PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT MUDA MARA @ YOUNG TALENT DEVELOPMENT PROGRAMME (YTP) 2025.
Permohonan Young Talent Development Programme (YTP) dibuka kepada pelajar cemerlang SPM 2024 untuk melanjutkan pengajian tinggi bermula peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.
Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang ditetapkan.
Berikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan dan cara semakan permohonan.
Apakah Young Talent Development Programme @ YTP MARA?
Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2024 bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar negara.
Ujian psikometrik secara atas talian dijalankan semasa pemohon mengisi permohonan Program YTP MARA.
Pastikan pemohon telah menduduki ujian psikometrik tersebut sebelum menghantar permohonan.
SYARAT UMUM
- Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
- Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
- Lulus pemeriksaan kesihatan.
SYARAT KHUSUS
- Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2024.
- Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan di bawah:
Garis Panduan Permohonan, Syarat Kelayakan & Maklumat Program Pengajian
Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.
Jumlah Pinjaman Yang Akan Diterima
- Pinjaman pelajaran di peringkat persediaan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan.
- Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung.
- Pinjaman pelajaran akan diteruskan sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Tarikh Permohonan YTP MARA 2025
Permohonan dibuka bermula 28 April (Isnin) 10.00 pagi hingga 9 Mei 2025 (Jumaat) jam 3.00 petang.
Sila layari pautan di bawah untuk permohonan YTP 2025 : https://educationloan.mara.gov.my/
Cara Permohonan
- Layari Portal MARA https://educationloan.mara.gov.my/
- Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan.
- Pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.
- Pemohon dikehendaki melengkapkan maklumat permohonan seperti berikut:
- i. Maklumat peribadi dan keluarga
- ii. Cadangan Pengajian
- iii. Ujian Psikometrik
- iv. Perakuan keterangan
NOTA:
Senarai kursus, bidang dan Institusi Pengajian Tinggi terpilih yang ditetapkan oleh pihak MARA boleh dirujuk di dalam syarat kelayakan program yang diletakkan di Portal MARA.
Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini pilihan kursus dalam tempoh ditetapkan setelah keputusan peperiksaan SPM diumumkan.
Semakan Keputusan YTP MARA 2025
Pemohon perlu sentiasa menyemak status permohonan yang telah dihantar dari semasa ke semasa di e-mel pemohon yang telah didaftar di sistem MyEduloan.
Pemohon yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas 90 hari daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila rujuk pautan yang disediakan atau emelkan kepada [email protected]
- Garis Panduan Permohonan
- Syarat Kelayakan Program
- Soalan Lazim
- Panduan Permohonan
- Manual Pengguna Sistem
Baca juga: Institut Kemahiran MARA : Senarai Lokasi IKM, Kursus, Syarat & Permohonan