Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Antarabangsa 2023 (MTHQA)

Alhamdulillah, MTHQA kali ke-63 pada tahun ini akan bermula pada 19 Ogos hingga 24 Ogos 2023 (Sabtu hingga Khamis) bertempat di World Trade Centre Kuala Lumpur dari jam 8.45 malam.

Orang ramai boleh hadir secara fizikal dan tempat adalah terhad.

Sebagaimana kita sedia maklum bahawa Malaysia saban tahun tidak pernah gagal untuk menganjurkan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa.

Malahan Malaysia pernah menerima pengiktirafan bagi kategori Penganjuran Program Al-Quran Terbaik 2016 oleh Kuwait International Prize Of Holy Quran.

Namun, semenjak pandemik Covid-19 melanda dunia, penganjuran MTHQA juga turut terjejas seketika demi untuk memelihara keselamatan dan mengawal penularan wabak tersebut.

Majlis Perasmian dan Pembukaan MTHQA Ke-63 ini akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri pada 19 Ogos 2023 (Sabtu) jam 8.45 malam.

Berikut dikongsikan serba serdikit tentang majlis ini.

Kategori / Penyertaan Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Antarabangsa 1445H / 2023

Seramai 76 orang peserta keseluruhannya dari 52 buah negara menyertai MTHQA Ke-63 kali ini dan akan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bertarannum.

Untuk makluman, kebiasaannya penganjuran MTHQA melibatkan dua (2) kategori iaitu pertandingan tilawah Al-Quran secara tartil dan pertandingan hafazan Al-Quran 30 juzuk.

Namun, penganjuran MTHQA pada kali ini hanya melibatkan kategori pertandingan tilawah Al-Quran sahaja.

Jawatankuasa Induk MTHQA Ke-63 telah sebulat suara bersetuju supaya peserta-peserta yang akan menyertai MTHQA perlu melalui sesi ujian saringan. 

Jawatankuasa Induk MTHQA Ke-63 telah sebulat suara bersetuju supaya peserta-peserta yang akan menyertai MTHQA perlu melalui sesi ujian saringan.

Sesi saringan kelayakan peserta MTHQA Ke-63 tersebut telah selesai dijalankan pada 19-24 Mei 2023 di Terengganu dan 1-8 Julai 2023 di Melaka yang lalu secara atas talian yang melibatkan penyertaan 112 orang peserta daripada 58 buah negara.

Penyertaan Wakil Malaysia

Malaysia menghantar seramai empat (4 )orang peserta iaitu :-

  1. Dua (2) peserta Tilawah:
    • Muhammad Qayyim Nizar bin Sarimi – Qari OKU Penglihantan (Kelantan)
    • Nor Hidayah Binti Abd Rahman (Terengganu)
  2. Dua (2) peserta Hafazan 
    • Ahmad Ikmal bin Mohd Ridhuan (Johor)
    • Dian Karisma Mohd Japar (Sabah)

Tarikh & Masa

Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) 1445H akan bermula pada tarikh dan waktu berikut:

Tarikh: 19 Ogos hingga 24 Ogos 2023M

Waktu: 8.45 malam – 11.30 malam

Pelbagai pengisian menarik akan disajikan untuk anda semua sepanjang MTHQA ini berlangsung.

Lihat poster hebahan di bawah untuk mengetahui antara tokoh dan selebriti yang akan hadir pada majlis tersebut.

Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) 1445H

Siaran Langsung Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Antarabangsa (MTHQA) 1445H [LIVE Streaming]

Saksikan juga secara langsung di RTM TV1 dan media sosial rasmi JAKIM bermula jam 8.45 malam.

Sila rujuk pautan berikut untuk menonton:

Dengarkan secara langsung dari World Trade Centre Kuala Lumpur pada pukul 8.45 malam di stesen radio Nasional FM, Salam FM, Ikim FM, Ai FM, Minnal FM, Traxx FM, & Asyik FM.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!