Biodata Erysha Emyra, Heroin Drama Aku Bukan Ustazah

Watak Aminah dalam drama Aku Bukan Ustazah telah melonjakkan nama Erysha Emyra di Malaysia dan Indonesia.

Pelakon wanita dengan paras menawan ini semenangnya mewarisi bakat dan wajah jelita dari ibunya yang juga seorang pelakon senior di era 90-an.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Erysha Emyra.

Baca juga:

Latar Belakang

Erysha Emyra
Kredit Instagram @eryshaemyra
NamaNur Erysha Emyra Binti Zakaria
Nama PanggilanErysha Emyra
Tarikh Lahir1 Disember 1999
Tempat LahirKuala Lumpur
PendidikanInstitut Aminuddin Baki (IAB) jurusan Perakaunan
Ketinggian163 cm
PekerjaanPelakon, model, personaliti media sosial
Akaun Media SosialInstagram @eryshaemyra
TikTok @eryshaaemyraa

Kehidupan Peribadi

Erysha Emyra merupakan anak kedua daripda tiga orang adik-beradik iaitu Naveer Mihshon Zakaria dan Nazeer Danish.

Ibunya seorang pelakon wanita senior yang terkenal iaitu, Noniswara manakala bapanya pula adalah Zakaria Rahman.

Siti Hajaar, isteri kepada penyanyi MK K-Clique merupakan kakak tiri kepada Erysha. Ibunya berkahwin dengan Allahyarham Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad (perkahwinan ketiga).

Kredit Instagram @eryshaemyra

Kerjaya & Profesional

Erysha Emyra mula berlakon pada tahun 2022 dengan membintangi drama Perempuan Itu arahan Ain Sharif dan Isma Yusoof. Dalam drama tersebut, Erysha memegang watak sebagai Wardah.

Kemudian, beliau turut membintangi drama Chinta Wrong Direction lakonan bersama Hun Haqeem dengan memegang watak sebagai Chinta.

Bakat lakonannya ini sudah tentu mengalir dari darah seni ibunya sendiri, Noniswara.

Telefilem:

TahunTajukWatakSaluran TV
2023Challenge AcceptedFatimahAstro Ria
2023Baby-SitaAisyahAstro Warna
2024Chinta Wrong Direction RayaChintaAstro Ria

Drama:

TahunTajukWatakSaluran TV
2023Perempuan ItuWardahTonton
2023Chinta Wrong DirectionChintaAstro Ria
2023Dara and The GangBusuTV3
2024Hero Seorang Cinderella 2ShashaAstro Roa
2024Aku Bukan UstazahAminahTV3
2024Cinta Untuk Sekali LagiAnne DahliaAstro Ria

Televisyen:

TahunTajukWatakSaluran TV
2023Sepahtu Reunion LiveDariyaAstro Warna
Erysha Emyra
Erysha Emyra

Pencapaian Erysha Emyra

Lakonannya dalam drama Aku Bukan Ustazah sebagai Aminah telah mendapat perhatian semua lapisan masyarakat Malaysia dan Indonesia.

Baru-baru ini, satu rakaman rakaman video yang dikongsikan oleh seorang pengguna platform media sosial TikTok dikenali sebagai Anak Perempuan Muniandy.

Rakaman berdurasi 11 saat itu memaparkan seisi keluarganya yang kelihatan begitu khusyuk ketika menonton drama lakonan Erysha Emyra dan MK K-Clique tersebut.

Aku Bukan Ustazah adalah drama adaptasi novel (Lyna Masud), arahan Idora Abdul yang dibintangi oleh Erysha Emyra, MK K-Clique, Zahiril Adzim, Shaza Bae dan ramai lagi.

Fakta Menarik Mengenai Erysha Emyra

  • Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki.
  • Dirinya pernah viral dulu apabila berjaya mendapat keputusan cemerlang 9A dalam SPM 2016 bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Prinsip Perakaunan, Ekonomi dan Pendidikan Islam.
  • Pernah mengalami detik cemas apabila kereta Mini Cooper yang dipandunya terbakar secara tiba-tiba dalam perjalanan ke tempat kerja.
  • Beliau mempunyai lebih daripada 238,000 ribu pengikut di Instagram (IG) dan 460,400 ribu pengikut di laman TikTok.

Tahniah Erysha Emyra! Semoga kejayaan dan pencapaian cemerlang anda menjadi inspirasi buat anak-anak muda diluar sana yang minat menceburkan diri dalam bidang seni lakonan.

Sumber:

  1. Instagram @eryshaemyra
  2. Tak Sangka Kuat Penangan Drama Aku Bukan Ustazah, Keluarga India Pun Terjebak! Malaysia Dateline
Bantu kami share artikel ini: