Minyak Zaitun: Khasiat, Kegunaan, dan Tips Penggunaannya

Minyak zaitun adalah salah satu bahan semulajadi yang kaya dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan dan kecantikan. 

Ia mengandungi pelbagai nutrisi penting seperti antioksidan dan telah digunakan secara meluas sejak zaman dahulu kala lagi. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai minyak zaitun. Jom baca!

BACA JUGA: Panduan Pemilihan Minyak Masak yang Tepat untuk Dapur Anda

Minyak Zaitun

Minyak zaitun merupakan minyak yang diekstrak daripada buah zaitun (Olea europaea), yang tumbuh di kawasan Mediterranean. 

Proses pengekstrakannya melibatkan pemerasan buah zaitun untuk menghasilkan minyak semula jadi yang kaya dengan lemak sihat, terutama asid lemak tak tepu tunggal seperti asid oleat.

Sejarah/Asal Usul

Minyak Zaitun: Khasiat, Kegunaan, dan Tips Penggunaannya

Minyak zaitun telah menjadi sebahagian penting dalam sejarah manusia sejak ribuan tahun yang lalu. 

Budaya zaman kuno seperti Mesir, Yunani, dan Rom telah menggunakan minyak ini bukan sahaja sebagai sumber makanan yang utama, tetapi juga sebagai ramuan perubatan dan kecantikan. 

10 Khasiat Minyak Zaitun

1. Kaya Antioksidan

Minyak zaitun mengandungi antioksidan seperti vitamin E dan polifenol. Kandungan antioksidan ini membantu melindungi sel-sel tubuh daripada radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan tisu. 

2. Baik untuk Jantung

Asid lemak tak tepu tunggal, terutamanya asid oleat, membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). Ini amat penting untuk kesihatan jantung yang baik.

3. Anti-Kanser

Polifenol dalam minyak zaitun mempunyai sifat anti-kanser dengan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser dan mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser seperti kanser payudara dan usus besar.

4. Anti-radang

Sifat anti-radang minyak ini menyebabkan ia sangat disyorkan digunakan oleh individu yang mempunyai penyakit seperti rheumatoid arthritis dan penyakit radang usus seperti kolitis ulcerativa.

5. Meningkatkan Fungsi Otak

Kekayaan asid lemak tak tepu tunggal dalam minyak ini membantu meningkatkan fungsi kognitif otak dan melindungi daripada penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer.

Minyak Zaitun: Khasiat, Kegunaan, dan Tips Penggunaannya

6. Menyihatkan Kulit

Kandungan Vitamin E dalam minyak ini membantu melembapkan dan melindungi kulit daripada kering dan keradangan, serta membantu merawat masalah kulit seperti dermatitis.

7. Menguatkan Tulang

Kandungan Polifenol dalam minyak ini membantu memelihara kepadatan tulang dan mencegah penyakit tulang yang berkaitan dengan penuaan serta membantu mencegah osteoporosis.

8. Baik untuk Mata

Kandungan vitamin E dalam minyak ini membantu melindungi mata daripada radikal bebas, membantu mencegah masalah mata seperti katarak dan degenerasi makula.

9. Menurunkan Risiko Diabetes

Pengambilan minyak zaitun juga dipercayai boleh membantu penurunan risiko diabetes tipe 2. Hal ini kerana, ia mampu membantu mengawal kadar gula darah dan meningkatkan sensitiviti insulin.

10. Menyihatkan Rambut

Minyak zaitun mengandungi asid linoleat, asid oleat, dan asid palmitat yang memainkan peranan penting untuk kesihatan rambut. 

BACA JUGA: 10 Shampoo Untuk Rambut Gugur Paling Berkesan 2024

Kegunaan Minyak Zaitun

Minyak Zaitun: Khasiat, Kegunaan, dan Tips Penggunaannya

Minyak zaitun boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Bukan sahaja untuk masakan, bahkan menjadi bahan asas dalam produk penjagaan kulit dan rambut. Kegunaannya yang pelbagai menjadikannya pilihan popular di seluruh dunia.

Berikut ialah antara kegunaan minyak zaitun:

1. Penggunaan dalam Masakan

Digunakan secara luas sebagai bahan utama dalam masakan di seluruh dunia. Ia memberikan rasa lemak sihat dan menambah rasa kepada hidangan seperti salad, pasta, dan daging panggang.

2. Pelembap Kulit

Minyak zaitun adalah pelembap semula jadi yang efektif untuk kulit. Ia menyerap dengan baik ke dalam kulit, menjadikan kulit sentiasa lembut dan sihat. Penggunaan secara rutin dapat membantu mengurangkan kekeringan dan keradangan pada kulit.

3. Perawatan Rambut

Minyak zaitun melindungi rambut daripada kerosakan dan membantu memelihara kelembapan serta menguatkan akar rambut. Penggunaan minyak ini sebagai masker rambut dapat memberi kelembutan pada rambut.

4. Sabun dan Produk Penjagaan Tubuh

Minyak zaitun digunakan secara meluas dalam pembuatan sabun dan produk penjagaan tubuh seperti losyen dan sebagainya.

5. Rawatan Tradisional

Minyak zaitun telah lama digunakan dalam rawatan tradisional untuk merawat luka, ruam kulit, dan masalah kulit lainnya. Sifat anti-radangnya sangat membantu dalam proses penyembuhan.

6. Pembersih Wajah

Minyak zaitun dapat digunakan sebagai pembersih alami untuk menghilangkan kotoran dan melembutkan kulit wajah tanpa mengeringkannya. Ia juga dapat membantu menghilangkan sisa-sisa makeup.

Tips Menggunakan Minyak Zaitun dengan Efektif

Minyak Zaitun: Khasiat, Kegunaan, dan Tips Penggunaannya

1. Pilih Minyak Zaitun Berkualiti Tinggi

Pastikan memilih minyak zaitun extra virgin yang tidak diproses secara kimia. Minyak zaitun jenis ini mempunyai kandungan nutrisi yang tertinggi dan tidak mengalami pemrosesan yang merosakkan.

2. Gunakan Secara Berkala

Gunakan minyak ini secara teratur dalam rutin penjagaan kulit atau rambut anda. Penggunaan secara konsisten akan memberikan manfaat yang lebih baik dalam jangka panjang.

3. Aplikasikan Pada Rambut Basah

Untuk mendapatkan manfaat terbaik,  aplikasikan minyak pada rambut yang basah setelah membasuh rambut. Ini membantu mengekalkan kelembapan dan melindungi rambut daripada terdedah  kepada haba pengering rambut.

4. Usapkan Pada Kulit Yang Masih Lembap

Setelah mandi, aplikasikan minyak zaitun pada kulit yang masih sedikit lembap. Ini memastikan minyak dapat diserap dengan lebih baik oleh kulit dan menjaga kelembapan kulit.

5. Gunakan Sebagai Masker Rambut

Untuk merawat rambut kering dan rapuh, gunakan minyak zaitun sebagai masker rambut. Ratakan minyak daripada akar hingga ke ujung rambut, biarkan selama 30-60 minit sebelum membasuhnya. 

7. Campur Dengan Produk Penjagaan Kulit/Rambut Lain

Tambahkan beberapa titik minyak zaitun ke dalam produk penjagaan kulit atau rambut seperti losyen atau sampo. Ini boleh meningkatkan kelembapan dan nutrisi yang diberikan oleh produk tersebut.

NOTA: 

  • Simpan minyak zaitun dalam botol yang rapat tertutup dan simpan di tempat yang sejuk dan gelap untuk mengekalkan kualiti minyak.
  • Lakukan uji reaksi kulit (test patch) dengan mengoleskan sedikit minyak zaitun di bahagian kecil kulit bagi mengelakkan iritasi/alergik.

Penutup

Minyak zaitun bukan sekadar minyak masak biasa; ia adalah sumber nutrisi penting yang mempunyai pelbagai kebaikan. Dengan pengambilan minyak ini, anda pasti akan dapat merasakan manfaat luar biasanya.

Rujukan:

  1. 11 Proven Benefits of Olive Oil – Healthline
  2. Olive Oil: Nutritional Applications, Beneficial Health Aspects and its Prospective Application in Poultry Production – NCBI
Bantu kami share artikel ini: