Senarai Ranking MRSM Terbaik 2023 (Keputusan SPM 2022)

SENARAI MRSM TERBAIK 2023 SELURUH MALAYSIA BERDASARKAN KEPUTUSAN SPM 2022

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia telah dikeluarkan pada 8 Jun 2023 (Khamis).

Berikut dikongsikan senarai ranking MRSM terbaik mengikut keputusan SPM 2022 yang baru diumumkan :

Senarai Ranking MRSM Terbaik 2023 Di Seluruh Malaysia (SPM 2022)

SENARAI MRSM TERBAIK BERDASARKAN KEPUTUSAN SPM 2022

  1. Kepala batas : 1.65
  2. Langkawi : 1.66
  3. Tun Abdul Razak : 1.75
  4. TGB : 1.78
  5. Johor Baharu : 1.84
  6. Alor Gajah : 1.85
  7. Pasir Tumboh : 1.92
  8. Sg Besar : 1.95
  9. Taiping : 1.96
  10. Kota Putra : 1.97
ranking mrsm terbaik malaysia 2023 spm
Sumber: MAJLIS AMANAH RAKYAT

Berikut adalah senarai rasmi bagi kesemua MRSM.

mrsm terbaik ranking spm 2022 2023

Bagi yang ingin membuat perbandingan dengan ranking tahun lalu (2021), sila rujuk lampiran seterusnya di bawah.

Ranking MRSM 2022 (SPM 2021)

Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2021 Maktab Rendah Sains MARA Berdasarkan Pencapaian Gred Purata Maktab (GPM)

  1. MRSM Taiping
  2. MRSM Tun Ghafar Baba
  3. MRSM Langkawi
  4. MRSM Tun Abdul Razak
  5. MRSM Alor Gajah
  6. MRSM Johor Bahru
  7. MRSM Kuala Kubu Bharu
  8. MRSM Pengkalan Chepa
  9. MRSM Kota Putra
  10. MRSM Kuantan
  11. MRSM Kuching
  12. MRSM Sungai Besar
  13. MRSM Parit
  14. MRSM Pengkalan Hulu
  15. MRSM Kuala Klawang
  16. MRSM Tumpat
  17. MRSM Bentong
  18. MRSM Pasir Salak
  19. MRSM Serting
  20. MRSM Tun Dr Ismail

*Sila rujuk senarai penuh dalam lampiran di bawah

Senarai mrsm terbaik

Dapatkan BUKU LATIHAN MATEMATIK (5 minit Sehari) untuk persediaan awal menghadapi UKKM / PKSK.

2 MRSM Terbaik Mengikut Program

Terdapat beberapa program yang ditawarkan di MRSM iaitu:

  1. Premier
    • Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA
  2. Ulul Albab
    • Gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran
  3. IGCSE
    • Menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM
  4. IB MYP (Middle Years Programme)
    • Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM
  5. Teknikal
    • Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan
  6. Bitara (Program Khas Pendidikan)
    • Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM
Mrsm terbaik

Berikut adalah 2 MRSM terbaik mengikut program:

  • Program BITARA
    1. Taiping
    2. Tun Ghafar Baba
  • IGCSE
    1. Langkawi
    2. Tun Abdul Razak
  • IB MYP
    1. Tun Dr Ismail
    2. Balik Pulau
  • Ulul Albab
    1. Kota Putra
    2. Sungai Besar
  • Premier
    1. Pengkalan Hulu
    2. Pasir Salak
  • Teknikal
    1. Bentong

Info Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat penuh dan info lanjut tentang Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), sila layari https://www.mara.gov.my/en/index/education/mjsc/mrsm-education-system-program/

Baca juga: Ranking Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Terbaik Malaysia SPM 2022

Bantu kami share artikel ini: