Biodata Syamsul Yusof, Pengarah Terbaik Asia Pasifik

Penangan Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof pada 2022 masih terasa sehingga kini memberi bahang semangat patriotik dalam diri seluruh rakyat Malaysia.

Walaupun sudah dua tahun ianya berlalu, filem ini masih kekal di tangga pertama sebagai filem box-office Melayu pertama untuk mencapai kutipan tertinggi iaitu sebanyak RM 97 juta.

Apakah rahsianya? Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Syamsul Yusof.

Baca juga:

Latar Belakang

syamsul yusuf
Kredit Instagram @syamsulyusuffilm
NamaMohd Syamsul bin Mohd Yusof
Nama PanggilanSyamsul Yusof
Tarikh Lahir21 Mei 1984
Tempat LahirKuala Lumpur
PendidikanPenyiaran dan Kewartawanan di Akademi TV3 / Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)
PekerjaanPengarah, Pelakon, Penyanyi, Penerbit dan Penulis Skrip
Ketinggian182 cm
Akaun Media SosialInstagram @syamsulyusuffilm

Kehidupan Peribadi

Syamsul Yusof mendirikan rumah tangga dengan pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin pada 8 Mac 2014.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Syaikul Islam dan Sumayyah.

Syamsul kemudian bernikah buat kali kedua dengan anak kepada pelakon Kazar Saisi iaitu Ira Kazar pada

Namun bahtera rumah tangga yang dibina 9 tahun bersama Puteri Sarah itu akhirnya terlerai apabila mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

syamsul yusuf
Kredit Instagram @syamsulyusuffilm
syamsul yusuf
Kredit Instagram @syamsulyusuffilm
syamsul yusuf
Kredit Instagram @syamsulyusuffilm

Kerjaya & Profesional

Darah seni Syamsul mengalir dari bapanya iaitu sutradara Dato Yusof Haslam.

Sebagai anak kedua dari empat adik-beradik, beliau sudah semestinya mempunyai tanggungjawab untuk mengemudi syarikat penerbitan bapanya iaitu Skop Productions Sdn Bhd suatu hari nanti.

Syamsul bermula sebagai pelakon kanak-kanak dengan memegang watak budak kecil dalam filem Maria Mariana 2 arahan bapanya sendiri.

Lima tahun kemudian, beliau menjadi pelakon dan pengarah dalam beberapa siri TV di RTM dan TV3 seperti Gerak Khas, Sembilu Kasih, Airmata Maria, Tragedi Oktober dan beberapa telefilem sebelum aktif mengarah filem pada tahun 2007.

Antara filem yang pernah diarahkannya adalah seperti Aku Bukan Tomboy, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi KL Drift, Evolusi KL Drift 2, Jalan Kembali: Bohsia 2, Khurafat, KL Gangster, KL Gangster 2, Munafik, Munafik 2, dan Mat Kilau.

Beliau juga merakamkan beberapa buah lagu seperti Jangan Langsi, Satu Kalimah, Kalah Dalam Menang (duet bersama Mawi), Bukan Propaganda (bersama Mawi), Senorita (bersama Dato AC Mizal dan Shuib Sepahtu), Selamat Tinggal Masa (bersama Blackk Hanifah), dan Menangislah (bersama Mawi).

Pencapaian Syamsul Yusof

Sebagai anak seni yang sudah hampir 20 tahun dalam dunia perfileman, Syamsul sudah menerima pelbagai anugerah dan pencapaian.

Berikut adalah merupakan beberapa pencapaian yang diterima beliau untuk karya seni yang dihasilkannya:

Anugerah:

AnugerahTahunKategoriPenerima / Karya
Festival Filem Malaysia ke-212008Keberkesanan Aksi Lasak Di Layar PerakSyamsul Yusof, Evolusi KL Drift
Anugerah Skrin 2010Lakon Layar Filem TerbaikSyamsul Yusof, Evolusi KL Drift 2
Festival Filem Malaysia ke-232010Pengarah TerbaikSyamsul Yusof, Evolusi KL Drift
Festival Filem Malaysia ke-232010Penyuntingan TerbaikEvolusi KL Drift 2
Festival Filem Malaysia ke-242011Pengarah TerbaikKL Gangster
Festival Filem Malaysia ke-242011Penyuntingan TerbaikSyamsul Yusof, KL Gangster
Anugerah Blokbuster 2012Anugerah Tuan Direktor TerhebatSyamsul Yusof
Anugerah Blokbuster 2012Anugerah Khas PFMSyamsul Yusof
Anugerah Blokbuster 2012Anugerah Filem Takut TerhebatKhurafat: Perjanjian Syaitan
Anugerah Blokbuster 2012Anugerah Filem TerhebatKL Gangster
Anugerah Blokbuster 2013Tuan Direktor TerhebatSyamsul Yusof, Jalan Kembali: Bohsia 2
Festival Filem Malaysia ke-262013Sinematografi TerbaikSyamsul Yusof, Hisham Jupri, KL Gangster 2
Festival Filem Malaysia ke-262013Penataan Bunyi TerbaikSyamsul Yusof, Hisham Jupri, KL Gangster 2
Festival Filem Malaysia ke-282016Pengarah TerbaikSyamsul Yusof, Munafik
Festival Filem Malaysia ke-282016Filem Terbaik Bahasa KebangsaanMunafik
Festival Filem Asia Pasifik ke-572017Pengarah TerbaikMunafik

Fakta Menarik Mengenai Syamsul Yusof

  • Mula berlakon sebagai seorang kanak-kanak yang memegang bunga manggar dalam filem Maria Mariana 2 (1998).
  • Sepupu kepada pelakon Sabrina Ali dan Rizal Ashreff, juga pelakon sinetron Indonesia, Miller Khan dan Aliff Alli.
  • Menjadi pengarah termuda yang memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 dalam kategori Pengarah Terbaik.
  • Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon Malaysia yang meraih pengiktirafan di peringkat globa
  • Filem-filem arahan beliau banyak yang berjaya mencatat kutipan box office.
  • Bakal muncul dengan filem terbarunya akan datang iaitu “The Origin Gangster”.

Tahniah Syamsul Yusof! Semoga kejayaan dan pencapaian cemerlang anda menjadi inspirasi buat anak-anak muda diluar sana yang minat untuk menceburi bidang seni lakon dan pengarahan.

Sumber:

  1. Instagram @syamsulyusuffilm
  2. Pengarah Termahal Malaysia. Harian Metro
  3. Syamsul Dinobat Pengarah Terbaik FFAP. Berita Harian
Bantu kami share artikel ini: