Biodata Tyzo Xander, Penyampai Radio Popular ABPBH Ke-35

Celoteh Tyzo Xander bersama Kak Rara (Sharifah Shahirah) dalam segmen Suria Petang sentiasa diingati sehingga kini oleh para pendengar radio tempatan.

Namanya terus bersinar apabila berjaya melakar sejarah bergelar Penyamapi Radio Popular ABPH Ke-35 baru-baru ini.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Tyzo Xander.

Baca juga:

Latar Belakang

Tyzo Xander
Kredit: Instagram @tyzoxander
NamaTuah Zoqarnain Idris
Nama GelaranTyzo Xander, Tyzo, Tuah Zulkarnain, Tuah, Tuah Zolqarnain
Tarikh Lahir3 Julai 1976
Tempat LahirIpoh, Perak
PekerjaanPenyampai radio, Pelakon, Penyanyi dan Pengacara
PendidikanDiploma Sains Komputer, Kolej Premier Yayasan Perak
Akaun Media SosialInstagram @tyzoxander
Facebook @iamtyzoxander
YouTube @tyzoxander
TikTok @tyzoxander

Kehidupan Peribadi

Tyzo Xander mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir Piteh, Ipoh.

Kemudian beliau meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Methodist (ACS), Ipoh dan menjawat jawatan sebagai seorang pengawas.

Beliau juga memilih untuk melanjutkan pengajian lebih tinggi dalam jurusan Diploma Sains Komputer di Kolej Premiew Yayasan Perak.

Ibunya, Hasnah Shaari telah meninggal dunia di usia 80 tahun pada 3 Januari 2022 lalu.

Kerjaya & Profesional

Tyzo Xander memulakan kerjayanya dalam bidang seni menerusi lakonan dan pengacaraan.

Walaupun tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang penyiaran tetapi beliau berjaya mula berkecimpung dalam dunia penyiaran sebagai seorang penyampai radio pada tahun 2004 di stesen radio Muzik FM.

Sepanjang 20 tahun penglibatannya dalam dunia seni, berikut adalah antara pengalaman dan kerjaya yang pernah beliau terlibat:

Filem:

  • Alamak Toyol, sebagai Daniel (2011)

Televisyen:

  • Pengacara Malam Anugerah KNKV Viral Award 2024 bersama bersama Sharifah Shahirah, Azhar Jalil & Diana Rusdi
  • Pengacara Radar Skrin (2024)
  • Hos Program Arena Global, Pesan Oasis dan Hitz1
Tyzo Xander
Kredit: Instagram @tyzoxander

Radio:

  • Penyampai radio Muzik FM (Julai 2004)
  • Suria Petang, Stesen Suria FM (11 Julai 2016 – 12 Julai 2024)
  • Inspirasi Pagi, IKIM FM (11 Mac 2024 – kini)

Single Lagu:

  • Tak Lelah Bertahan (2017)

Pencapaian Tyzo Xander

Tyzo Xander telah memenangi anugerah sebagai Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPH) Ke-35 yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Panggung Sari, Istanda Budaya (IB).

Kejayaan Tyzo ini telah membuka lembaran sejarah baru apabila beliau berjaya menewaskan DJ Lin yang sebelum ini turut meraih kategori yang sama selama 3 tahun berturut-turut dalam ABPH yang Ke-32, 33 dan 34.

Dalam percalonan yang sama, Tyzo juga turut menewaskan Haiza dari Kool 101, Dj Sonic dari Nasional FM dan Johan dari Hot FM.

Fakta Menarik Mengenai Tyzo Xander

Kredit: Instagram @tyzosdnbhd
  • Tyzo Xander merupakan peminat motosikal berkuasa tinggi.
  • Ibu Tyzo menghembuskan nafas terakhir pada 3 Januari 2022.
  • Beliau memiliki perniagaan sendiri, Tyzo Sdn Bhd iaitu perniagaan menjual produk makanan dan minuman berasaskan herba buah tunjuk langit.
  • Khairi Jamaluddin (KJ) pernah meminta tips awet muda dari Tyzo ketika interaksi temu bual telefon bersama stesen Hot FM.

Tahniah Tyzo Xander! Semoga kejayaan dan pencapaian saudara terus menjadi inspirasi kepada para remaja dan anak-anak muda di luar sana.

Sumber:

  1. Instagram @tyzoxander
  2. Tyzo Tunggu 25 Tahun Menang Anugerah. Harian Metro
Bantu kami share artikel ini: