AEON Credit Service: Semakan Baki Pinjaman Secara Online dan SMS

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

AEON merupakan antara satu daripada syarikat popular yang menyediakan servis pinjaman kredit kepada semua rakyat Malaysi dan tawaran pinjaman kredit ini dikendalikan oleh syarikat AEON Credit Service (M) Sdn. Bhd.

Permohonan untuk membuat bayaran menggunakan kredit daripada AEON begitu mudah dan pantas. Malah, banyak syarikat kini menawarkan pembayaran melalui pinjaman kredit AEON untuk membeli barangan elektrik, motorsikal dan sebagainya.

Dengan visi untuk menjadi peneraju penyedia perkhidmatan kewangan pengguna, Aeon Credit terus berinovasi dan menawarkan produk serta perkhidmatan yang relevan dengan keperluan semasa.

Melalui platform digital dan rangkaian cawangan yang luas, mereka berusaha untuk menjadikan akses kepada pembiayaan lebih mudah dan cepat.

Servis AEON Credit

AEON Credit Service

AEON Credit Service menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan yang fleksibel dan mudah diakses:

1. Pembiayaan Peribadi

Produk ini direka untuk membantu pelanggan mendapatkan dana tunai bagi pelbagai keperluan seperti pembelian barangan, pendidikan, atau kecemasan.

Pinjaman ini tidak memerlukan penjamin dan boleh dimohon oleh individu yang berpendapatan tetap.

2. Kad Kredit AEON

AEON Credit menyediakan pelbagai pilihan kad kredit termasuk AEON Classic, Gold, dan Platinum Visa/MasterCard.

Setiap kad menawarkan ganjaran seperti pulangan tunai (cashback) sehingga 10% di AEON BiG dan AEON Retail, serta mata ganjaran AEON Points yang boleh ditebus untuk pelbagai barangan dan perkhidmatan.

3. Pembiayaan Kenderaan dan Motosikal

AEON Credit juga menyediakan pembiayaan untuk pembelian kenderaan baru dan terpakai, termasuk motosikal.

Proses permohonan adalah mudah dengan kadar faedah yang kompetitif.

4. Kad Prabayar AEON Member Plus

Kad prabayar ini membolehkan pengguna membuat transaksi tanpa tunai dan menikmati pelbagai diskaun serta promosi eksklusif di rangkaian AEON.

Kad ini juga boleh digunakan untuk pembayaran bil dan tambah nilai secara dalam talian.

Artikel berkaitan: AEON Bank: Cara Buka Akaun, Servis / Perkhidmatan, Login

Syarat Kelayakan Permohonan

bercuti dengan aeon credit service

Syarat kelayakan untuk memohon perkhidmatan AEON Credit Service berbeza-beza bergantung kepada jenis produk yang dipohon. Namun, secara umum, pemohon perlu memenuhi kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia atau pemegang pas kerja yang sah.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Mempunyai pendapatan tetap yang mencukupi.
  • Dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, slip gaji terkini, dan penyata bank mungkin diperlukan.

Untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai syarat kelayakan bagi setiap produk, adalah disarankan untuk merujuk kepada laman web rasmi Aeon Credit atau menghubungi mereka secara langsung.

Informasi terkini di Facebook juga kadangkala memberikan pautan terus ke halaman syarat kelayakan untuk promosi tertentu.

Aplikasi AEON Wallet

aplikasi aeon wallet

AEON Wallet App ialah aplikasi mudah alih rasmi daripada AEON Credit Service yang membolehkan pengguna menguruskan akaun dan transaksi secara digital dengan mudah dan selamat.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menyemak baki pinjaman, membuat bayaran, memohon pembiayaan, serta mengakses e-penyata dan maklumat kad kredit.

Ia juga menawarkan ciri tambah nilai e-wallet dan promosi eksklusif kepada pengguna berdaftar. AEON Wallet tersedia di Google Play dan Apple App Store, dan direka dengan antara muka mesra pengguna bagi memastikan pengalaman penggunaan yang lancar dan efisien untuk semua pelanggan AEON.

Cara Semak Baki Pinjaman AEON Credit Secara Online

Untuk makluman, semakan maklumat akaun boleh dibuat dengan daftar masuk ke laman web AEON Credit Service di https://login.myaeoncredit.com.my/ 

Bagi membolehkan anda membuat semakan baki pinjaman AEON Credit secara online, anda perlulah mendaftar akaun terlebih dahulu di laman web rasmi AEON.

  • Layari laman rassmi AEON Credit
  • Pada Menu, klik pautan “Register”
  • Sekiranya sudah mempunyai akaun, kli pada “Login”

Semasa mendaftar akaun, anda hendaklah memasukkan nombor kad pengenalan anda yang betul.

Setelah selesai mendaftar akaun di laman web AEON Credit, anda boleh login ke akaun dan melihat baki pinjaman kredit yang perlu dijelaskan mengikut jadual pembayaran semula yang telah dipersetujui.

Cara Semak Baki Pinjaman AEON Credit Melalui SMS

Pihak AEON Credit Service juga menyediakan perkhidmatan menyemak baki pinjaman AEON Credit anda melalui perkhidmatan SMS. Kemudahan ini boleh digunakan bagi anda yang tidak mempunyai capaian internet yang baik.

Anda boleh menyemak baki akaun melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di pautan: https://myaeoncredit.com.my/sms-enquiries/ atau log masuk ke portal laman web Aeon Credit.

Perkhidmatan SMS ini juga tertakluk kepada caj SMS yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan SMS anda. Untuk menyemak baki pinjaman AEON Credit, sila ikuti langkah berikut:

  1. Buka aplikasi penghantaran mesej di telefon mudah alih
  2. Di ruangan nombor, taip 62033
  3. Di ruangan menulis mesej, taip AEON diikuti dengan dengan Nombor Kod dan 4 digit terakhir No. IC anda.

Nombor kod:

  • CCSTS – Status permohonan
  • CCBAL – Tunggakan baki
  • CCMIN – Amaun bayaran minima
  • CCACA – Had kredit
  • CCACT – Pengaktifan kad kredit

Contoh: AEON CCSTS 1234

Bayaran semula pinjaman / pembiayaan

Apabila membuat pembayaran melalui AEON Credit Service, maka anda tertakluk dengan jadual pembayaran semula yang telah dipersetujui dengan pihak AEON.

Bagi memastikan skor kredit sentiasa bagus, pastikan bayaran semula pinjaman dilakukan mengikut waktunya.

Pembayaran semula pinjaman AEON boleh dilakukan melalui pelbagai cara antaranya

  • Cash Deposit Machine (CDM)
  • Cheque Deposit Machine
  • ATM
  • Perbankan internet

Bagi memastikan anda tidak terlepas bayaran semula pinjaman AEON credit, anda boleh membuat semakan bayaran semula baki pinjaman secara online atau melalui perkhidmatan mesej pesanan ringkas (SMS).

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, pertanyaan ataupun kemusykilan, bahagian khidatm pelanggan AEON Credit Service boleh dihubungi di talian 03-27199999.

Facebook: AEON Credit Service (M) Bhd

Aeon Credit Service terus menawarkan kemudahan pembiayaan yang fleksibel dan mudah diakses oleh rakyat Malaysia.

Dengan proses digital yang pantas dan pelbagai pilihan produk, ia menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari penyelesaian kewangan yang berpatutan.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Artikel berkaitan: