Lupa Kata Laluan ASB & Cara Aktifkan Semula Akaun Online

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Lupa Kata Laluan ASB & Cara Aktifkan Semula Akaun Online

Cara aktifkan semula akaun ASB (myASNB) kini boleh dibuat melalui atas talian iaitu online.

Akaun myASNB akan menjadi dorman jika tidak log masuk dalam tempoh yang lama.

Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kesukaran untuk menghubungi talian perkhidmatan pelanggan kerana trafik yang tinggi dan tidak dapat membuat panggilan dalam tempoh waktu bekerja.

Maka untuk memudahkan urusan pelanggan, anda kini boleh mengaktifkannya semula melalui e-mel.

Apakah myASNB?

Bagi yang belum familiar dengan ASB, myASNB adalah sebuah portal dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

Dengan memiliki akaun myASNB secara online, maka pengguna tak perlulah beratur untuk membuat simpanan pelaburan atau pengeluaran lagi.

Tapi jika ia dah lama tak digunakan, akaun tersebut akan menjadi dorman (tidak aktif) dan tidak boleh diakses secara online.

Bagi yang dah lama tak login, anda juga mungkin dah lupa username dan password.

Jadi, anda bolehlah mengikuti cara untuk kemaskini kata laluan dan aktifkan semula akaun myASNB seperti langkah di bawah ini:

Lupa Kata Laluan ASB & Cara Kemaskini Password Baru

Dah tiba masanya untuk aktifkan semula akaun myASNB. Kalau terlupa kata laluan ikut je 5 langkah mudah ni! Tak perlu tunggu lama, jom buat sekarang.

  1. Klik “Lupa ID Pengguna”.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
  3. Mohon dan masukkan SMS OTP.
  4. Sahkan akaun anda melalui emel atau jawab soalan keselamatan.
  5. ID pengguna akan dipaparkan.

Jika anda mengalami kesulitan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan melalui [email protected]

Cara Aktifkan myASNB Secure – Pengguna Baharu Aplikasi myASNB

myASNB Secure adalah fungsi keselamatan baharu yang lebih selamat dan mudah untuk pengesahan transaksi di portal dan aplikasi myASNB menggunakan Pengesahan Multi Faktor.

Ia memadankan peranti mudah alih (telefon pintar/tablet) dengan akaun myASNB anda. Dengan myASNB Secure, transaksi diluluskan melalui Pengesahan Terus dan Secure TAC (nombor 6 digit yang dijana di aplikasi myASNB).

Ciri ini adalah alternatif kepada pengesahan SMS TAC sedia ada.

Rujuk video di bawah untuk mengetahui langkah mengaktifkan akaun myASNB Secure anda:

Cara Aktifkan Semula Akaun ASB Secara Online (Akaun myASNB Dorman)

Selain hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB atau ke Cawangan ASNB, kini anda boleh emel maklumat peribadi anda untuk aktifkan semula akaun myASNB.

Langkah untuk aktifkan secara online:

  1. Sediakan dokumen pengesahan diri
    • Gambar swafoto bersama MyKad
    • Gambar atau salinan MyKad
    • Salah satu dokumen sokongan: Lesen memandu bergambar, Pasport, Penyata bank persendirian, Bil utiliti elektrik, air telefon dan sebagainya.
  2. Emel ke 𝗺𝘆𝗮𝘀𝗻𝗯𝗶𝗱@𝗽𝗻𝗯.𝗰𝗼𝗺.𝗺𝘆
Lupa Kata Laluan ASB & Cara Aktifkan Semula Akaun Online

Bagi anda yang belum mempunyai akaun ASB online, sila daftarkan terlebih dahulu dengan mengikuti langkah berikut: MyASNB: Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen

Cara Buka Akaun ASB Online

Tak perlu ke kaunter untuk buka akaun!

Daftar sekarang dengan aplikasi myASNB untuk proses pendaftaran yang pantas dan mudah. Nikmati kemudahan akses kepada pelbagai unit amanah pada bila-bila masa dan di mana jua.

Oh ya, kini anda juga boleh membuka akaun dengan aplikasi Touch N’ Go!

Lupa Kata Laluan ASB & Cara Aktifkan Semula Akaun Online

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang masalah berkaitan myASNB, anda boleh melayari laman web https://www.myasnb.com.my/ ATAU menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899.

Bagi pengguna yang ingin kerapkali menyemak dan mengemaskini akaun ASB online, kini anda juga boleh menggunakan Apps myASNB oleh Permodalan Nasional Berhad dengan lebih cepat secara percuma.

Aplikasi ini boleh didapati melalui pautan berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut