PBAKL 2024 : Peta Lokasi, Senarai Reruai, Waktu & Tarikh Acara

PBAKL 2024 : Peta Lokasi, Senarai Reruai, Waktu & Tarikh Acara

PBAKL 2024 KALI KE 41 KINI KEMBALI!

Jangan lupa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 akan menemui anda dari 24 Mei hingga 2 Jun di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur , mulai jam 10am – 10pm. PBAKL kali ini juga diadakan secara hibrid iaitu bersemuka dan dalam talian dalam usaha memartabatkan buku sebagai sumber ilmu pengetahuan.

Pesta Buku terbesar di Malaysia akhirnya kembali lagi untuk kali yang ke-41!

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) merupakan satu acara tahunan yang memperingatkan kita akan kasih dan cinta terhadap buku dan sastera.

Ia merupakan sebuah pesta buku terkemuka yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Sejak bermulanya pada tahun 1981, PBAKL telah menjadi salah satu acara yang dinanti-nantikan oleh para peminat buku dan pembaca tegar.

Dengan lebih dari 1.25 juta pengunjung setiap tahun, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur / KLIBF tahun ini bakal membawa lebih banyak kejutan dan aktiviti yang lebih menarik untuk disertai oleh semua peminat buku dari segenap usia!

Terokai dan alami semua keterujaan yang telah dirancang khas buat pengunjung PBAKL kali ini.

Tarikh & Waktu Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2024)

  • Tarikh : 24 Mei hingga 2 Jun 2024
  • Masa : 10 pagi hingga 10 malam

Surat Hebahan

SURAT HEBAHAN PBAKL 2024 KEPADA SEKOLAH

Kerjasama dimohon untuk memaklumkan kepada guru-guru dan murid-murid di sekolah bawah pentadbiran YBhg. Datu/Dr./tuan/puan bagi menggalakkan mereka mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024. Pihak sekolah dimohon untuk mengemukakan permohonan lawatan melalui Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukan kepada Urus Setia PBAKL2024 (MBKM) di talian telefon 03-8321 7011 atau melalui email [email protected].

Muat turun surat di bawah : https://klibf.my/v2/2024/04/09/surat-hebahan-pbakl2024-kepada-sekolah/

Tips / Peringatan Untuk Pengunjung PBAKL 2024

Adakah anda bakal hadir pertama kali di PBAKL?

Berikut dikongsikan tips dan peringatan untuk anda jika ini adalah pertama kali anda ke PBAKL:

  1. Senaraikan buku yang anda ingin beli.
  2. Dapatkan maklumat lokasi booth / reruai PBAKL yang anda ingin tuju. (Untuk melihat keseluruhan pelan lantai terkini, sila skrol ke atas.)
  3. Bawa beg yang sesuai.
  4. Pakai pakaian yang selesa.
  5. Sediakan air mineral dan kipas supaya tidak dehidrasi.
  6. Jangan lupa wang yang secukupnya.

Pastikan anda rancang pergerakan anda.

Selamat membeli belah!

Maklumat Lanjut

*Senarai reruai dan aturcara akan dikemaskini dalam masa terdekat.

Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila ikuti saluran berikut:

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!