/24, beliau mencipta lebih banyak sejarah apabila Sepanyol menentang Georgia dalam kelayakan EURO 2024 pada 8 September lalu.

Pada 8 Oktober lalu, Lamine Yamal menjadi penjaring termuda dalam sejarah Liga dengan gol pertama Barca ketika mereka kembali seri 2-2 di Granada.

Semasa kempen Euro 2024 Sepanyol, dia memecahkan dua rekod lagi. Pada usia hanya 16 tahun dan 338 hari, pemain sayap Barcelona itu menjadi pemain termuda yang pernah muncul dalam Kejohanan Eropah, memecahkan rekod Kacper Kozlowski dengan memulakan perlawanan pembukaan Kumpulan B pada 15 Jun lalu.

Kemudian pada separuh akhir, beliau menjadi penjaring gol termuda EURO 2024 dan kembali mencipta sejarah baru dalam dunia bola sepak dunia.

Pencapaian Lamine Yamal

Bintang bola sepak termuda ini telah berjaya memenangi beberapa anugerah dalam arena sukan bola sepak. Antaranya adalah seperti:

  • Player of the Match, EURO 2024-Semi Final
  • La Liga U23 Player of the Month: August 2023
  • La Liga U23 Player of the Season: 2023–24
  • Tuttosport’s The Youngest Award: 2023
  • Globe Soccer Awards – Emerging Player: 2024
  • IFFHS Men’s Youth (U20) UEFA Team: 2023
  • UEFA European Under-17 Championship Top Scorer: 2023
  • UEFA European Under-17 Championship Team of the Tournament: 2023
  • La Liga Goal of the Month: March 2024
Kredit: Instagram @lamineyamal
Kredit: Instagram FC Barcelona
@lamine.yamal

VAMOSSS ESPAÑOLES, estamos en la final. Todos juntos el domingo🇪🇸❤️

♬ sonido original – Lamine Yamal

Fakta Menarik Mengenai Lamine Yamal

  • Lamine Yamal adalah pemain termuda dalah sejarah pasukan Barcelona.
  • Beliau adalah pemain termuda yang menjaringkan gol dalam EURO 2024 ketika aksi menentang Perancis.
  • Beliau sangat mengidolakan Lionel Messi dan juga terinpirasi oleh gaya permianan Neymar dan Ronaldinho.
  • Nilai pasaran Lamine Yamal sekarang ini telah mencecah €90.00 million walaupun baru berusia 16 tahun.
  • Kejayaan Lamine mendapat perhatian seluruh dunia terutamanya media sukan di Sepanyol selalu menulis mengenai bakat luar biasa yang dimilikinya.
  • Beliau sering dibandingkan dengan Lionel Messi dari segi kemahiran teknikal yang luar biasa, kelajuan dan ketangkasan di atas padang.
  • Beliau sering bermain sebagai penyerang sayap.
  • Lamine Yamal mempunyai pengikut di Instagram seramai 11.2 juta orang dan TikTok seramai 6.8 juta orang.

Tahniah Lamine Yamal! Semoga kejayaan saudara menjadi motivasi dan inspirasi kepada anak-anak muda di luar sana yang berminat dalam kerjaya sukan bola sepak sekaligus dapat mengharumkan nama negara di pentas dunia.

Sumber:

  1. Instagram @lamineyamal
  2. Lamine Yamal Profile. FC Barcelona
  3. Lamine Yamal: The Teenager with The World At His Feet. FIFA
Bantu kami share artikel ini: