Biodata Aaron Chia, Juara BWF World Championship 2022 (Beregu)

Nama pemain badminton beregu, Aaron Chia terus melakar kenangan manis dalam hati rakyat Malaysia apabila beliau menjadi juara dunia dalam Kejohanan Badminton Dunia pada edisi ke-27 yang berlangsung di Tokyo dua tahun lalu.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Aaron Chia.

Baca juga:

Latar Belakang

Aaron Chia
Kredit Instagram @bwf.official
NamaAaron Chia Teng Fong
Nama PanggilanAaron Chia
Tarikh Lahir24 Februari 1997
Tempat LahirBatu Berendam, Melaka
PekerjaanAtlet badminton
Pasangan BereguSoh Wooi Yik
JurulatihRexy Mainaky dan Tan Bin Shen
Tangan UtamaKanan
Ketinggian168 cm
Akaun Media SosialInstagram @aaronchiatengfong
Facebook @aaronchiatf
TikTok @aaronchiatengfong97
X @AaronChia24

Kehidupan Peribadi

Aaron Chia telah berkahwin dengan Mei Qi dan memiliki dua orang anak iaitu Alvee dan Elisa.

Kerjaya & Profesional

Aaron mula bermain badminton ketika berusia 7 tahun bersama bapanya di Melaka. Kemudian, beliau mula memasuki acara badminton ketika berusia 11 tahun.

Beliau akhirnya terpilih untuk menjadi sebahagian daripada skuad badminton kebangsaan pada tahun 2105 setelah menyertai acara badminton Indonesia International Series.

Chia dan Soh mula mewakili Malaysia sebagai pasangan bergu badminton sejak 2015. Ketika itu, mereka dipadankan bagi mewakili Malaysia untuk World Junior Championships 2016.

Berdasarkan portal BWF World Tour Finals, Aaron Chia setakat ini telah mencatatkan sebanyak 227 kemenangan sepanjang karier. Beliau di tangga ke-4 dalam ranking dunia untuk kategori beregu lelaki.

Pencapaian Aaron Chia

Sebagai pemain badminton beregu, Aaron Chia telah berjaya mendapat pelbagai anugerah dan pingat dalam arena sukan badminton tanah air. Berikut adalah antaranya:

Penghargaan:

  • Bintang Cemerlang Melaka (BCM) 2021
  • Kesatria Mahkota Wilayah (KMW) 2022

Pencapaian:

PertandinganKeputusanTahunAcaraTempat
Sukan Asia TenggaraEmas2019Beregu LelakiFilipina
Sukan Asia TenggaraPerak2019Pasukan LelakiFilipina
Kejohanan Berpasukan AsiaEmas2020Pasukan LelakiSelangor
Kejohanan Berpasukan AsiaPerak2022Pasukan LelakiFilipina
Kejohanan AsiaPerak2022Beregu LelakiFilipina
Sukan AsiaGangsa2022Beregu LelakiChina
Sukan KomanwelEmas2022Pasukan CampuranEngland
Sukan KomanwelGangsa2022Beregu LelakiEngland
Piala SudirmanGangsa2021Pasukan CampuranFinland
Piala SudirmanGangsa2023Pasukan CampuranChina
Kejohanan DuniaEmas2022Beregu LelakiJepun
Kejohanan DuniaGangsa2023Beregu LelakiDenmark
Sukan OlimpikGangsa2020Beregu LelakiJepun
Terbuka DenmarkEmas2023Beregu LelakiEngland

Fakta Menarik Mengenai Aaron Chia

  • Mempunyai kebolehan bertutur dalam empat bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Kantonis.
  • Pernah dilantik untuk menjadi duta beberapa jenama popular seperti 100Plus, Haier dan Platinum Victory.
  • Pernah mencapai status No.2 dunia dalam sukan badminton beregu.

Tahniah Aaron Chia! Semoga kejayaan dan pencapaian cemerlang anda menjadi inspirasi buat anak-anak muda diluar sana yang minat untuk memajukan sukan badminton tanah air.

Sumber:

  1. Instagram @aaronchiatengfong
  2. Aaron Chia. BWF World Tour Final
Bantu kami share artikel ini: