Biodata Lee Chong Wei, Pemain Badminton No.1 Dunia

Lagenda badminton Malaysia, Lee Chong Wei dianggap sebagai pemain badminton terhebat sepanjang zaman.

Kemahiran, ketangkasan, dan semangat kesukanan yang luar biasa telah mendapat tempat yang istimewa di hati peminat badminton di seluruh dunia khususnya rakyat Malaysia.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Lee Chong Wei.

Baca juga:

Latar Belakang

Lee Chong Wei
Kredit X @LeeChongWei
NamaLee Chong Wei
Nama PanggilanDatuk Wira Lee Chong Wei
Tarikh Lahir21 Oktober 1982
Tempat LahirBukit Mertajam, Pulau Pinang
Tahun Bersara13 Jun 2019
Pekerjaan Atlet badminton
Tangan UtamaKanan
Ketinggian172 cm
Berat Badan68 kg
Akaun Media SosialInstagram @leechongweiofficial
Facebook @leechongweiofficial
TikTok @leechongweiofficial
X @leechongwei

Kehidupan Peribadi

Kredit Instagram @leechongweiofficial

Lee Chong Wei telah berkahwin dengan teman lama sekaligus rakan sepasukannya iaitu Wong Mew Choo pada 15 Disember 2012.

Mew Choo adalah seorang pemain badminton wanita negara. Beliau pernah menjuarai acara badminton perseorangan wanita pada Sukan Asia Tenggara 2003 menewaskan Li Li dari Singapura.

Pasangan ini dikurniakan 3 tiga orang hero iaitu Kingston Lee (11 tahun), Terrance Lee (9 tahun), dan Anson (lahir pada tahun 2022).

Kerjaya & Profesional

Lee Chong Wei
Kredit Instagram @leechongweiofficial

Lee Chong Wei gemar bermain bola keranjang. Namun minat kepada sukan badminton mula tumbuh apabila bapanya suka membawanya ke gelanggang badminton.

Kemahiran yang ditunjukkan oleh Chong Wei telah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan, sehingga jurulatih tersebut meminta izin bapa Chong Wei agar dijadikan anak didiknya.

Setelah mendapat restu bapanya, maka jurulatih itu mula melatih Chong Wei selepas waktu sekolah.

Bakatnya mula dikesan oleh Misbun Sidek, dan barulah beliau menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun.

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang badminton pada tahun 2000 di Kyoto dengan menyertai Kejohanan Badminton Remaja Asia.

Banyak pingat kejayaan telah beliau sumbang kepada negara termasuklah dalam Sukan Komanwel, Sukan Asia, Kejohanan Dunia, Piala Thomas, Sukan Olimpik, Piala Sudirman, dan pelbagai lagi.

Seterunya dalam gelanggang ini adalah Lin Dan, dari China. Mereka bertemu sesama sendiri sebanyak 40 kali dengan kelebihan diraih lawannya itu dengan rekod 28-12.

Perlawanan akhir Sukan Olimpik 2008 dan 2012 adalah di antara saat yang sentiasa dikenang kedua-dua pemain berkenaan.

Chong Wei dan Lin Dan telah dimasyhurkan dalam Badminton Hall of FAM BWF atas kejayaan dan sumbangan mereka terhadap sukan badminton dan muncul sebagai perseorangan lelaki paling dominan ketika era kegemilangan mereka.

Lee Chong Wei
Kredit Instagram @leechongweiofficial

Penguasaan Chong Wei dan Lin Dan dalam arena badminton menyaksikan mereka bertandingan semasa sendiri dalam lima perlawanan akhir di temasya Sukan Olimpik dan 10 Kejohanan Dunia.

Selepas 19 tahun beraksi di gelangang badminton dan mengharumkan nama negara, Chong Wei telah bersara pada tahun 2019.

Sebuah biografi bertajuk “Lee Chong Wei: Rise of the Legend” & autobiografi “Dare to be a Champion” telah dibuat berdasarkan perjalanan Chong Wei.

Pencapaian Lee Chong Wei

Lee Chong Wei telah mengukir legasi yang luar biasa dalam dunia sukan. Sebagai salah satu pemain badminton terhebat dalam sejarah, beliau telah mengumpul pelbagai pujian dan pencapaian sepanjang kerjayanya yang cemerlang.

Berikut adalah merupakan beberapa pencapaian oleh Lee Chong Wei sepanjang menjadi pemain badminton:

Anugerah:

  • Olahragawan Negara 2005
  • Olahragawan Pulau Pinang 2005
  • Olahragawan Pulau Pinang 2007
  • Olympian Lelaki Malaysia 2008
  • Pemain Terbaik 2008
  • Olahragawan Negara 2008
  • Pemenang anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) 2009
  • Olahragawan Pulau Pinang 2008
  • Pemain Terbaik BWF 2011
  • Anugerah Ikon Paling Popular di TV oleh RTM 2013
  • Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan (Universiti Sains Malaysia) 2021

Penghargaan:

  • Darjah Bakti (DB)
  • Panglima Jasa Negara (PJN) – Datuk
  • Ahli Mangku Negara (AMN)
  • Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) – Datuk Wira
  • Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) – Datuk
  • Jaksa Pendamai – Sabah

Pencapaian:

PertandinganBilangan MenangTahun
Malaysia Open Champion12 kali2004-2006, 2008-2014, 2016, 2018
YONEX All England Open Champion4 kali2010, 2011, 2014, 2017
BWF World Super Series Finalas Champion4 kali2008-2010, 2013
Asia Champions Gold Medalist2 kali2006, 2016
YONEX French Open Champion3 kali2007, 2011, 2015
French Open Champion3 kali2007, 2011, 2015
Macau Open Champion2 kali2009, 2010
Korea Open Champion 3 kali2010, 2012, 2013
BCA Indonesia Open Champion1 kali2016
Thaihot China Open Champion1 kali2015
London Olympic Games Silver Medalist1 kali2012
YONEX-SUNRISE BWF Super Series Masters Finals Champion1 kali2009
Singapore Open Champion1 kali2008
Commonwealth Games Gold Medalist3 kali2006, 2010, 2018
YONEX Open Japan Champion6 kali2007, 2010, 2012-2014, 2016
BWF World Championships Silver Medalist 2 kali2013, 2015
YONEX-SUNRISE Hong Kong Open Champion 5 kali2009, 2010, 2013, 2015, 2017
Djarum Indonesia Open Champion 5 kali2007, 2009-2011, 2013
Wilson Swiss Champion2 kali2006, 2009
YONEX-SUNRISE India Open Champion 3 kali2011, 2013, 2014
Rio Olympic Games Silver Medalist1 kali2016
Victor Far East Malaysia Masters Champion1 kali2016
YONEX Canada Open Champion1 kali2015
YONEX Denmark Open Champion1 kali2012
Beijing Olympic Games Silver Medalist1 kali2008
Kredit Badminton Talk

Fakta Menarik Mengenai Lee Chong Wei

  • Seorang pemain bola keranjang yang berbakat sebelum mula bermain badminton kerana beliau lebih pendek daripada pemain lain dalam pasukannya.
  • Misbun Sidek adalah jurulatih badminton yang menemui bakat Lee Chong Wei dan membantunya berkembang menjadi salah seorang pemain badminton terbaik di dunia.
  • Menduduki ranking nombor satu dunia selama 319 minggu, kedua terpanjang dalam sejarah.
  • Menjadi contoh dan inspirasi kepada ramai pemain badminton muda di seluruh dunia.
  • Duta kepada jenama untuk beberapa syarikat termasuk Yonex, Li Ning dan AirAsia.
  • Disahkan menghidap barah hidung pada 2018 tetapi berjaya menjalani pembedahan dan kembali bertanding badminton.
  • Beliau adalah satu-satunya pemain badminton Malaysia yang memenangi Kejohanan Dunia. 
  • Beliau telah mewakili Malaysia di Sukan Olimpik tiga kali, memenangi pingat perak pada 2008 dan 2012. 
  • Dia telah memenangi 69 gelaran individu, termasuk 12 gelaran Siri Super.

Tahniah Lee Chong Wei! Semoga kejayaan dan pencapaian cemerlang anda menjadi inspirasi buat anak-anak muda diluar sana yang minat untuk memajukan sukan badminton tanah air.

Sumber:

  1. Instagram @leechongweiofficial
  2. Astounding Facts About Lee Chong Wei. Facts
  3. Lee Chong Wei. Olympic Council of Malaysia
Bantu kami share artikel ini: