e-Tani: Syarat Kelayakan, Cara Daftar & Dokumen Diperlukan

Kerajaan Negeri Sarawak telah membangunkan sebuah platform yang dikenali sebagai e-Tani. Melalui sistem tersebut pengguna boleh memohon bantuan dan perkhidmatan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja asalkan mempunyai akses kepada internet dan telefon pintar.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Yayasan Sarawak – Permohonan Laptop Percuma & Baucar Buku

Pengenalan e-Tani

e-Tani adalah merupakan sebuah platform yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Sarawak untuk memudahkan urusan penyaluran bantuan kepada para petani. 

Platform ini sangat penting untuk membolehkan pihak kerajaan mendapatkan maklumat petani agar bantuan sewajarnya dapat diagihkan. 

Selain itu, kerajaan juga dapat merekodkan pengeluaran dan keperluan petani dalam mengusahakan sesuatu tanaman menerusi platform ini. 

Sebagai contoh, dalam penanaman nanas, petani yang mendaftar dalam sistem ini membolehkan pihak kerajaan mengetahui kuantiti nanas yang ditanam serta jumlah bantuan yang perlu disalurkan.

e-Tani: Syarat Kelayakan, Cara Daftar & Dokumen Diperlukan
Sumber: Facebook Jabatan Pertanian Sarawak

Bukan itu sahaja, kemudahan e-Tani juga membolehkan pengguna terutama yang berasal dari luar bandar tetapi bekerja di bandar untuk membuat permohonan bantuan dengan mudah. 

Melalui platform ini, para petani boleh memohon bantuan serta mendapatkan perkhidmatan Jabatan Pertanian Sarawak pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja menerusi akses Internet dan telefon pintar.

Siapa yang Perlu Mendaftar?

Warganegara yang menetap di Sarawak dan terlibat dengan aktiviti pertanian.

Kenapa Perlu Daftar?

Membolehkan akses kepada perkhidmatan dan permohonan skim Jabatan Pertanian Sarawak secara dalam talian.

e-Tani: Syarat Kelayakan, Cara Daftar & Dokumen Diperlukan
Sumber: Facebook Jabatan Pertanian Sarawak

Syarat Kelayakan

Berikut ialah syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar e-Tani:

  1. Warganegara yang telah mencapai umur 18 tahun dan menetap di kawasan operasi pertubuhan ini; dan
  2. Mengambil bahagian dalam pengeluaran pertanian dan ternakan dan pemprosesan hiliran atau memperoleh pendapatan daripada pengeluaran pertanian dan ternakan atau menguasai mana-mana faktor pertanian, perikanan, pengeluaran ternakan dan pemprosesan hiliran di Sarawak. 

Cara Mendaftar

Untuk mendaftar, anda boleh rujuk langkah-langkah di bawah:

  1. Layari Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sarawak di pautan berikut: https://sarawak.gov.my/ 
  2. Pilih Pendaftaran Petani di bahagian Perniagaan & Perdagangan >> Klik Daftar Sekarang.
  3. Log masuk ke Sarawak ID >> Isi dan semak maklumat anda, kemudian klik Hantar. 
  4. Permohonan dalam talian anda disahkan. 

Setelah permohonan diterima, Jabatan Pertanian Sarawak akan membuat verifikasi dan penilaian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sama ada meluluskan atau menolak pendaftaran pengguna sebagai Petani Berdaftar. 

Pengguna akan menerima keputusan pendaftaran melalui ’Public Workspace’ yang boleh diakses melalui Portal Rasmi Kerajaan Sarawak.

Sekiranya permohonan ditolak, pengguna masih boleh memohon semula dengan mengisi ’Pendaftaran Profil Petani’,

Sumber: Facebook Jabatan Pertanian Sarawak

NOTA PENTING:

  • Sebelum mendaftar e-Tani, anda WAJIB mendaftar Sarawak ID terlebih dahulu untuk tujuan pengisian e-Tani ini. Sila daftar Sarawak ID disini: https://rb.gy/a5ejm1 
  • Untuk pautan terus bagi mendaftar e-Tani, anda boleh klik pautan berikut: https://rb.gy/gvz5hz 

Dokumen Diperlukan

Pemohon dikehendaki menyediakan dokumen sokongan berikut:

  • Salinan kad pengenalan atau nombor pasport pemohon
  • akaun SarawakID
  • Salinan hakmilik tanah
  • Salinan sijil MyGAP dan MyOrganic
  • Salinan lesen, kontrak atau perjanjian

Bantuan Petani Berdaftar

Selain e-Tani, melalui Portal Rasmi Kerajaan Sarawak, Petani Berdaftar juga boleh mengisi enam permohonan seperti;

  1. Permohonan Skim Bantuan Program Pembangunan Pertanian Bahagian Tanaman
  2. Permohonan Skim Bantuan Program Pembanguan Bahagian Perikanan Darat
  3. Permohonan Untuk Skim Baharu, Pembangunan Produk
  4. Permohonan Untuk Program Pembangunan Pertanian Komuniti (PPPK)
  5. Permohonan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Jabatan Pertanian Sarawak
  6. Permohonan Pensijilan di bawah Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT)

Hanya Petani Berdaftar dalam sistem e-Tani boleh memohon bantuan dan perkhidmatan pertanian secara dalam talian.

Maklumat Lanjut

Layari portal eTANI untuk maklumat lanjut. 

Untuk sebarang pertanyaan atau ingin mendaftar secara manual, sila pergi ke Pejabat Pertanian Daerah masing-masing. 

Atau, hubungi:

Sumber:

  1. Facebook Jabatan Pertanian Sarawak
Bantu kami share artikel ini: