Skim Pinjaman Komputer & Telefon Pintar Kerajaan (Penjawat Awam)

SKIM PINJAMAN KOMPUTER KERAJAAN (SEKTOR AWAM)

Tahukah anda, setiap penjawat awam boleh memohon Kemudahan Pembiayaan Komputer Dan Telefon Pintar (Smartphones) bagi memenuhi keperluan diri atau keluarga.

Pegawai Perkhidmatan Awam yang sedang berkhidmat, dilantik secara tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan layak memohon pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan ini.

Di sini diterangkan maklumat lebih lanjut tentang Skim Pinjaman Komputer dan Telefon Pintar Penjawat awam untuk makluman bersama.

Apakah Skim Pinjaman Komputer & Telefon Pintar Kerajaan?

Pembelian komputer adalah pembelian komputer baharu termasuk perkakasan dan perisiannya.

Begitu juga dengan Pembelian telefon pintar (Smartphones) yang dibenarkan adalah pembelian telefon pintar (Smartphones) baharu termasuk perkakasan tambahan.

Pegawai Perkhidmatan Awam yang sedang berkhidmat, dilantik secara tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan layak memohon pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan ini.

Syarat-syarat

Apakah syarat asas bagi melayakkan pegawai sektor awam membuat pinjaman komputer dan telefon pintar (smartphones)?

  • Jumlah ansuran potongan bulanan tidak melebihi 1/3 dari gaji pokok
  • Jumlah potongan termasuk potongan bagi pembiayaan komputer tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok dan elaun bulanan

Had kelayakan Maksimum Skim Pinjaman Komputer Kerajaan

Berapakah had kelayakan maksimum bagi pinjaman komputer dan telefon pintar (smartphones)?

Amaun pembiayaan maksimum adalah sebanyak RM5,000.00 dan akan dikira kepada angka ratusan ringgit yang kurang.

Misalnya, harga komputer :-

a. Jika RM4,888 – pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM4,800.

b. Jika RM5,199 – pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM5,000.

Tempoh Bayaran Balik Skim Pinjaman Komputer Kerajaan

Berapa lamakah tempoh bayaran balik maksima yang dibenarkan?

Tempoh bayaran balik maksima yang dibenarkan adalah 48 bulan.

Baca juga: SPPNK: Tawaran Pinjaman Pendidikan Negeri Kedah 2021

Pinjaman Kali Kedua & Seterusnya

Bolehkah pegawai membuat pinjaman komputer dan telefon pintar (smartphones) kali kedua?

Boleh, dibenarkan membuat pinjaman komputer setiap tiga (3) tahun sekali. Permohonan baru hanya boleh diluluskan selepas tiga (3) tahun dikira mulai tarikh kelulusan sebelumnya dengan syarat pinjaman sedia ada telah diselesaikan.
(SPP 10/2009 berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010)

Cara Pembayaran Balik Skim Pinjaman Komputer Kerajaan

Pembayaran pinjaman dibuat dengan potongan gaji.

Pemberhentian potongan gaji adalah secara automatik mengikut tempoh perjanjian.

Sekiranya potongan gaji peminjam masih berjalan selepas tamat tempoh pinjaman, peminjam perlu memaklumkan kepada Bahagian Akaun Kementerian peminjam untuk tindakan pemberhentian potongan gaji.

Setelah pemberhentian berjaya dilakukan, peminjam perlu mengemukakan salinan slip gaji potongan terlebih potong dan slip gaji terkini kepada Bahagian Kewangan untuk tujuan pulangan balik bayaran pinjaman.

Caa Membuat Penyelesaian Awal

Berikut adalah prosedur untuk membuat penyelesaian awal baki pinjaman komputer:

i. Peminjam perlu mendapatkan surat pengesahan baki pinjaman melalui proses pertanyaan baki untuk penyelesaian sekaligus/ tamat potongan samada melalui :

a) Bahagian Akaun Kementerian peminjam
b) Secara online di SEMAKAN PERTANYAAN BAKI PINJAMAN

ii. Peminjam perlu membuat pembayaran mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian.

iii. Peminjam perlu mengemukakan salinan bukti pembayaran kepada Bahagian Kewangan/Akaun untuk tujuan pemberhentian potongan gaji.

Baca juga: Jadual Gaji Penjawat Awam 2021 (Satu Tarikh Gaji Untuk Semua Negeri)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 9.1.1 PDF di bawah:

Sumber: MyGovernment

Bantu kami share artikel ini: