Karangan Respons Terhad: Tips & Contoh Karangan

Untuk pelajar sekolah menengah, para pelajar perlu menguasai salah satu bentuk karangan iaitu Karangan Respons Terhad.

Berikut adalah takrifan mengenai karangan ini dan tips penulisan.

Takrifan Karangan Respons Terhad

Karangan Respons Terhad secara umumnya bermaksud bermaksud pelajar perlu merangka sebuah karangan yang pendek dan ringkas berdasarkan soalan.

Ini bermakna, karangan ini adalah panjangnya sekitar 50 patah perkataan sehingga 80 patah perkataan.

Tips Penulisan Karangan

Tips penulisan karangan ini adalah seperti berikut:

  • Peruntukan masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 15 minit.
  • Ikut urutan isi seperti yang disenaraikan dalam kertas soalan supaya tidak menyusahkan pemeriksa kertas.
  • Tidak perlu memasukkan keterangan yang diulang.
  • Tulis pendahuluan dan penutup (yang pendek) untuk soalan.
  • Gunakan semua isi yang diberikan.
  • Pastikan karangan yang ditulis untuk bahagian ini ringkas dan pendek.
  • Panjang karangan anda hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan sahaja, bermakna pelajar tidak boleh menulis melebihi 80 patah perkataan.
  • Kira jumlah perkataan dengan betul.

Contoh Karangan

Contoh karangan boleh dilihat menerusi di bawah:

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan:

Menabung-amalan mulia-digunakan semasa kecemasan-membayar kos perubatan-berjimat-cermat- tidak boros berbelanja- kurangkan beban ibu bapa- bayar yuran- perlu praktikkan

i) Pendahuluan

  • Menabung merupakan salah satu amalan yang baik dan mulia untuk diamalkan.

ii) Isi Penting

  • Dapat digunakan semasa kecemasan
    -Dapat digunakan untuk membayar kos perubatan.
  • Berjimat-cermat.
    – Tidak boros berbelanja.
    – Membeli barangan keperluan sahaja.
  • Mengurangkan beban ibu bapa
    – Bayar yuran sekolah mahupun tuisyen dengan wang tabung.

iii) Penutup

Amalan menabung wajar dipraktikkan oleh semua orang terutamanya generasi muda.

Contoh Karangan Penuh

Contoh karangan penuh adalah seperti berikut:

Menabung merupakan salah satu amalan yang baik dan mulia untuk diamalkan. Antara kebaikan menabung ialah dapat digunakan semasa kecemasan. Contohnya, wang tabungan dapat digunakan untuk membayar kos perubatan. Selain itu, amalan menabung mengajar kita untuk berjimat-cermat. Kita seharusnya tidak boros berbelanja dan membeli barangan keperluan sahaja. Amalan menabung membantu kita mengurangkan beban ibu bapa. Kita boleh membayar yuran sekolah mahupun tuisyen dengan wang tabungan. Kesimpulannya, amalan menabung wajar dipraktikkan oleh semua orang terutamanya generasi muda.

Bantu kami share artikel ini: