Tesla 3 Malaysia: Harga, Model, Spesifikasi, Tempahan

Setelah Tesla Y, syarikat pengeluar kereta elektrik terkemuka dari Amerika Syarikat, Tesla secara rasminya telah membuka tempahan untuk model Tesla 3 bagi pasaran Malaysia.

Lebih menarik, penghantaran bagi model ini dilakukan bermula Jun tahun ini.

Dengan penjualan model ini dan komitmen syarikat ini terhadap pasaran Malaysia, kita jangkakan rakyat Malaysia juga bakal menerima model-model baharu kereta Tesla pada masa hadapan.

Varian

Mengikut laman web rasmi Tesla, Tesla 3 didatangkan dengan 3 varian utuk pasaran Malaysia:

  • Model 3 RWD
  • Model 3 Long Range AWD
  • Model 3 Performance AWD

Varian Performance AWD adalah pilihan varian ketiga untuk Tesla Model 3 baharu di Malaysia.

Selepas berbulan-bulan menunggu, Tesla Model 3 Performance akhirnya telah didedahkan dan syarikat ini berjanji untuk menyajikan pengalaman pemanduan yang terbaik buat pelanggan mereka.

Ini adalah varian spesifikasi teratas kenderaan elektrik Tesla Model 3 yang baru dinaik taraf yang menawarkan prestasi lebih baik dengan pecutan lebih pantas dan ia juga mendapat penggantungan adaptif.

Artikel menarik: Tesla Y Malaysia: Harga, Model, Spesifikasi, Tempahan Kereta

Harga Tesla 3

Berikut merupakan harga rasmi Tesla 3 yang dipaparkan dalam lamn web rasmi Tesla Malaysia:

  • Model 3 RWD – RM189,000
  • Model 3 Long Range AWD – RM218,000
  • Model 3 Performance AWD – RM242,000

Seperti biasa, Tesla akan mengenakan bayaran tambahan kepada anda seperti warna luaran yang berbeza, warna dalaman dan ciri auto-pilot yang dipertingkatkan.

Cat warna putih asas adalah percuma tetapi anda perlu membayar RM5,000 untuk bertukar kepada Hitam atau Biru, RM7,500 untuk Stealth Grey dan RM11,000 untuk Ultra Red.

Secara lalai, ia mendapat 20″ Warp Wheels disertakan dan jika anda ingin menaik taraf tempat duduk dan hiasan dalaman anda kepada putih, ia akan dikenakan bayaran tambahan RM5,000.

Seperti biasa, Tesla memerlukan pembeli membuat bayaran pesanan RM1,000 yang tidak boleh dikembalikan untuk mendapatkan unit mereka.

Jika anda membuat pesanan anda sekarang, anggaran penghantaran ialah Q2 2024 iaitu antara April hingga Jun tahun ini.

Kesemua unit kenderaan elektrik (EV) yang dimport sepenuhnya (CBU) di Malaysia menerima pengecualian cukai hingga akhir tahun 2025, di mana EV dari Tesla ini turut dikecualikan cukai import, eksais dan jualan.

Harga fungsi tambahan

Berikut merupakan kos tambahan sekiranya anda ingin menambah beberapa fungsi yang dipertingkatkan atau mengecat kereta Tesla 3 anda dengan pilihan warna lain:

  • Solid Black / Deep Blue Metallic — RM5,000
  • Stealth Grey / Quicksilver (hanya untuk Model Y) — RM7,500
  • Ultra Red — RM11,000
  • Dalaman Hitam & Putih — RM5,000
  • Autopilot Dipertingkat — RM16,000
  • Memandu Sendiri Penuh — RM32,000
  • Roda Nova 19” untuk Model 3 — RM7,500
  • Roda Aruhan 20” untuk Model Y — RM10,000

Spesifikasi

Berikut merupakan spesifikasi Tesla Model 3 yang dipaparkan di laman web rasmi Tesla Malaysia:

Tesla Model 3 AWD
Tesla Model 3 RWD

Tempahan

Tidak seperti jenama kereta tradisional, tiada rangkaian pengedr bagi Tesla 3.

Jika anda berminat untuk mendapatkan kereta model ini,anda perlu membuat pesanan anda terus di tapak web Tesla Malaysia.

Bantu kami share artikel ini: